Curahan Cinta Niagara by Maya Iris

Assalamualaikum, good day dearest! Here is another long kept review. Aku try jugak nak scheduled kan review-review buku tapi tulah kang aku schedule kat blog, IG menyepi je. Itu yang payah sikit. Kalaulah IG ada schedule option, senang kerja gue. Huhu.




Tajuk : Curahan Cinta Niagara
Penulis : Maya Iris
Mukasurat : 506 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : Januari 2016 (Terbitan Semula)
ISBN : 9789670870113
Blurb : 

Dia, gadis yang mendapat tempat di hati Fatis. Kehadirannya merubah hidup lelaki ini. Namun, sukarnya dia untuk menghuni hati seorang yang bernama Mira Zahila.

"Aku sayangkan dia, Amir. Tapi dia tolak aku mentah-mentah." - Faris
"Siapa? Mira?" - Amir
"Mungkin dia bukan jodoh kau, Faris." - Dina

Impian Mira hanyalah untuk mendapat segulung ijazah. Demi keluarganya. Satu kejadian telah menyebabkan Mira bersetuju mengahwini Faris. Reda dengan ketentuan-Nya, Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna.  Namun, cinta Faris hanya sementara. Perginya dia meninggalkan cinta yang tersemat di hati.

Dek kerana sebuah wasiat, Mira berganti tikar. Abang ipar menjadi suami.

"Kalau Mira nak batalkan permintaan Faris tadi, beri satu alasan kukuh. Kalau alasan Mira masuk akal, kita sama-sama boleh batalkan." - Farhan

Bagi Farhan, wasiat itu sekadar pemudah cerita. Cintanya pada Mira berputik sejak pertemuan pertama di air terjun Niagara. Setelah Faris pergi, dia mula sangsi sejarah hidup Mira. Malah, kekuatan cintanya pada Mira juga tidak mampu menghapuskan gundah di hati. Mira berdiri demi Farhan. Walaupun hatinya didera dan diuji.

Aku dekat. Kau dekat! Mentera cinta yang menjadi penguat cintanya.

Mira ketepikan segala perasaan demi menangkis tuduhan buruk suami dan sekaligus menamatkan ribut di hati suaminya. Ketika bibit-bibit cinta mula subur, sekali lagi cinta Mira diuji dengan kehadiran Azrin. Dalam sekelip mata, Azrin meragut cinta Farhan.

Niagara menyaksikan pertemuan mereka. Di situlah terdetik isyarat cinta pertama Farhan. Apakah cintanya juga tidak akan kering sepertimana curhan air terjun Niagara? Atau adakah ia akan membeku seperti bekunya air terjun Niagara di musim dingin? Curahan Cinta Niagara menyaksikan segalanya.

Novel ni asalnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh PTS Millennia Sdn Bhd dan pada tahun 2016 pihak Anaasa Publication terbitkan semula novel ni. Walaupun novel ni merupakan novel terbitan semula, garis masa dan juga suasana yang digambarkan dalam novel ni masih kekal pada tahun 2007. Tak jadi masalah besar pun pada aku. Rasa nostalgia ajelah sikit (walaupun tahun 2007 tu saya umur baru lapan tahun huhu) denagn suasana yang teknologi pun takdelah berkembang mana.

Awal-awal bab lebih banyak berlatar belakang di US, semasa Mira dan Dina menyambung pelajaran dengan biasiswa daripada JPA. Dalam kelas Mira, ada seorang pelajar tajaan sendiri iaitu Faris. Bagi Mira, Faris ni seorang yang perasan bagus. Sampaikan nak tanya pasal homework pun Mira taknak sebab nanti Faris berlagak pandai. Tapi... Faris memang pandai pun. Di air terjun Niagara, Faris lamar Mira sebagai isteri, tapi Mira buat-buat tak dengar. Misinya ke US hanyalah untuk menyambung pelajaran. 

Di Niagara Falls juga, Farhan yang merupakan abang kepada Faris, jatuh hati pada Mira. Namun kerana hormatkan adiknya yang lebih dulu suka dekat Mira, dia berundur diri. Mira dan Faris disatukan kerana satu insiden. Dan kerana insiden itu, Faris bukan lagi seperti dulu. Fikizal dan mentalnya berubah. Atas dasar tanggungjawab, Mira cekalkan hati menjaga Faris. 

Sejujurnya, bab sebelum Faris dan Mira balik Malaysia, aku confuse dengan timeline cerita ni. Lagi-lagi bila in between cerita pasal Mira dekat US tiba-tiba kita balik Malaysia untuk cerita Azrin. Terus confuse, cerita Azrin ni ikut timeline yang sama ke dengan timeline Mira. Ataupun cerita Azrin tu in present time? Entahlah. Masa diorang dekat US jugak ada masa dia flashback few weeks ago pastu aku tak sure bila dia jadi present time. Aku rasa macam susunan babak ni takde pun flashback tapi dia tulis flashback. Entahlah nakk.

Novel ni banyak selitkan ilmu agama. Dalam bab awal-awal, ada perisian tentang perbandingan agama Islam dengan Kristian. Babak dimana Kak Fisa berdebat dengan pelajar Kristian yang datang untuk menyampaikan 'dakwah' dari rumah ke rumah. Paling aku suka, adalah e-mel yang Kak Fisa hantarkan kepada Mira yang bertajuk 'Mengapa Mengeluh'. Setiap persoalan kenapa yang kita tanyakan dalam kehidupan seharian, ada ayat al-Quran yang menjelaskan. Lama rasanya tak baca novel yang selitkan ayat-ayat al-Quran macam ni.

Dalam ketabahan watak si Mira ni, ada jugak gilanya. Ada ke patut dia terjun tingkap masa majlis pertunangan, dengan baju lace-nya. Paling gila, masa dia cemburu nampak Farhan ber'mesra' dengan secretary dia. Gila dia kalau tak bahayakan nyawa takpa juga. Haih. Watak Farhan pulak, mulanya nampak lebih gentleman berbanding Faris. Lebih menjaga agama, lebih tegas, segalanya lebihlah. Tapi, saat dia baca surat wasiat yang Faris tinggalkan untuk Mira, keras kepala juga rupanya. Betullah kata Mira, buat apa dia nak jelaskan lebih-lebih kalau Farhan sendiri dah buat kesimpulan dia. 

Masa Mira pregnant, tak boleh tahan lah dia punya mengidam. Dari nakkan manisan Arab sampailah koleksi sambal. Terhibur jugaklah baca novel ni. Konflik dalam hubungan Farhan-Mira cuma disebabkan salah faham. Soal ibu mentua Mira tak suka dekat dia tu boleh tolak tepi kot. Sebabnya lepas dia kahwin dengan Farhan, mentua dia pindah US untuk kembangkan business.

Overall, aku enjoy baca novel ni. Cuma aku harapkan lebih banyak gambaran suasana di US, lagi-lagi di Niagara. Terasa pendek sangat yang diceritakan penulis.

-thes

Post a Comment

6 Comments

  1. huhu my fav ... sy suka novel maya iris sgat2 .. jangan lupa baca juga Kuseru NamaMu Kekasih ... best sgat2 T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. su first time baca karya maya iris ni... okeyyy nanti kita cari!

      Delete
  2. Menarik.. contents di dalam blog ni bagus-bagus! teruskan menulis dan share untuk manfaat ramai..

    jika sudi, blh singgah ke blog saya dan follow.. https://akmalishak.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih... nnti sy jenguk ya~

      Delete