Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Your Name Is Halal
Penulis: Aamir Hafreez
Mukasurat: 249
Genre: Romantik
Penerbit: Aromakata Publication
Terbitan: 2018
ISBN: 9789671556634
Blurb:
Tiada istilah 'Janji Sampai Syurga' untuk cinta pertama selagi belum terlafaz akad yang menghalalkan dua jiwa milik Sang Adam dan Hawa. Begitulah terkisahnya cerita cinta Dayana Qaisarah. Selama lima tahun Daya Qaisarah jadi penunggu, akhirnya penantian dia temui jalan penyesalan pabila Zarief Zaquan memilih untuk berkahwin atas kehendak keluarga.
Setelah patah seribu hati perempuan seorang Dayana Qaisarah, dia dipertemukan pula dengan seorang lelaki cina muslim bernama Shiraz Danial. Itupun atas dasar Shahrul, selaku papa Dayana Qaisarah. Klise drama Melayu, mula-mula benci. Lama-lama tersuka. Tapi bukan pada jiwa Dayana Qaisarah. Hati perempuannya sudah dibeku dengan kebencian terhadap Zarief Zaquan. Namun lamaran hati Shiraz Danial tetap diterima bukan atas dasar suka mahupun cinta.
"Kita kahwin bukan atas dasar cinta. Kita kahwin atas dasar percaya. Selagi mana papa percayakan awak, selama itu saya cuba untuk mencintai awak. Faham?" -DAYANA
"Cukup sekadar awak percayakan saya dan saya percayakan awak. Bukankah itu asas utama pernikahan yang halal, sayang?" - SHIRAZ
Cerita ini hanyalah sekadar sebuah cerita cinta yang klise. Tapi inilah realiti kehidupan untuk mereka yang mahu bina cinta halal. Cukupkah sekadar 'percaya' untuk jadi jaminan kebahagiaan dalam hubungan cinta suami dan isteri? Novel ini cukup rencah dengan kisah keluarga, sahabat dan percintaan. Cukup manis untuk mereka ynag kurangnya manis dalam senyuman. Dan cukup rasa untuk cintakan seseorang walaupun sekadar ada rasa percaya. Segalanya ada dalam sebuah novel - Your Name is Halal.
Aku mulakan review kalini dengan, aku tak feel dengan buku ni. Solely because of the hero. Okay, I get that hero dia ni sangat sweet talker. But it was too much untuk seorang aku. Kadang-kadang, aku rasa pick up line dia tu tak mengena tempat dan situasi. Dari mula pun aku memang agak wary dengan watak dia ni. Sebab dia terima plan Pak Shah untuk pikat Dayana pun aku rasa macam saja-saja. Macam banyak main-main pun iya jugak watak dia ni. Okay la, ada je part yang dia serious nak teruskan perkahwinan dengan Dayana and that one part towards the end yang dia tunjuk emotion lain other than sweet talking tapi apa yang aku dapat secara keseluruhan watak Dan ni is that he is a sweet talker and that alone.
Plot dan penceritaan is okay and quite good actually. Cerita yang simple tanpa konflik yang membebankan pembaca. Gadis yang putus cinta, tak percaya dengan janji lelaki, terima hero sebab hormatkan parents, kahwin, jatuh cinta dengan husband, ex datang mengganggu, tamat. Yeah, klise macam yang penulis cakap. And disebabkan kisah dia simple, aku boleh teruskan bacaan walaupun banyak kali consider DNF-ing. Kupasan beberapa ayat daripada Al-Quran yang penulis include menambahkan seri buku ni.
Watak Dayana pulak walaupun klise gegurl patah hati, tak terus cair dengan Dann punya ayat manis still menerima Dan sebagai seorang suami. And that fact dia 'dipaksa' untuk terima Dan dalam hidup dia, aku rasa dia seorang yang sangat kuat dan pandai bezakan kesedihan dia dengan rasa hormat pada ayah dia. Takdela dia melenting tak tentu pasalkan bila dapat tahu Pak Shah nak jodohkan dia dengan Dan.
Lepas depa dua ni kahwin eh makin manis leting dibuatnya! Aku tak tahu la nak cringe ke tak dengan Dan ni hahaha, serious tak boleh go. Nasib baik juga la Dayana ni tak tiba-tiba terus cair dengan laki dia, kalau tak memang aku tutup terus kot. Macam aku kata, aku tak okay dengan hero je, so overall aku okay je dengan cerita dalam buku ni. Cuma tula, dua tiga bab terakhir tu macam out of place sikit, ke aku je yang rasa ceni? Entah la.
-thes
2 Comments
nampak jalan cerita macam biasa...cuma tu lah sweet sweet tu yang jadi penyerinya
ReplyDeletehahaha tak jadi la nak pinjam.. Ahh gituu
ReplyDelete