Dodoian Tengah Malam by Chong Shi Hao

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Dodoian Tengah Malam 

Penulis: Chong Shi Hao

Mukasurat: 268

Genre: Seram

Penerbit: Kadokawa Gempak Starz

Terbitan: 2023

ISBN: 978-629-7563-77-0

Blurb:

Ebi dan Yaya ialah pasangan adik-beradik albino. Disebabkan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari dan warna kulit tidak dapat diterima masyarakat, mereka hanya boleh membesar dalam  keluarga yang pelik.


Si ibu mengatakan si ayah hendak membunuh mereka dan menuduh si ibu gila. Diiringi anak patung rekaan ayah, bunga melur ditanam mama serta dodoian nenek, segala kebenaran seakan ilusi bakal terbongkar!


Terimalah antologi tengah malam Dark Side buat tatapan semua!


Sepasang adik beradik albino, Ebi dan Yaya yang terasing dari masyarakat kerana keunikan mereka. Namun, mereka bahagia bersama mama dan ayah. Segalanya berubah selepas mama tiba-tiba melarikan mereka daripada ayah. Mama kata ayah nak bunuh mereka untuk dijadikan anak patung! Ayah pula kata mama gila! Ebi dan Yaya yang tidak faham hanya terpaksa mengikut cakap mama. Sehinggalah mereka akhirnya dihantar ke rumah nenek kerana ayah sentiasa jumpa mereka. Tapi, nenek juga pelik. Kurang bercakap, menjual sup yang menjadi kegemaran orang kampung tetapi Ebi dan Yaya tak dibenarkan makan sup itu. Dan ada rahsia disebalik sup nenek.


Permulaannya yang sangat intriguing, macam-macam soalan yang tertimbul semasa aku membaca bab awal cerita. Kemudian, jalan cerita jadi semakin mengelirukan. Makin aku baca, makin aku tak faham. Tapi, setiap bab juga menimbulkan rasa ingin tahu aku membuatkan aku sukar untuk meletakkan buku ni walaupun setiap bab creepy in their own way.


Ada beberapa bab yang aku rasa sangat creepy dengan ceritanya macam bab di rumah anak-anak yatim di mana 'aku' berjumpa dengan dua bidadari, bab Yaya dan Ebi nampak rahsia sup nenek, bab yang bercerita tentang pertandingan untuk menang melur merah dan bab sekumpulan budak main sorok-sorok dekat kawasan rumah loner.


Buku ni umpama satu puzzle besar yang ditampalkan pada bahagian yang salah. Menjadikan cerita sukar untuk aku faham. Dan akhirnya aku gagal untuk faham sepenuhnya. Seumpama main connect-the-dots tapi new dots keep appearing dan kau hilang arah nak connect new dots to the old dots. Beberapa dots aku berjaya satukan tapi few others not. Nak pula penceritaan dalam first pov of multiple characters yang kau tak tahu character tu yang mana. Ya, ceritanya sangat confusing. Dan aku rasa ada beberapa mini story yang tak berkait dengan cerita Ebi dan Yaya.


Normally, cerita seram bukan pilihan pertama aku but I'm glad for this book sebab ceritanya bukan seram hantu tapi more to creepy-psiko story. Kalau buku ni movie, takde jumpscare just that unsettling feeling. Anyway, thank you Gempak Starz for this free book in exchange for an honest review.

-thes

Post a Comment

0 Comments