Lecturer Sebelah Rumah Revamp by Cik Mardiah

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Lecturer Sebelah Rumah Revamp

Penulis: Cik Mardiah

Mukasurat: 559

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: AHA Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9786299793267

Related title(s): Lecturer Sebelah Rumah

Blurb:

Genap usianya yang ke 24 tahun, Rhea disuruh pulang ke Malaysia setelah hampir 20 tahun menetap di negara orang. Meski hati rasa berat, dia terpaksa akur dengan permintaan kedua orang tuanya agar pulang menemani Opah di kampung.


Takdir mempertemukan Rhea dengan cucu jiran sebelah, seorang jejaka kampung bernama Mikael. Tapi, pantang jumpa, ada saja yang tak kena. Siapa sangka, Mikael itu merupakan pensyarahnya di kolej. Haih, apalah malang sangat nasib dia berjirankan pensyarah seperti Mikael?


Bila semuanya sudah tertulis, siapa dia mahu menidakkan rasa cinta yang mula bertunas buat lelaki itu?


"Aku rasa aku berminat dengan Hani." - MIKAEL


Mungkin perit, tapi itulah hakikat yang harus diterima. Hendak salahkan siapa jika hati Mikael sudah terpaut pada Hani, sahabat baiknya sendiri? Kerana kecewa, Rhea membawa diri bersama hati yang sudah tergores luka.


Pertemuan semula dengan Mikael setelah tiga tahun kembali mengucar-ngacirkan perasaannya. Ternyata rasa cinta buat Mikael masih ada. Namun, Rhea tahu, bukan mudah untuk dia memiliki Mikael di saat hati lelaki itu masih terikat pada orang yang sama.


Rhea terpaksa akur dengan takdir. Benarlah, cinta itu tak semestinya memiliki.


Pertama kali aku membaca karya Cik Mardiah. Aku ingat penulis yang sama dengan penulis yang tulis Sara Nur Naila, tapi aku salah orang. Haha. Nak buat macam mana, nama penanya lebih kurang je. Aku pulak memang senang terkeliru. Anyway, aku impressed gila dengan diri sendiri sebab aku berjaya habiskan buku yang tebal ni, dalam masa kurang satu hari. Memang wow habis la.


Aku tak pasti apa beza versi asal dengan versi revamp ni sebab macam yang aku kata, ni first time aku baca karya penulis. Apapun bezanya, cerita yang aku baca ni, sangatlah terpikat dan memikat ya. Dari watak-wataknya hinggalah ke plotnya, semua aku suka. Yelah, kalau tak suka masakan boleh settle less than 24 hours kan.


Rhea Nabella. Membesar di kota New York sejak berusia lima tahun (kalau aku tak salah). Menjangkau usia 24 tahun, mama papa suruh balik ke Malaysia, bukan mereka sekeluarga, tapi dia seorang. Alasan mereka? Temankan opah di kampung. Segala urusan sambung belajar, mamanya dah uruskan, dia hanya tinggal naik kapal terbang sahaja. Mahu tak mahu, dia turutkan. Masa aku baca blurb, aku sangka watak Rhea ni akan jadi tipikal watak gadis yang dah lama duduk luar negara sampaikan semua benda dekat tanah air ni dia nak komen. Tapi rupanya tidak, Rhea seorang yang cepat menyelesakan diri. Kompelin sikit-sikit tu adalah satu dua, tapi taklah sampai ke tahap diva vavavoom.


Mikael. Mika. Sir Afham. Lecturer sebelah rumah tanpa sengaja. Sebab banyak cerita lecturer-student yang aku baca mostly hero will be portrayed like cold and mean creature, automatically, aku pun assume yang samalah dengan si Mika ni. And yeap, macam tulah dia mulanya, acah-acah tsundere dengan si Rhea. Tapi, dia ni kuat menyakat betul. Dan memang Rhealah yang selalu jadi mangsa dia. But then, he's caring too, responsible, quite dreamy. That time when he realized yang dia sebenarnya cintakan Rhea, boleh pulak dia bertuker jadi pemalu, comel sungguh wei!


Aku suka friendship antara Rhea dengan Mika ni, quite refreshing untuk lecturer-student relationship. After all, hubungan mereka bermula as jiran, lepastu jadi driver tak rasmi dan barulah lecturer-student dan age gap pun taklah besar mana so dorang dua ni memang senang klik. And when she realized she had fallen for him, arhhhh hati akuuuuu. Okay hear me out, aku tak rasa buku ni ada she fell first, he fell harder vibes walaupun penulis gambarkan Rhea fell first sebab Afham Mikael definitely fell first and harder. Serious. 


Anyway, saat cinta dia tak terbalas, I'm sooooo glad Rhea jumpa teman lain dalam bentuk seorang Hazryl. Watak dia ni masyaAllah, flirty gila, dah tu kelakar pulak tuuuu. How I wish Rhea fall for him instead, well, walaupun tahu Ryl pun bukannya ada romantic feeling for Rhea pun. Dah perangai dia tu suka mengayat. Dan tak sangka pulak cerita ni take turn to a sadder one lepas Rhea kembali lepas tiga tahun membawa diri. Aish, bila kita dah pasrah cinta dia untuk yang lain lepastu siap bawak diri, eh tiba-tiba dia datang balik dengan janji yang baru arghhhhh. Dan bila terungkai apa yang jadi selama tiga tahun dia membawa diri, Rhea and Mika together boom!


Cerita ni, bagi aku is a simple and nice read tanpa banyak konflik berat. Penceritaan yang santai juga salah satu sebab kenapa aku boleh habiskan buku ni less than 24 hours. Ceritanya pun ada a little bit of everything, family; pakatan opah dengan nek mah tu aduhaiii, friendship Mika-Rhea, Rhea-Hani-Muaz, Rhea-Ryl, babak sedih, babak cuwit, babak kelakar, babak suspen sikit, ha lengkaplahh. Aku puas hati gila baca novel ni. Love it, so much!


-thes

Post a Comment

0 Comments