Asil Pelindung Khalifah 3: Pilihan Terakhir Demi Menyelamatkan Sultan by Hazwani Osman & Nafisah Hisam

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Asil Pelindung Khalifah 3 - Pilihan Terakhir Demi Menyelamatkan Sultan 

Penulis: Hazwani Osman

Pelukis: Nafisah Hisam

Mukasurat: 106

Genre: Fiksyen Sejarah, Komik

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459712

Related title(s): Asil Pelindung Khalifah 1: Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah, Asil Pelindung Khalifah 2: Dilema Ejen Perisik Melindungi Uthmaniyah

Blurb:

"Aku nak tebus kesilapan aku. Tapi aku perlukan kau untuk percaya pada aku."

"Kenapa aku kena percaya pengkhianat macam kau?"

"Kalau tak, Sultan akan mati!"

***

Asil, perisik musuh (CUP) yang dihantar ke istana untuk mengintip Sultan Abdul Hamid II akhirnya membuka matanya melihat kebenaran. Asil sudah memilih untuk berpihak dengan sultan untuk menebus kesilapannya, tetapi identitinya tergugat apabila munculnya Gallipoli, gadis misteri istana.


Jika identiti Asil terdedah, dia akan menjadi buruan perisik Sultan dan juga CUP sendiri. Nyawa sultan juga akan terancam dan hanya Asil sahaja yang dapat menyelamatkan sultan daripada dibunuh CUP.


Dalam situasi tegang antara dua identiti berbeza, apakah yang Asil boleh lakukan untuk menebus kesilapan lalu?


Aku rasa pertama kali aku dapat habiskan buku in one baring sitting. Rasanya lah. Anyway, sambungan Asil 3 ni lebih kepada Asil yang masih dalam dilema untuk memilih pihak. Aku suka hubungan akrab Asil dengan ketua bahagian dapur (?) Tuan Ahmet. Nampak rapat sangat dan comel ya.


Selain tu, ada juga selitan tentang kisah Asil masa kecil bersama ibu bapanya. Dan selitan ni, telah berjaya membuatkan aku tertanya-tanya. Mesti ada sebabkan kenapa kisah tu diselitkan. Mulalah aku nak berandaian dan berandaian tu menyakitkan ya bila susah nak dapat jawapan yang konkrit.


Dannnnn, dah ada watak baru! Gallipoli. Dia nilah yang watak baru yang tiba-tiba muncul di akhir Asil 2 dulu. Peranan dia dah nampak samar-samar tapi apa yang dia akan lakukan selanjutnya, itu masih menjadi tanda tanya. Sebab, cerita tak habis lagi! Ahhh, aku ni memang lemah betul nak menunggu. Waduh waduh. Aku harap, Asil is fine jelah enn but who knows. Tetiba penulis nak bunuh main character pulak ke😶


-thes

Post a Comment

0 Comments