Assalamualaikum, good day dearest! Kini! Tibalah masa untuk review sambungan komik ASIL. Jeng jeng jeng...
Tajuk: Asil Pelindung Khalifah 2: Dilema Ejen Perisik Melindungi Uthmaniyah
Penulis: Hazwani Osman
Pelukis: Nafisah Hisam
Mukasurat: 115 pages
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: Jun 2022
Related title(s): Asil Pelindung Khalifah 1: Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah
ISBN: 9789672459446
Blurb:
"Macam mana kamu tahu itu ialah kebenaran? Dari mana sumber kebenaran itu? Adakah sumber itu sahih?"
"Mestilah saya tahu! Sebab..."
...sebab selama ini, Pak Cik Mukhtar yang cakap begitu?
***
Penyamaran Asil sebagai tukang masak di istana telah menyebabkan Asil berada dalam dilema: memilih untuk mempercayai Sultan Abdul Hamid II, atau tetap dengan pendiriannya sebagai pengintip harapan CUP. Ini kerana, Asil melihat sendiri peribadi sultan yang berbeza daripada apa yang dididik oleh CUP.
Dalam keadaan Asil yang masih keliru, konco-konco CUP terus-menerus melaksanakan strategi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II, terutamanya menuntut agar sultan melaksanakan kembali perlembagaan. Sehinggakan ke satu tahap, agenda licik CUP mengancam banyak nyawa, termasuklah kenalan Asil di istana.
Asil semakin meragui perjuangannya. Siapa yang perlu dia perjuangkan demi melindungi Uthmaniyah?
Penyamaran Asil di istana diteruskan. Disebabkan skill memasak dia memang power, dia mudah terima kepercayaan ketuanya, Tuan Ahmet untuk berkhidmat kepada sultan secara terus. Aku suka part dimana penulis menekankan bahawa walaupun Asil ni seorang perisik handalan, dia tetap seorang manusia yang lemah dengan memasukkan babak dia tertumpahkan makanan. Kerana silap tu, dia sempat berdialog dengan Tuan Ahmet, dialog yang mana akan bantu dia untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan yang lain.
Plot dalam komik kalini lebih fokus kepada rancangn CUP untuk menjatuhkan SAH II juga tentang kekeliruan Asil untuk memilih pihak. Memandangkan komik ni memang aku tunggu-tunggu, jadi dengan mudahnya aku dapat menghabiskannya dengan sekali baca. Terlalu asyik membaca gamaknya. Lagikan ianya komik, memang mudah pun nak habis.
Babak aksi yang tidak tersangka membuatkan aku terlebih fokus sekejap. Dan kerana babak ni juga, aku pun terkeliru dengan musuh sebenar. Tiba-tiba pulak. Dan plot twist di akhir novel sangatlah tak patut. Kehadiran watak baru yang mungkin akan berperanan besar dalam cerita ni. Hish, kena tunggu lagi untuk next release.
-thes
2 Comments
Komik ini ada dalam wishlist.. Bagus nie
ReplyDeletebetulll
Delete