Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Membakar Syurga Mengguyur Neraka
Penulis: Hana Ilhami
Mukasurat: 840
Genre: Romantik, Drama
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2014
ISBN: 978-967-0246-75-8
Blurb:
Najiha... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirkan Dona, dia menghubungi Rahul yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul."Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu." - NAJIHA"From now on, I'll follow you like a shadow of your life, Jiha." - RAHUL
Rahul... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tetapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada masa yang sama, Dona turut membuat permintaan."Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?" - DONA"Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?" - NAJIHA"Rahul..." - DONAKehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuangannya."Sudikah kau mengguyur nerakaku?" - HADIDemi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memendamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?
Buku ni antara buku kegemaran aku yang sentiasa, tanpa gagal akan mengeluarkan aku dari reading slump. Setelah berkali-kali reread sejak aku beli, rasanya dah sampai masa untuk aku share. Naskhah HI yang ini, isu yang diketengahkan berat so it's not really a light read. Tapi taklah berat menyakitkan kepala. Just nice, perhaps?
Najiha. Seorang kaunselor muda dan bersahabat baik dengan Dona, gadis Chindian yang berminat dengan Islam. Kerana keluarganya merupakan penganut Hindu yang taat, Dona merahsiakan tentang minatnya terhadap Islam. Kejadian abangnya dihalau kerana ingin berkahwin dengan wanita yang bukan penganut Hindu menakutkan Dona untuk berterus terang. Bahkan, penyakit yang dihadapinya juga dirahsiakan daripada keluarga.
Rahul. Software engineer di USA pulang setelah mendapat tahu adiknya sakit. Tetapi, ragunya terhadap Najiha tetap ada. Lalu, dia menyiasat segala tindak tanduk Najiha. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Najiha dan gadis itu menjawab tenang. Sangsinya bertambah bila Fahmi dan Hadi muncul dan hubungan rapat Najiha dan Dona mengelirukan Rahul.
Fahmi. Seorang yang terkenal sebagai penceramah motivasi dan merupakan kawan sekampung Najiha. Bertemu semula di universiti dan kekal bersahabat sehingga mereka bekerja. Fahmi merupakan seorang yang Jiha label sebagai lelaki Gred A. Agamanya, adabnya, perlakuannya, semuanya A. Tapi, ada rahsia yang Fahmi simpan dari pengetahuan semua termasuklah Jiha dan Dona.
Novel ni, tak dinafikan memang banyak watak. Najiha, Rahul, Dona, Fahmi, Hadi, Eddy, Lili, Insyirah. Walaupun banyak watak, setiap satunya sangat penting dan ada peranan tersendiri dalam kisah Jiha dan Dona ni. Novel ni juga menggunakan platform forum online, jadi banyak juga gambar daripada page forum tu. Membantu dalam memahami isu yang diketengahkan tapi downsidenya tulisan agak kecil, jadi yang rabun macam aku ni kena struggle sikit huhu.
Isu LGBT yang dibawakan penulis sangatlah well-written. Aku suka dengan approach penulis dalam menulis isu yang sentitif ni. Banyak info yang dikongsikan mengenai isu ni dalam cara yang santai dan tak formal/baku. Pandangan Islam dalam isu ni juga banyak diketengahkan. Untuk isu yang berat macam ni, penulis berjaya membina setiap watak dengan pandangan yang berbeza, sebagaimana dunia nyata. Naskhah ni bagi aku merupakan naskhah yang berilmu. Banyak yang boleh kita ambil sebagai iktibar dari sekecil-kecil watak.
-thes
0 Comments