Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Half Girlfriend
Penulis: Zura Rahman
Mukasurat: 694
Genre: Romantik, Drama
Penerbit: ZR Publishing
Terbitan: 2024
ISBN: -
Blurb:
Kahwin? Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK. Tidak pernah terlintas dalam hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan Kaseh Hadana, kawan baiknya sendiri. Bekas tunang kawan baiknya, Naufal.
Mana tidaknya, CK ibarat dari planet Marikh dan Hadana pula ibarat dari planet Zuhrah. Apabila bertemu di planet bumi, peperangan demi peperanganlah yang berlaku! Malah, mereka berkahwin pun disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi kepada Hadana.
"Kau memang! Tak sofistikated langsung." - KASEH HADANA
"Only those who are complicated will have such sophistication." - CK
"Mengaku ajelah kau tak sofistikated!" - KASEH HADANA
"Aku? Tak sofistikated? Try me." - CK
CK, seorang jurutera yang bekerja di offshore ini terkenal dengan tingkah laku selamba badak dan imej cool. Dia juga punya segala-galanya yang diimpikan oleh wanita di luar sana. Si jejaka kacukan mat salih ini juga selalu berfikir yang dia tidak perlukan perempuan untuk hidup bahagia.
Namun, kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup CK umpama gempa bumi yang menyergap tanpa amaran. Wanita itu bagai puting beliung, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang membuat hidupnya kacau-bilau, diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, telah tergendala apabila status half girlfriend sudah bertukar menjadi isteri.
Apakah akan terjadi seterusnya? Akankah CK, Kaseh Hadana dan Naufal berjaya menamatkan kinflik persahabatan mereka yang sebelum ini rapat kini telah renggang? Apa yang perlu mereka bertiga lakukan? Rasai sendiri perjalanan cinta dan emosi tiga sahabat ini dalam Half Girlfriend...
Persahabatan yang terjalin dari zaman universiti membawa ke dunia dewasa. Kaseh Hadana. Bercinta dengan Naufal bertahun lamanya namun Naufal memutuskan pertunangan mereka. Tempat Naufal diganti dengan kawan baiknya sejak sekolah menengah, Chance Humprey-Kallaghan. Atas rasa kesian dan tanggungjawab, CK mengambil Hadana sebagai isteri walaupun dia tidak pernah mengimpikan seorang isteri.
Kisah CK dan Hadana ni perlahan kerana realiti mereka sangat tak indah dan tak senang. Perkahwinan mereka juga bersebab. Sebab yang memeritkan, realiti yang tak ada perempuan mahukan. Persahabatan antara CK dan Hadana terjalin kerana Naufal. Dan kerana Naufal juga, mereka bersatu. Aku tak nafikan, chemistry antara Hadana dengan CK memang ada cuma kerana push and pull factors antara mereka membuatkan aku lelah sikit membaca. Yang impikan babak-babak sweet penuh bergula, boleh perlahan-lahan buang expectation tu sebab kisah ni terlebih dos realiti uhuk.
CK. Dia memang lelaki yang bertanggungjawab, prihatin dan saat dia mula jatuh cinta dengan Hadana, there's no stopping him. Satu yang menggeramkan aku, dia senang bersangka dan susah sangat nak bawa berbincang. Lepastu membara sendiri. Nasib baik masih waras untuk tak melulu lepaskan Dana masa Naufal datang menuntut janji. Hadana pula, aku suka dengan watak dia yang matang (tolak masa perubahan hormon dia). Sentiasa cuba cari peluang untuk berbincang dengan CK. Dari masalah hati, perkahwinan dan kerisauan dia, semuanya dia cuba selesaikan dengan berbincang.
Tak hanya berfokus tentang mereka, tetapi juga tentang konflik keluarga CK, particularly ibunya yang meninggalkan mereka, dia dan abangnya semasa mereka masih kecil. Aku suka pengaruh Dana untuk merapatkan mereka semula.
Buku ni juga membawa kita berjalan-jalan di Sabah, negeri kelahiran CK. Memandangkan aku tak pernah lagi jejak Sabah, terasa seronok juga dapat 'berjalan' ke sana. Banyak juga tempat yang mereka lawati sambil melawat bapak CK. Babak gempa bumi di Sabah yang berlaku pada 2015 pun ada dimasukkan dalam novel ni cuma bagi aku tak signifikan, sekadar filler. Overall, aku enjoy pembacaan aku menghabiskan novel ni.
-thes
0 Comments