Guardian of the Heart by Sarah Mikayla

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Guardian of the Heart

Penulis: Sarah Mikayla

Mukasurat: 454

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2024

ISBN: 978-983-822-274-7

Blurb:

"Have you ever heard that the saddest part of life is saying goodbye to someone you wish to spend your lifetime with?"


Eijaz Mikael, lelaki yang hidupnya dikatakan hampir sempurna. Erdina Qaisara, gadis yang hidupnya seakan-akan berpaksikan mulut manusia.


Dua manusia yang dipertemukan, namun rasa yang menjerat hanya tersimpul di hati. Di sebalik perang mulut yang tak berkesudahan, tersembunyi sekuntum bunga yang mekar dalam diam, terikat kuat oleh tali ego yang mempu menjerat jiwa yang sirna.


Ketika Eijaz Mikael bakal disatukan dengan Dahlia Risteena, Erdina Qaisara pula bakal disatukan dengan Thaqeef Aiman. Namun, kesumat yang bersarang akibat satu insiden yang memalukan telah merosakkan segalanya.


"Aku... tak akan bunuh kau sesenang tu, Erdina Qaisara." - DAHLIA RISTEENA

"Aku akan ikut kau ke mana saja! Kau cuma kena lepaskan dia. Aku merayu..." - ERDINA QAISARA


Kegiatan liar Dahlia Risteena semakin menoreh luka sehingga mampu mengorbankan insan yang tidak bersalah. Sejarah hitam seakan-akan berulang semula.


Dahlia Risteena tekad mahu menghancurkan sesiapa saja yang memusnahkan kehidupannya. Tiada pilihan, mereka menjadi mangsa buruannya.


"They need to face me first. I won't let them touch you even a little. That's my promise." - EIJAZ MIKAEL


Antara dua insan yang telah dikirimkan Tuhan, siapakah si penjaga hati yang mampu melindungi simpulan atma dari jerat percintaan?


Apakah noktah di pengakhiran bila dua nyawa menjadi taruhan?


Berjuang atau menyerah, apa pun terjadi ending di dalam setiap destinasi yang dilalui adalah kesempatan yang terakhir.


"Point your finger at me and you'll die."


Aku terima buku ni as hadiah giveaway yang penulis anjurkan. Jadi, aku tak ada apa-apa expectation. So, imagine my surprise masa aku mula baca and aku familiar dengan nama-nama watak, dengan babak-babak yang ditulis. Macam aku pernah baca. So, aku assume dejavu. Tapi something doesn't fit sebab aku terasa familiar sangat dengan bab-bab awal. Setelah gali ebook collection aku, barulah aku sedar yang ada satu ebook dalam simpanan aku atas nama penulis yang sama dengan buku ni. So, mystery solved.


Eijaz Mikael aka Mika/Kay, seorang pensyarah di sebuah universiti yang popular dalam kalangan pelajar. Popular kenapa? Of course lah sebab rupa dia yang hensem gila. Boleh kata semua student perempuan mesti ada crush dekat dia. Bukan setakat ada rupa, dia juga merupakan anak kepada pemilik stesen tv ilmiah popular aka orang berada. Atas sebab tertentu, dia dijodohkan dengan model popular, Dahlia Risteena. Dalam diam, dia ada hati pada rakan sekerjanya, Erdina Qaisara.


Erdina Qaisara merupakan pensyarah yang serba boleh. Hobinya adalah mengabdikan kenangan dengan mengambil gambar menggunakan kamera canon kesayangan. Saat dia menyedari perasaannya pada Mika, dia telah terlambat. Atas pujukan keluarga, Qaisara bersetuju untuk disatukan dengan seorang ustaz yang baru menetap di kampungnya, Thaqeef Aiman. Kerana satu rahsia, pernikahan Mika dan Dahlia terbatal. Peluang yang ada Mika gunakan sehabis baik dan akhirnya dia berjaya mendapatkan cinta Qaisara. Perkahwinan yang terbina diuji berkali-kali.


Aku suka dengan cara penulisan buku ni yang santai. Ceritanya pun light je walaupun banyak drama yang berlaku dalam kisah mereka. Nak pula dengan watak-watak macam Taufiq, bestfriend Mika yang masuk air dan Dayana, bestfriend Qaisara yang kaki gosip sampaikan dengan opah Qaisara pun jadi geng gosip dia menceriakan lagi cerita ni. Tema kekeluargaan dan persahabatan yang dibawa penulis sangatlah heartwarming bagi aku.


Satu perkara yang aku kurang senang adalah banyak perkataan yang di tengah-tengah ayat bermula huruf besar. Kalau satu dua okay lagi tapi sebab consistently ada dari awal sampai akhir, aku rasa kena komen sikit part ni. Apapun, tahniah kepada penulis untuk novel pertama ni.

-thes

Post a Comment

0 Comments