Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Nazim: Kisah Pejuang MDD
Penulis: Yaya Okita
Pelukis: Yaya Okita
Mukasurat: 194
Genre: Komik, Kesihatan Mental
Penerbit: Seed Design
Terbitan: 2024
ISBN: 978-629-99449-0-4
Cetus Amaran: Self-harm, Child abuse
Blurb:
Seumur hidup, Nazim tidak memiliki pengalaman merasai erti kekeluargaan yang sebenar. Tekanan fizikal & mental yang dihadapinya telah menyebabkan dia menjadi pejuang Major Depressive Disorder. Dia tiada tempat untuk menumpang kekuatan, lagi-lagi dirinya yang anak tunggal kepada keluarga yang semakin berpecah-belah. Dianggap seperti tidak wujud amat menyakitkan jiwa.
Segala hidupnya, diuruskan sendiriran. Hidupnya hanya ada doktor-doktor psikiatri, pelajar-pelajar & sahabatnya, Nufail. Kekuatan mereka ini telah menyembuhkan Nazim hampir 2 tahun lamanya.
Namun begitu, gangguan mentalnya kembali menyerang. Tertanya-tanya, adakah dia masih mampu mengharungi episod ini semula?
Mengenali penulis/pelukis komik ni daripada kisah Cikgu Talhah yang pernah viral satu ketika dulu. Kemudian, aku terus ikut perkembangan penulis di IG. Sempat jugalah baca kisah Komrad Ke Syurga sebelum akaun tu kena take down (sedih sebab tak sempat habis baca but sokay).
Komik ni mengisahkan Nazim, seorang guru yang mempunyai masalah kesihatan mental; Major Depressive Disorder sedari remaja. Bersama Nazim, Nufail, seorang sahabat yang ditakdirkan membantu Nazim berjuang. Persahabatan yang bermula dari sebuah salah faham membentuk sebuah keluarga yang memberi Nazim rasa selamat yang dia perlukan.
Bagi aku, komik ni sangat membuka mata tentang kesihatan mental, terutamanya MDD yang dihadapi Nazim. Banyak yang aku belajar tentang MDD dan kesihatan mental daripada komik ni. Berkenaan mereka yang menghadapi setiap episod, apa yang boleh dibantu, simptoms, terapi dan macam-macam lagi.
Sebahagian kisah Nazim ni ada juga tersiar dekat IG penulis dan semasa aku membaca, perasaannya berbeza-beza sebab penulis tak upload sekaligus, cuma sekali dua kali dalam seminggu. Jadi, bila baca komik ni, aku rasa setiap bab yang aku baca, mata aku mesti basah. Lepastu tergelak sendiri sebab tiba-tiba ada bahagian yang kelakar. Mungkin aku yang terlebih sensitif tapi ceritanya menyakitkan juga.
Persahabatan yang dihulur Nufail, sangat inspiring. Seorang sahabat yang sentiasa ada untuk Nazim walaupun pertolongan dia pernah ditolak berkali-kali. Tak sombong untuk belajar memahami keadaan Nazim dan membantu sekadar upaya dia. Penulis juga selitkan beberapa infografik yang berkait dengan kesihatan mental dan MDD supaya kita boleh belajar lagi tentang ini.
Kepada kak Yaya, terima kasih untuk kisah Nazim ni. Semoga topik mental health ni akan menjadi topik yang bukan lagi tabu untuk dibincangkan. Semoga dengan usaha komik ni, lebih ramai antara kita akan menjadi Nufail untuk seorang Nazim. Saya nantikan sequel komik ni dengan hati yang berdebar.
-thes
0 Comments