Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Tuanku Hana
Penulis: Leena Syiha
Mukasurat: 640
Genre: Penyiasatan, Romantik, Drama
Penerbit: AHA Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 978-967-0082-10-3
Related title(s): Tuanku Hana 2
Blurb:
Semuanya bermula apabila Ameer menyiasat sebuah syarikat terkemuka bernama MIMA pada awal tahun 2011, sehingga akhirnya dia terlibat dalam misi menyelamatkan seseorang dari sindiket haram bernama KING'S. Misi itu mempertemukan dia dengan Hana, gadis 18 tahun yang baru gagal SPM. Gadis yang memanggilnya tuanku tanpa sengaja.
"Lain kali jangan sesuka hati ambil barang orang." - AMEER UTHMAN
"Ya, tuanku." - HANA SOLEHAH
Tujuh tahun berlalu. 2018. Bumi Madinah menjadi saksi pertemuan mereka buat kali kedua. Pertemuan yang membuahkan luka demi luka. Pertemuan yang meranapkan harapan seorang Hana.
"Aku cuma minta kau berlagak lupakan sahaja. Bukan betul-betul lupakan." - AMEER UTHMAN
"Dan itu tak mudah!" - HANA SOLEHAH
"Abang saya takkan pandang perempuan... Macam awak." - SAADAH
2019. Segalanya bermula. Perkara yang ditakutkan Ameer berlaku. Kemunculan Hariz menjadi permulaan rentetan peristiwa menakutkan yang berlaku.
Rentetan kehancuran seorang Ameer Uthman.
"Ameer, kita ada Allah. Segala perkara yang berlaku semua disusun oleh-Nya." - LUQMAN ANNASAIE
"Kau punca semua ini, Ameer." - HARIZ
"Sudah berapa lama kamu tidak mendalami jiwa kamu sendiri, Uthman?" - MAULANA ISHAQ
Kali pertama terima buku ni (beli masa preorder), aku terkejut sebab tebal yang amat! Dan jujurnya aku expect akan habis satu buku ni jelah. Tiba-tiba ada second book. Terus aku tak tahu nak expect apa dan agak skeptikal jugalah, lagi-lagi pertama kali nak baca karya LS. Aku memang dah lama aim nak baca karya LS, dan aku ingat aku akan baca duologi LA dulu, rupanya jumpa Ameer dan Hana dulu, walaupun jumpa sekerat jalan je (for now). Buku ni lebih kepada kisah penyiasatan yang Ameer ketuai berkenaan sebuah syarikat MIMA dan pemiliknya Robert. Pada pendapat peribadi aku, romance antara Ameer dan Hana ada cuma aku tak rasa chemistry antara mereka.
Ceritanya bermula dari tahun 2011, Ameer Uthman berumur 22 tahun dan Hana Solehah 18 tahun. Pertemuan tanpa sengaja membawa mereka ke misi untuk menyelamatkan seseorang yang mohon pertolongan. Dan hari-hari yang mereka lalui bersama telah membuahkan rasa suka dan cinta dalam diri seorang Hana. Bertahun berlalu, Hana dan Ameer bertemu semula di Madinah. Ameer telah mengambil alih tampuk kepimpinan Hamra'ul Asad setelah ayahandanya meninggal dunia. Hana pula bekerja dengan syarikat keluarganya, Hanara yang kini (2018) bertapak di Madinah.
Ameer Uthman, seorang usahawan yang hebat serba-serbi tapi gagal memahami hati sendiri. Antara keluarga dan hati, Ameer lebih pentingkan keluarganya. Dia juga seorang yang cold, agak sombong dan tinggi ego. Agak tak berkenan jugalah aku dengan watak dia. Hana Solehah pula seorang yang sangat berani. Baru jumpa sekali terus nak percaya orang tu, ish dulu mak tak pernah pesan ke jangan cakap dengan orang tak kenal? Jangan mudah percaya? Watak dia nampak la matang seiring masa cuma ada masa macam tak bertempat dia punya dialog. Diminta cerita masa kena serang, tiba-tiba melalut cerita hantu kum kum aduhhh.
Jujurnya, aku lebih tertarik nak tahu tentang MIMA, Robert dan juga kes pembunuhan bersiri dan kaitannya dengan Malique berbanding kisah Ameer dengan Hana😅😅 Pace cerita agak laju juga dengan macam-macam yang terjadi. Kadang-kadang, aku tak perasan pun selang masa, flash back jadi dua tiga kali jugalah menyelak bab belakang haha. Aku ambil masa jugalah nak habiskan AU ni.
Watak sampingan yang sangat intrigued aku adalah Inspektor Fawwaz (janganlah tanya kenapa sebab aku pun taktahu uhuk). Side note, dia charismatics gila! Saadah pula watak yang aku tak boleh nak faham hahaha. Dah la kutuk Hana terang-terangan lepastu tak expect Hana kecil hati. Eeee terasa sangat unsympathetic ya dia. Harap-harap dalam TH2 jadi orang yang lebih baiklah. Saif pula bagi aku dia abang yang perfect untuk Hana. Quite hensem juga, eh?
Apapun, tahniah kak penulis untuk novel ni!
-thes
4 Comments
Selamat mengulat buku
ReplyDeleteterima kasih WP
DeleteSelamat membaca
ReplyDeletetq kak rabiaa
Delete