Love, Elsa by Acik Lana

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Love, Elsa 

Penulis: Acik Lana

Mukasurat: 530

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Booku

Terbitan: 2018

ISBN: 978-967-14824-1-4

Related title(s): Love, Elsa II

Blurb:

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. 'Allergic' yang dihadapi telah mengubah kehidupannya secara total.


Entah kenapa, Ammara seperti 'diharam' untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu pengembaraan yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!


Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.


Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City berjaya perlahan-lahan mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.


"I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I'm a freak, Kim. I don't belong here!"- AMMARA

"You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada." - RIDZA KIM


Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan 'allergic'nya untuk membantu Ridza Kim menyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki tu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.


Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.


Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu terima dirinya bila mereka 'dipantang' untuk saling bersentuhan?


Ni merupakan buku pertama yang aku baca dari penulis dan omg aku sangat hooked dengan kisah Ammara-Ridza Kim ni. Bukan hanya fokus pada kisah cinta gadis anti-sosial dengan mat bunga, tapi ada juga selitan suspens dan juga drama keluarga.


Lepas habis baca (buku 1 & 2) baru aku tersedar yang kisah mereka ni retelling Frozen. Taklah sepenuhnya tapi lebih kuranglah sebab macam Elsa, Ammara ada kuasa di kedua-dua belah tangan dia. Kuasa yang tiba-tiba dia dapat ketika berumur tujuh tahun. Kuasa yang telah menjadi sumpahan buat seorang Ammara. Kerana kuasanya, dia dianggap sebagai orang gila dan sakit mental oleh semua yang mengenalinya, termasuklah bapanya, Elias. Ditambah lagi dengan 'rencah' oleh keluarga tiri, Ammara akhirnya dihalau keluar daripada rumah dan dibiarkan sendiri.


Kehadiran Ridza Kim sebagai jiran mengubah Ammara sedikit demi sedikit. Daripada seorang yang anti sosial, Ammara mula berkata-kata, mula berkawan, dan tersenyum. Persahabatan yang dihulur Kim perlahan-lahan Ammara terima. Dengan sokongan Kim, Ammara mula mengawal 'kuasa'nya. Dan kerana persahabatan itu, Ammara mula membantu Kim menyelesaikan misteri kemalangan ayahnya dan kematian ibunya.


Flow cerita cinta antara mereka bagi aku just nice. Bermula daripada strangers, Kim mula mendekati Ammara dan Ammara mula menerima 'orang luar', mereka bersahabat, opening up to each other, dan akhirnya menerima satu sama lain. Sangat nice lagi-lagi dengan elemen misteri dan suspen mengenai keluarga Kim (dan Ammara). Babak suspens berdepan dengan pakcik Kim tu perghh mendebarkan ya.


Watak-watak sampingan pun menyerlah dalam cara mereka sendiri. Haruslah mention keluarga mak tiri Ammara yang gila, Puan Kamariah, Ramona dan Sofea. Dasar tak sedar diri! Kata Ammara gila, walhal dorang yang gila. Eeeee  membara je fikir pasal dorang ni. Ji Hyun yang muncul amat tak menyenangkan, Jenna dan Hanna yang menceriakan Ammara, Uncle Zamir yang sentiasa ada. Semuanya punya peranan penting dalam cerita ni.


Pertama kali aku membaca karya AL dan sungguh aku jatuh cinta dengan penulisan dan olahan beliau. Tak menyesal beli buku ni! InsyaAllah nanti kita slow-slow check buku-buku yang lain pulak.


-thes

Post a Comment

2 Comments