Imperfect Moment by Ayeshah Amani

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Imperfect Moment 

Penulis: Ayeshah Amani

Mukasurat: 533

Genre: Romantik, Drama, Melodrama

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2023

ISBN: 9789838222013

Blurb:

"When I'm good, I'm good, but when I'm bad, I'm better." - MAE WEST

Dia wanita yang sungguh berani. Sanggup melarikan diri daripada majlis pernikahannya sekaligus menconteng arang ke wajah orang tuanya.


Namun, tiada siapa yang tahu di sebalik perwatakannya itu dia hanyalah seorang wanita yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Ibu dan ayahnya berselindung di sebalik nama agama. Mahu dipandang tinggi oleh sekalian makhluk sedangkan di sisi Tuhan, merekalah sejahat-jahat manusia.


Pertemuannya yang tak dijangka dengan seorang lelaki Arab-Pakistan yang bernama Isa Khan mencetuskan perbalahan apabila lelaki itu mengkritik sikap dirinya yang berpura-pura alim. Disebabkan sakit hati, dia sanggup mengatur strategi untuk membalas dendam.


"Dalam kolej kau kena hormat aku as lecturer. Aku tak minta banyak, just cukuplah kau tahu batas antara seorang pelajar dan pensyarah antara kita." - ISA KHAN

"Kalau aku tak nak?" - SAFEERA NASREEN


Dendam akhirnya bertukar tragedi. Siapa sangka lelaki yang amat dia benci itu akhirnya menjadi penyelamatnya.


"Tapi perlu ke abang korbankan diri abang sampai macam ni? Sanggup jadi pak sanggup untuk tutup  perlakuan sumbang Safeera?" -  RANIA KHAN


Apakah peristiwa lama tersebut sehingga Isa sanggup ketepikan hati dan perasaannya semata-mata untuk mengahwini wanita seperti Safeera?


Dan kepada Safeera... adakah dia akan bahagia setelah berkahwin dengan lelaki sebalik Isa?

Benarkah Safeera merupakan sejahat-jahat wanita?

Jika ini merupakan takdir yang perlu mereka tempuh, luka dan air mata bakal menjadi peneman segala kesakitan dan ujian yang perlu dihadapi.

Menangis tapi tidak berlagu. Luka tapi tidak berdarah.

"Only a broken soul may only be understood by another damaged soul."


Pertamanya, aku nak cakap terima kasih kepada Kak Cha aka cik penulis kita sebab sudi pilih aku sebagai one of her beta reader untuk novel ni. Terima kasih bagi kita pengalaman yang taktahulah bila lagi akan dapat. Thanks juga untuk novel ni! Firstly, cover novel ni serious lawa, kan kan!


Aku rasa, banyak dah kot reviews lain yang komen benda sama tapi aku nak jump on the train jugak and cakap, karya ni back to back merentap hati aku. Ish, penat tahu tak nak kena berkesedihan sepanjang pembacaan. Memang tujuan utama buku ni untuk kasi pembaca tersiat-siat hati kot.


Safeera Nasreen. Jujurnya, aku sangat tak suka dengan dia haha. Aku geram betul dengan kelakuan dia yang rude to her own parents, berpura-pura, tajam lidah, eh everything she did, annoys me to the end. Tapi, lepas fahamkan kisah dia and as the story goes, dan aku faham kenapa dia sebegini rupa, everything makes sense. Taklah aku justifying her attitude sebab dia boleh jadi a better person disebabkan past dia but then that is the way she cope. Semua yang dia buat dan cakap, it is her screaming for help. Dan tiada yang datang. Until him...


Isa Khan. Perkenalannya dengan Feera tidaklah seindah mana. Tapi, dia sentiasa ada untuk membantu Feera. Mulanya kerana janji kepada seorang sahabat, tapi lama kelamaan, hatinya terpaut dengan Safeera. This Arab-Pakistani man, terus berubah sehijau matanya. Especially lepas nikah dengan Feera. Wei, sweet-sweet nak pergi manatah.


Kisah Isa-Feera ni taklah semudah itu, banyak sangat yang berlaku dan banyak juga cabaran mereka. Aku sangat tak sangka ada plot twist. Memang boom, hi, saya twist sikit kat sini terus jalan hala lain cerita ni. Sedih? Jangan cakaplah, kan dah kata dari kulit depan sampai kulit belakang.  Aku paling terkilan bila watak Nuh dimatikan. Ahhh rasa nak baling je buku hahaha. Geram betul. Emosi ni jangan katalah, memang turun naik turun naik kau!


Aku take time sikit nak selesakan diri dengan gaya penulisan Kak Cha kalini sebab kebanyakkan ayat yang dia guna adalah ayat pasif. Nasib baik jalan cerita yang memang menambat hati, aku gigihkan juga baca and bila lagikan nak baca novel yang banyak guna ayat pasif macam ni. Babak-babak yang ada Hud, semuanya comel! Rasa macam nak suruh Kak Cha sambung je cerita ni so that boleh jumpa si Hud yang comel. 


Apapun, tahniah Kak Cha untuk kisah Isa dan Feera ni!


-thes

Post a Comment

0 Comments