Komplot 18+ Extended by Pena Kayu

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Komplot 18+ Extended 

Penulis: Pena Kayu

Mukasurat: 362

Genre: Romantik

Penerbit: Rumah Pena Kayu

Terbitan: 2020

ISBN: 978-967-14386-6-4

Blurb:

“Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula.”

“Ini deal sementara saja, kan?”

“Ya, sementara saja.”

 

Komplot yang dirancang Hazel mudah. Setelah Raja Adib balik semula pada Hazel, kompot tersebut batal. Namun yang mudah itu jadi payah apabila rakan sekongkol Hazel adalah Tuan Ahadiat. Amat payah menjadi kekasih samaran Tuan Ahadiat apabila lelaki itu Cuma tahu menipiskan kesabarannya.

 

“Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan. Saya lain.”

“Lain yang macam mana? Bukan semua perempuan sama ke? Ada sepasang mata. Sepasang tangan. Sepasang gunung-ganang. Sepasang kaki.”

“Tuan ni kenapa? Saya maksudkan lain. Bukan yang sepasang-sepasang!”

 

Gara-gara lakonan terhebatnya bersama Tuan Ahadiat, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.

 

“Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?”

“Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?”

 

Ya, kenapa dia tak menolak? Sekarang dia perlu menjadi milik Tuan Ahadiat. Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.

 

“So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?” Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering kerika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.

 

“Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?”

“Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai.”

 

Komplot Hazel lebur ditelan cemburu. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih dahsyat sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang memakan dirinya secara senyap?

 

“I’m not afraid of you, Hazel. I knew your dirty little secret. Go on, teruskan jadi jahat. I can handle you and your ‘jahat’ness.”


Komplot 18+ mengisahkan Hazel yang menerima pelawaan Tuan Ahadiat untuk menjadi kekasih palsu demi mendapatkan perhatian Raja Adib, lelaki yang telah memainkan perasaannya. Komplot mudah antara Hazel dan Tuan Ahadiat menjadi sulit tatkala Tuan Ahadiat lebih mementingkan Raihana dan Hazel makan hati! Lebih parah apabila keluarga lelaki itu datang menghantar rombongan meminang dan dia telah menerimanya dengan rela. Dan dalam diam, Hazel punya matlamat sendiri yang harus dicapai.


Sebagaimana tajuk buku, memang banyak rupanya komplot yang ada. Dan melibat semua watak penting. Dari awal cerita sehingga tamat, komplot demi komplot didedahkan sehinggalah kemenangan itu ada dalam genggaman Tuan Ahadiat. Mastermind yang sangat licik menyusun strategi.


Jujur kata, Tuan Ahadiat bukanlah watak green flag di mata aku. Dengan mulutnya yang tak sudah dengan perbualan matured audiences, dingin dan suka berselindung tentang hubungannya dengan Raihana membuatkan aku rasa nak cekik je dia kalau ada depan mata. Tapi sebab dia fictional character yang ada good qualities juga like caring, protective of his people, gentleman, bertanggungjawab dan family man, aku tak jadi nak benci watak dia. Geram sikit je. Lagi-lagi bila dia susah sangat nak buka kisah dia dan Raihana pada Hazel yang dah sah jadi isteri dia.


Hazel pula seorang yang mudah mengikut perasaan dan cepat berprasangka. Lepas tu, sendiri makan hati dengan assumptions yang dibuat. Memang padanlah mereka berdua ni. Sedar dengan perasaannya  pada Ahadiat yang dah berubah, Hazel menjadi ragu nak teruskan rancangan jahatnya. Tapi, alahai dah buat jahat, cepat betul Hazel ni menyesal. Tak adalah jahat mana rupanya. Patutlah kalah dengan Ahadiat.


Penulisan yang santai dan olahan yang ringkas menjadikan cerita ni smooth untuk dibaca dan tak pening kepala walaupun konfliknya agak berat lagi berselirat. Aku memang terhibur habis la baca novel ni. Lengkap dengan pelbagai rasa terutamanya geram bagi pihak Hazel sebab jadi mangsa keadaan yang dia secara tak langsung cipta. Bolehlah lepas ni kita slow-slow kumpul bonda PK punya karya pulak.


-thes

Post a Comment

0 Comments