Bergaji & Pokai by Suraya Zainudin

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Bergaji & Pokai 

Penulis: Suraya Zainudin

Mukasurat: 222

Genre: Bukan Fiksyen, Kewangan

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2021

ISBN: 978-967-2459-55-2

Blurb:

Kita semua pernah berasa risau apabila memikirkan perihal duit - risau andai kita dapat bertahan hingga hujung bulan; risau andai simpanan kita cukup; risau memikirkan cara untuk menambah pendapatan.


Lambakan nasihat daripada guru kewangan yang mempunyai pelbagai 'mazhab' cara fikir pula semakin mengelirukan. Yang mana satu perlu didahulukan? Melabur, menabung, atau mencari kerja yang bergaji lebih besar?


Bergaji & Pokai tampil untuk merungkai segala kerisauan tersebut, di samping menunjukkan langkah awal pengurusan kewangan yang mudah melalui dua bahagian:

  • Cara untuk menilai kesihatan duit serta menguruskan kewangan.
  • Mengubah perspektif terhadap erti menjadi kaya dan membentuk cara fikir yang realistik berkaitan peranan duit dalam hidup.

***

"Buku ini untuk orang yang penat menjadi pokai. Penat pokai itu bukan sekadar penat pada fizikal, malah pada mental."


Buku ni merupakan buku kewangan pertama yang aku beli sebab tertarik dengan tajuknya walaupun masa aku beli aku takde gaji lagi. Lepas beli, macam biasa aku perap dulu dan lepas grad ni barulah macam sedar diri yang ilmu finance tak banyak dan terhad apa yang aku belajar dalam kelas (very little and impractical) je.


Buku ni bagi aku sangat sesuai untuk semua yang baru nak mula susun kewangan sendiri macam aku. Banyak info yang penulis kongsikan dan cara penyampaiannya pun santai-santai je. Jujurnya, aku bukan pembaca buku fiksyen. Aku boleh ambil masa bertahun untuk habiskan satu buku nonfic. Imagine my surprise masa pertama kali aku baca buku ni terus hooked dan habis lebih lima puluh muka surat. Untuk aku, sangat wow.


Aku sangat suka dengan susunan bab dalam buku ni. Sangat teratur, membuatkan aku mudah untuk faham inti yang nak disampaikan. Penulis juga ada selitkan tips dan nasihat yang realilstik yang boleh kita guna. Since penulis ada juga include data walaupun tak tepat sebab dah bertahun tapi masih boleh dijadikan rujukan.


Aku highly recommend buku ni untuk sesiapa yang baru nak mula belajar financial management.

-thes

Post a Comment

0 Comments