Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Hikayat Suwarga Sukma Cenderawasih
Penulis: Tey Marzuki
Mukasurat: 667
Genre: Cerita Rakyat, Fiksyen
Penerbit: Swaterbit
Terbitan: 2022
ISBN: 9786299697800
Blurb:
Ayu Candramaya tidak sesekali menyangka bahawa dia, seorang gadis comot yang hanya menjadi hamba di rumah senditi itu mempunyai kelebihan yang tidak ada pada semua orang. Sejenis kesaktian, yang diwarisi daripada ibu kandung. Yang sebenarnya menjadi satu rahsia juga nanar dalam lipatan sejarah keluarganya.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka dengan seorang pendeta tua bernama Gentala turut membongkar satu demi satu rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh sang bapa. Kecewa bercampur rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan Ayu Candramaya nekad mahu keluar dari Syandana. Menuju Arga bersama-sama Gentala untuk belajar di sebuah sekolah sakti yang bernama Mustika. Biarpun mendapat tentangan daripada bapanya.
Mustika menimpan seribu misteri. Walau dikelilingi teman juga lawan, kehidupan di sana tidak pernah sunyi. Ada tawa, ada tangis, ada suka dan ada duka. Namun dalma diam, ada yang mengintai peluang. Menggenggam kesumat dan dendam membara Menunggu masa untuk merampas kesaktian yang ada pada Ayu Candramaya bagi melunaskan agenda hitam yang dirancang lama.
Kisah Suwarga yang ini terbahagi kepada tiga bahagian utama yang memusat pada Ayu Candramaya sebagai protagonis. Bahagian pertama mengenalkan aku dengan Ayu Candramaya yang seperti hamba di rumah sendiri. Kerja-kerja rumah semuanya diselesaikan Ayu Candramaya. Perkenalan Ayu Candramaya dengan seorang lelaki tua bergelar Gentala telah merungkai satu rahsia yang disimpan rapi oleh bapanya, Indera Kelana. Rahsia yang membuatkan Ayu Candramaya nekad untuk menuntut ilmu dengan Gentala meskipun dibuang keluarga.
Bahagian dua mengenalkan aku dengan Mustika, sebuah sekolah istimewa yang mengajarkan ilmu agama dan juga ilmu kesaktian. Perjalanan cerita semasa Ayu Candramaya ni dekat Mustika lebih pantas. Dengan Ayu Candramaya yang cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru, dari seorang yang tak punya kawan tiba-tiba dapat tiga orang teman baik, mula belajar tentang sakti Sukma Cendrawasih yang ada dalam dirinya. Dan kerana sakti itu juga, Ayu Candramaya menjadi sasaran mereka yang busuk hati. Bahagian tiga pula merungkai muka sebenar setiap insan disekeliling Ayu Candramaya. Pace dekat bahagian ni, jauh lebih cepat. Macam-macam yang berlaku pada Ayu Candramaya dan Mustika. Rahsia demi rahsia terungkai.
Aku suka dengan cerita ni. Prosa bahasa yang digunakan sesuai dengan gambaran zaman dahulu kala membuatkan aku lebih menghayati kisah Ayu Candramaya. Speaking of her, aku sangat suka dengan pengembangan watak dia. Bermula dengan gadis yang agak timid kepada seorang yang teguh pendirian dan akhirnya kepada seorang yang sangat berani. Despite dia masih 'hijau' dalam dunia persilatan dan kesaktian, dia berani nak menghadap Lestari yang berdendam demi membela keturunannya.
Babak-babak aksi, tak dinafikan memang sangat memukau. Lagi-lagi dengan kesaktian yang mereka ada, yang mana mendebarkan bertambah-tambah debaran tu. Aku suka dengan persahabatan Ayu Candrama, Kesuma Endah, Sari Pertiwi dan Citra Widuri. Setiap seorang tu menambahkan rencah rasa dalam kisah Ayu Candramaya. Jujurnya, elemen plot twist dan rahsia disebalik satu, satu watak tu agak klise dan obvious tapi itu tak mengurangkan rasa seronok untuk aku baca. Apatah lagi aku skeptikal dengan setiap watak yang nak rapat dengan Ayu Candramaya, seolah mereka semua akan buat sesuatu dekat dia. Bak kata omputeh, keep your enemy closer.
Overall, cerita ni best. Tak sia-sia tunggu penulis ulang cetakan hahaha. Dan aku tak sabar untuk lanjutan Hikayat Suwarga sebab dendam Kresna masih belum terhapus.
-thes
0 Comments