Bintang Paling Terang by Nur Izzah Hani

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Bintang Paling Terang

Penulis: Nur Izzah Hani

Mukasurat: 501

Genre: Romantik, Slice of life 

Penerbit: AHA Publication

Terbitan: 2024

ISBN: 978-967-1182-16-5

Blurb:

Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk besarkan aku sejak aku berumur enam tahun.

 

Tapi, betullah kata orang; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

 

Pertukaran daripada sekolah bandar ke sekolah pedalaman Sarawak disebabkan panggilan tugas tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan.

 

“Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu.” ABANG AHMAD

“Nak kahwindengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?!” – IZZ HANINA

“Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat.” ABANG AHMAD

 

Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang drama queen ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je...

 

Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang.

Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!


Izz Hanina punya seorang abang, Ahmad Fahim. Tetapi semasa berumur 12 tahun, dia dengan selambanya meminta seorang rakan sekelas yang tua empat bulan untuk menjadi abang angkatnya. Hanya kerana si abang angkat meminta untuk  membaca novel yang ditulisnya. Padahnya, kedua-dua mereka dirotan Ahmad Fahim. Selepas kejadian itu, Izz serik!


Pertemuan semula mereka sebagai guru sementara di sekolah bandar seolah-olah tiada apa yang berubah. Si abang angkat masih kuat mengusik dan seorang Izz masih keras kepala dan kuat melawan! Panggilan bertugas ke kawasan pedalaman di Bumi Kenyalang diveto Ahmad Fahim. Izz hanya diizinkan pergi jika dia berkahwin, dan lelaki terpilih adalah si abang angkat aka Amirul Mukminin! Haru hidup Izz memikirkan dirinya bakal disatukan dengan Am, apatah lagi selepas dia mengetahui yang Am pernah hampir ditunangkan. Tapi, kalau dah jodoh, tak ke mana, mereka ke Sarawak je.


Lembaran setebal 500 muka surat ni penuh dengan kisah Izz dan Amirul sebagai seorang guru. Bahagian pertama; sebelum berkahwin, fokus kepada kehidupan mereka sebagai guru di sekolah bandar yang cukup serba-serbi. Dan bahagian selepas perkahwinan pula fokus pada kehidupan  mereka di sekolah pedalaman di Sarawak yang penuh dengan dugaan. Sebagai pembaca, cara penulis ni memudahkan aku untuk membuat perbandingan tentang situasi sekolah bandar dan pedalaman.


Memandangkan naratif penceritaan dari Izz, banyak ilmu berkaitan subject RBT yang ditonjolkan. Dalam bahagian satu, aku rasa ada lebih kurang tiga atau empat resepi yang dikongsi penulis. Bahagian dua pula lebih kepada teknologi dan inovasi, cuma agak kurang peincian. Tak kurang juga ilmu agama yang dikongsi. 


Walaupun tebal, kisah mereka ni santai aje. Konflik pun kurang dan lebih kepada slice-of-life, jadi untuk aku habiskan bacaan memang mudah. Naskhah ni sesuai sangat dijadikan bacaan santai. Sambil membaca tu boleh la buat kek ikut resepi yang dikongsi hehe.

-thes

Post a Comment

0 Comments