Seikhlas Kasih Ahmad Nanas by Izzraff

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Seikhlas Kasih Ahmad Nanas

Penulis: Izzraff 

Mukasurat: 248

Genre: Romantik

Penerbit: AHA Publication 

Terbitan: 2024

ISBN: 978-967-0082-28-8 

Blurb:

Aku sangka, cukup dengan cinta aku akan bahagia. Aku sangka, anak-anak yang aku kandungkan selama 9 bulan 10 hari akan cukup untuk mengikat kembali kasih sayang kami yang kian pudar.

 

Bukan sekadar peluang pertama, sejuta peluang sekalipun aku akan beri kepadanya supaya anak-anak aku tidak kehilangan kasih sayang seorang ayah.

 

Namun, dia sudah melampau.

 

Aku nekad untuk keluar daripada perkahwinan in. Kerana anak aku bertahan, sekarang kerana anak juga aku akan lepaskan.

 

“Perempuan kotor macam kau ni, tak payah tunggu hukuman akhirat. Aku boleh wakilkan Tuhan untuk hukum kau.” – IKRAM

 

Aku tak mahu lagi buka hati ni untuk sesiapa, cukuplah aku bersama dengan anak-anak aku sahaja.

 

Sehinggalah muncul dia...

 

“Ya Allah, Puan Sara rupanya. Puan panggil saya Ahmad aje. Dekat sisni orang tak kenal Ahmad Fahim. Orang kenal Ahmad Nanas. Tapi mana puan tahu nama saya ya?” -  AHMAD FAHIM

 

Wahai sekeping hati, perlukah aku luahkan rasa ini?


Perkahwinan atas dasar suka sama suka meninggalkan kesakitan kepada Sara. Suami yang diharapkan dapat membimbing dia dan anak-anak ke syurga rupanya neraka dunia bagi Sara dan anak-anak. Peluang demi peluang diberi namun semuanya dusta. Tersedar, dia memfailkan penceraian. Bergelar janda anak dua bukan mudah. Bertambah sakit apabila ibunya sendiri tidak mahu dia di kampung. Dengan azam baru, Sara mulakan semua dari bawah, di tempat asing, tanpa kenalan rapat.


Pertemuan dengan Ahmad Nanas sedikit demi sedikit meringankan beban Sara. Dari hanya penjual nanas yang jujur, menjadi guru mengaji untuk Haikal, pembekal nanas merangkap pembeli tart nanas serta roti-roti tetap yang dijual Sara, dan akhirnya menjadi pelindung untuk keluarga kecil Sara.


Mulanya aku geram dengan Sara yang sentiasa maafkan suami durjana dia tu dengan alasan fikirkan anak. Tapi, aku salute juga dengan dia sebab masih ada usaha untuk kumpulkan bukti penderitaan dia. Dan bila masanya tiba, semuanya jadi lebih mudah. Watak Ahmad Nanas pulak sehijau hutan. Dahla baik, santun, berbudi bahasa, pandai melayan budak, agamanya pun ada dan baik. Memang suami idaman lah senang cerita. Suka aku dengan sifat pelindung dia tu.


Penulisan Izzah Hani seperti biasa, sangat berilmu. Walaupun naskhah ni pendek, banyak ilmu yang aku dapat. Yang paling lekat dalam ingatan adalah mengajarkan anak membaca al-Fatihah dengan betul supaya bila menjadi amalan, pahalanya akan mengalir kepada ibu/bapa. Ada juga serba sedikit mengenai penceraian; talak dan li'an. Bila baca, dapat refresh balik ilmu yang belajar masa SPM dulu.


Penceritaan dari POV 1 dan dual POV membuatkan aku lebih mendalami watak Sara dan Ahmad Nanas.  Walaupun POV Ahmad tak banyak, tapi cukup untuk aku faham setiap tindakan dia. Konflik yang disajikan tidak terlalu berat sehingga memisahkan hero dengan heroin tapi cukup untuk menambah perisa cerita.

-thes

Post a Comment

0 Comments