Tiga tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi..."Ada apa dengan kita?"- Adam HaidarLayanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghubung bernama Auliya. Kerana Auliya, mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga, mereka pernah berpisah. Bagaimana pula dengan sekarang? Adakah Auliya akan tetap menjadi garis yang memisahkan?"Sampai bila aku kena cemburukan orang yang dah meninggal dunia?" - Nurul AileenAileen menyimpan rahsia, Adam terbelenggu dengan rasa berdosa dan sebuah janji. Dosa silam seseorang yang mampu menggugah hubungan Aileen dan Adam. Kewujudan Zayyan turut menyukarkan lagi keadaan."Kadang-kadang melepaskan jauh lebih baik daripada bertahan. Lepaskan Adam, Leen. Lupakan dia," - ZayyanBenarkah kesakitan Aileen bisa hilang selepas dia melepaskan Adam? Adakah sememangnya dia dan Adam tidak ditakdirkan bersama?
Karya ketiga dan karya pertama bertemakan melodrama daripada Syu Ariani yang aku baca. Sebelum ni aku pernah baca kak Syu yang bertemakan cinta aksi iaitu 'Anastasia' dan juga 'Ursula'. Sebelum ni, kak Syu pernah juga tulis novel bertema cinta romantik tapi aku belum pernah lagi baca karya yang itu.
Anyway, novel ni mengundang pelbagai rasa pada aku. Aku tertanya-tanya sangat kenapa Aileen tinggalkan Adam selama tiga tahun lamanya. Kisah disebalik seorang Aileen dan juga Auliya, perwatakan Adam masa mula-mula jumpa Aileen lepas tiga tahun. Semuanyalah! Ada babak yang berjaya buat aku mengalir air mata, apatah lagi bila baca kisah Aileen and Auliya. Kejamnya ibu ayah dia.
Flow cerita teratur cantik, memudahkan pembacaan aku. Mulanya aku pelik kenapa Aileen setuju nak kahwin dengan Adam kalau bukan sebab ibu ayah dia paksa (yelah, kan dia yang tinggalkan Adam) tapi rupanya sebab Auliya. Betullah sebab Auliya Adam dan Aileen bersatu dan kerana Auliya juga Aileen tinggalkan Adam.
Aku ambil masa lebih kurang dua hari je untuk habiskan novel ni. Lagipun jalan ceritanya taklah complicated walaupun banyak rahsia yang tersimpan. Watak Adam walaupun digambarkan sebagai dingin, tapi dia tetap ambil peduli dengan Aileen. Aku suka babak dia cemburu masa Aileen terjumpa senior and ex-crush dia. Terasa comel haha.
Watak Zayyan bagi aku cuma sebagai penambah rasa. Dia yang nampak Aileen terseksa dan nak jadi pengubat kepada hati Aileen. Tapi sayang, dia bukan orang yang Aileen nak. Sedih jugakla waktu Zayyan membentak hubungan Aileen dengan Adam. Betullah kata ayah Zayyan, perkahwinan tu perlu dihebahkan, untuk mengelakkan fitnah. Adakah kak Syu akan tulis kisah Zayyan pulak? Maklumla, dua kali patah hati...
testing one two three |
-thes
2 Comments
Alahai.. siannya zayyan.. dua kali patah hati ye..
ReplyDeleteitulahhh, sekali sebab kekasih dia tu meninggal kalau tak salah. kali kedua, tersuka dengan isteri sepupu pulak haih
Delete