Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Projek PHANTOM: Halimunan
Penulis: Riley Fizan
Mukasurat: 176
Genre: Paranormal fantasy, Misteri, Sci-fi
Penerbit: Penerbit X
Terbitan: 2024
ISBN: 976-967-369-763-2
Blurb:
Bagaimanakah hidup, andai semua yang anda kenali tidak akan mengingatimu lagi apabila waktu melintasi pukul 12.00 tengah malam?
***
Dia adalah pemuda yang hidup dalam sumpahan. Dia telah hilang segala-galanya - keluarga, sahabat, dan masa depan kerana dunia melupakannya setiap kali hari berganti.
Dia berusaha meneruskan kehidupan bersama-sama seekor kucing calico sebagai peneman. Satu insiden menemukannya dengan seorang gadis yang mempunyai sindrom hyperthymesia yang dapat mengingati dirinya walaupun detik 12.00 tengah malam berlalu.
Dia menyangkakan doanya telah termakbul, dan sumpahannya akan berakhir dengan kemunculan gadis itu, namun sebenarnya ia merupakan satu permulaan kepada masalah yang lebih besar.
Daripada seorang manusia yang dilupakan, dia kini menjadi buruan. Dan mereka sanggup membuat apa sahaja demi menangkapnya!
Lima tahun berlalu tanpa ada siapa-siapa yang mengingatinya. Setiap hari, tepat jam 12 malam, orang akan melupakannya. Itulah sumpahan yang terpaksa Agus hadapi. Hidupnya yang dulu punya teman, keluarga dan impian kini hanya tinggal dia dan Min, si kucing calico yang menemaninya.
Pertemuan tanpa sengaja dengan gadis bernama Cempaka yang mempunyai hyperthymesia - sebuah kebolehan untuk mengingati setiap yang berlaku dalam hidupnya menceriakan hari-hari Agus. Setelah lima tahun, dia akhirnya punya seorang teman yang mengingati dirinya walaupun jam berlalu 12 malam.
Naskhah setebal 176 muka surat ni sangat gripping. Susah untuk aku letakkannya. Sebagai bukan penggemar cerita berunsurkan paranormal fantasi and a bit of sci-fi, aku mampu habiskan bacaan dalam masa kurang 3 jam. Sangat menarik ya, lagi-lagi bila sampai plot twist. Fuhhh, unexpected betul. Kembara Agus dan Cempaka ke Nilamville untuk bertemu dengan Norman Purnama menghadirkan makin banyak soalan.
Buku kedua penulis yang aku baca dan yang ini berjaya tarik perhatian aku dari mula sampai ke akhir cerita. Jadi, aku sangat excited untuk buku seterusnya! Harapnya tak lamalah nak menunggu.
-thes
0 Comments