Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Undercover
Penulis: Nur Izzah Hani
Mukasurat: 358
Genre: Romantik, Aksi
Penerbit: AHA Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 978-967-0082-08-0
Blurb:
Wanita itu langkahnya harus santun. Wanita itu tingkahnya harus anggun. Wanita itu wajahnya harus membuat orang terpegun.
Wanita itu, bukan aku.
Nama aku, Raven. Kerja aku? Cuba teka, aku bagi petunjuk. Kadang aku jadi pengemis, kadang aku jadi orang gila. Ada masanya aku jadi cikgu. Jadi penjual buah pun pernah juga. Semuanya aku lakukan bersama partner-in-crime yang sengal ubi. Nama dia Hawk. Bak kata bos besar aku, kami yang terunggul dalam kalangan terbaik. Andai kau kawan, kau akan aman. Andai kau musuh, ucaplah selamat tinggal ada dunia. Kau tak akan selamat selamanya.
Kalau kau berjaya teka kerja aku dan Hawk, kau hebat. Nyawa aku ada satu, rupa aku ada seribu.
Aku tak tahu kenapa tapi sepanjang aku baca kisah si Raven dengan Hawk ni, aku teringat dekat si Hani dengan Irfan dari The Silent Killer. Vibe dorang sama! Macam buku-buku aksi-romantik NIH yang lain, buku ni juga fast paced. Kalau nak dibandingkan, buku ni nipis antara semua tapi masih cukup rencah yang melengkapkan rasa.
Raven The Dark Angel. Senja Zilvania atau dear Siti Nur Raveniah kepada seorang Hawk, merupakan gadis yang bukan sebarang. Dengan kemahiran, dia merupakan satu antara dua yang terunggul dalam kalangan yang terbaik. Dalam kekusutan tugas yang mencabar, Raven tenang menjalankan tanggungjawab.
Hawk The Light Devil. Fajar Aliuddin aka Ahmad Hawkiah kepada seorang Raven merupakan jejaka sehijau hutan amazon idaman Malaya. Pelengkap kepada dua yang terunggul dalam kalangan yang terbaik. Setiap yang dia lakukan, semuanya dengan pertimbangan dan alasan. Jumpa Hawk ni macam jumpa member sebab dia pun suka baca novel!
Gabungan Raven dan Hawk bukan setakat menggerunkan musuh malah memeningkan sesiapa saja yang ada bersama mereka! Off mission, mereka frenemies yang lebih friend tapi enemy masih bersisa. Pantanglah bercakap sikit, ada je yang dua ketul ni gaduhkan. Dalam gaduh-gaduh tu, tetap ada untuk satu sama lain. They got each other's back, always.
Babak aksi tak terlalu banyak, cukup sekadarnya. Paling penting kalau baca buku ni, memang akan terhibur teruk dengan telatah Raven dengan Hawk. Lagi-lagi si Hawk, kalau tak bikin Raven panas membara setiap pertemuan tu memang tak sah. Umpama wajiblah untuk dia menyakat selamba Raven. Dan setiap kali tu, without fail, Raven mesti lawan. Comel sungguh!
Bukan NIHlah kalau karyanya tanpa pengisian ilmu agama. Banyak ilmu yang penulis share secara santai melalui seorang Hawk. Mod Ustaz Ahmad Hawkiah on. Setiap kali Raven tanya sesuatu berkaitan Islam, Hawk akan jawab tanpa gagal.
Apapun, congrats penulis untuk naskhah ni!
-thes
2 Comments
Saya singgah sini :)
ReplyDeleteterima kasih menyinggah!
Delete