Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Di Hatiku
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 429 pages
Genre: Romantik, Keluarga, Melodrama, Persahabatan
Penerbit: Bleu Fantasy
Terbitan: 2023
ISBN: 9789671910962
Related title(s): Ayla Hannah (e-book)
Blurb:
Ayla Hannah.
Dia suka menyendiri bersama lakaran busana. Dia simpan luka di hati tanpa berkongsi dengan sesiapa.
Ketika takdir pertemukan Hannah dengan Anaqi, Hannah mengerti sesuatu.
Mereka sama.
Mereka tidak sempurna.
"Kahwin dengan Thariq," - TUAN SALLEH
"AH Empire perlukan kau," - ATILIA
Insan-insan yang membenci dan dibenci Hannah seumur hidupnya, muncul mengganggu ketenangan. Dia juga semakin diingatkan tentang asal-usulnya, tentang tarafnya yang sering dipandang hina.
"Kau tahu sejarah dia? Dia cuma..." - THARIQ
"Pada aku, Hannah tetap sempurna," - ANAQI
Di penghujungnya nanti,
tetap sempurnakah Hannah di hati Anaqi?
Akhirnya! Wahh, feeling baca e-book dengan feeling baca novel fizikal ni, lain ya. Yang suka perati akaun IG aku mungkin tahu yang aku bukannya jenis yang selalu post story pasal bacaan aku apatah lagi pasal perangai karakter-karakternya. Tapi, untuk novel ni, lain maciem sikit dia punya feeling.
Minggu-minggu getir ni, eloklah aku baca cerita yang menyiat-nyiat hati and since dalam banyak-banyak buku yang aku beli masa PBAKL haritu dan aku tahu ceritanya macam mana, aku pilihlah dia ni. Dan sesungguhnya, memang tersiat habis aku baca kisah Hannah dengan Anaqi ni. Best weh dapat menangis tanpa orang pertikaikan kenapa hahaha.
Same as e-book AH, ada juga part yang terlebih kelakar, especially time Anaqi, Rizaman dengan Kaer keluar perangai budak tak cukup umur dorang tu. Babak terlajak sweet jangan cakaplah, tengok berapa banyak aku simp dengan Anaqi dekat story IG haritu hahaha. Cair teruk itewww. Rizman pun, nampak je macam paling tak sweet rupanya, menganam jugak beb!
Dah jadi buku fizikal, konfemlah ada penambahan babak dan sedikit pengolahan babak. Ada certain parts yang aku rasa, eh dalam e-book lain sikit. Aku assume Kak Syu nak kasi snippet buku romance next😚 rupanya untuk kenalkan bakal isteri grandma's boy kitaaa. Ini lagi tak boleh tahan punya perangai! Jelaous kemain tapi tak boleh nak man up bagitahu si gadis. Ish, nasib baiklah Anaqi dengan Rizman ni punya cupid play ni berjaya. Dan aku faham kenapa raaaaamai gila yang tetiba terjatuh hati dengan Kaer because who wouldn't?!
Overall, masterpiece. Sekian, suraya.
p/s: Kaksyu ada plan untuk jadikan Atilia as heroin dalam buku sendiri ke? Sebab dia perlahan-lahan hilang makin nak habis buku ni.
-thes
2 Comments
Kita baru first time dengar nama Syu Ariani waktu PBAKL ritu sebab kawan yg beli novel dia, takpernah lagi bacaaaaaa tapi macam menarik pulak >.< Setakat ni BF terulung has always been Firdaus (Vignette by Syud)
ReplyDeletewahhh yekeee! penulis ni bnk juga buku-buku diaa, and banyak jugak genre yang dia try untuk tulis, maybe u boleh try mana-mana, my fav has to be Ursula, Hanya Ingin Kamu and Jagakan Aku. Karya Syud tak pernah try lagiii hehe, maybe one day boleh try Vignette sebb bnyk baca review smua kata best!
Delete