Aku Di Sini by Ieya Sya

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Aku Di Sini

Penulis: Ieya Sya

Mukasurat: 458

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Kaseh Aries

Terbitan: 2018

ISBN: 9789672035329

Blurb:

Andainya detik dan waktu bagi Ara adalah magis, bagi Iyan, itu adalah hukuman.


Iyan + Aifa Hani = Bagai permata berkilau.

Iyan + Ara = Mampu berangan saja.


Itu kata Ara Elisya. Kata Iyan Naufal...


Dia dan Ara tidak sepatutnya bertemu. Dia cuba melarikan diri tapi sering gagal. Akhirnya dia membiarkan saja walaupun itu bermaksud rahsia yang disimpan akan menghancurkan dirinya.


Segalanya berubah dengan kematian tragis Rogayah yang menjadikan Ara sebagai saksi dan Iyan sebagai suspek.


"Pembunuh macam kau patut mati di tali gantung." - ARA


Iyan menghilangkan diri selepas menyelamatkan Ara daripada pembunuh ibunya sendiri. Namun demi rahsia yang disimpan, Iyan kembali...


"Lama dulu, aku berjanji pada diri aku yang aku akan jaga dia. Tpi waktu tu aku terlalu takut." - IYAN


Ara tidak pernah amnesia tetapi dia terlupa. Iyan tidak pernah terlupa tetapi dia tidak mampu bicara.


Kata Rey - Ara Elisya tak patut muncul lagi dalam hidup kau

Kata Aifa - Beauty and the beast. You tahu cerita tu? You and Ara. Beast and the beauty.

Kata Eidan - Hantar dia jauh dari hidup kau.


Adakah Iyan akan melarikan diri sekali lagi? Apa sebenarnya yang Ara lupa? 


"Sumpah, saya akan beritahu semuanya. Tapi saya tak tahu. Saya minta maaf," - ARA


It's like a song that no one hears.

I'm screaming out you're not here.


Novel ni bermula dengan santai. Mengenali si Ara Elisya yang wataknya agak masuk air, digandingkan pula dengan si sepupu, Dollah, memang mengarut habis perangai mereka! Tapi disebalik keceriaan seorang Ara, rupanya ada rahsia yang tersimpan. Rahsia kedukaan. Enter Iyan Naufal, lelaki misteri yang hadir dalam hidup Ara sebagai kekasih kepada Aifa Hani, seorang public figure merangkap crush, ex-bestfriend Dollah. 


Iyan Naufal... Dia tersangatlah misteri. Gaya macam benci gila dengan Ara, sejak pertama kali jumpa lagi. Tapi kenapa? Takkan sebab tengok muka Ara je tiba-tiba benci tanpa sebab? Pelik sungguh kelakuannya. Lama-kelamaan, dia seolah-olah menaruh harapan pulak dengan si Ara. Ah, tak faham aku!


Rupanya, antara mereka, sudah ada takdir yang lama mengikat. Ada cerita yang tak tersingkap. Kisah mereka rupanya telah bermula bertahun lamanya. Rahsia pembunuhan ayah Ara sedikit demi sedikit di buka. Dan kisah itu, rupanya kisah duka untuk mereka. Cerita yang mulanya bermula dengan ringan dan santai semakin lama semakin berselirat dan penuh tanda tanya. Sungguh aku hooked!


Walaupun aku ambil masa sedikit untuk membaca kisah ni,  aku enjoy gila kisah ni! Walaupun banyak tanda tanya, semuanya dijawab penulis sesuai dengan pace cerita. Semua watak bagi aku berkembang dengan baik. Aku tertanya juga, Rey yang berpindah ke Itali ni, ada kisah dia sendiri ke? Intriguing betul ending yang macam kasi hint untuk kisah Rey.


-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. Heee baca review Sue buat akak nak baca balik. Tapi sejak pindah mana ntah kotak novel. Haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca baca baca! Hahahaha, tu kena kemas semula la tuu hahaha dah tak jumpaaa

      Delete
  2. menarik jugak jalan cerita dia, dari romantik tiba-tiba bertukar saspen. ada potential untuk penulis buat spin-off untuk watak Rey

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, best sangat! penulis pun dh confirmkan memang ada spin-off utk Rey, tapi belum keluar lagi bukunyaaa.. Aaaa ter-excited awal dh ni hahah

      Delete