Assalamualaikum.. Dah selalu buat review movies and k-dramas kan.. So, this time aku nak buat review buku pulak. Actually aku banyak je baca buku tapi semuanya novel-novel lama. Sejak masuk asrama mana ada dah aku nak beli novel. Kalau baca novel pun mesti member tak pun family punya. Hahaha. This one pun bukan novel yang aku beli hahaha. Sekarang aku banyak baca online novels yang ada dekat Wattpad.
Tajuk : Lelaki Lingkungan Cinta
Penulis : Lily Haslina Nasir
Mukasurat : 636
Penerbit : Penulisan Enterprise / Penulisan2u
Genre : Malay Fiction
ISBN : 978-967-2102-13-7
Sinopsis :
Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat 'dajal' kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
"Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya." - ADIB
Mahligai cinta yang terbina ketika masing-masing bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya ? Hanya dia yang tahu.
"Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku." - ZAMRI
"Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!" - ADIB
"Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!" - ESYA
Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?
Perkara pertama yang aku nak sentuh, cover novel. Aku sangat suka dengan dia punya color scheme which was turquoise. Illustration cover pun nampak sangat nice and I can say that it is a bit minimalist which is a good thing. Some people (read:me) sometimes akan decide untuk baca or beli buku solely based on the cover. And yea, novel ni termasuk dalam category yang aku akan baca sebab cover.
Next, plot cerita. Honestly, aku ambil masa yang agak lama untuk habiskan novel ni. Jalan cerita novel ni start daripada zaman Esya and Adib dekat MRSM lagi and on that time, diorang ni on love-hate relationship, or kind of. Sebab Adib memang ada hati dengan Esya tapi sebab perangai nakal budak-budak dia tu buat Esya menyampah. Tapi sebabkan ada satu kes and Adib jadi hero kepada Esya, diorang berbaik sebelum habis SPM.
Perjalanan cerita agak perlahan sebab first, kau nak kena hadap cerita masa diorang dekat sekolah. Lepas tu, cerita masa dekat universiti pun slow. Boleh kata kebanyakan scene lebih kepada kehidupan sebagai seorang pelajar U. Konflik sebelum diorang kahwin almost to none. Lepas dah kahwin tu je baru nampak konflik daripada mulut Zamri and Adib punya kepala angin (sorry for the language!)
Konflik rumah tangga diorang ni sekejap-sekejap. Maksud aku macam, salah sorang mesti mengalah awal. Tapi, punca konflik semuanya sama, Zamri. Setiap kali gaduh pasal Zamri, tak pernah sekali pun Adib tak ungkit pasal keturunan Esya. Aku memang geram gila kalau baca part ni. Sebelum kahwin, punyalah kata tak kisah apa semua. Lepas kahwin, haram jadah mengungkit je tahu. Hish. Emo ni emo. Walhal, keturunan dia pun ada kisah silam jugak ergh. Anyway, bila dah terus terang dengan Mama Jarah (mak angkat Esya), barulah Adib sedar salah dia.
Watak Esya dengan Adib ni memang berjaya portray kehidupan mahasiswa apatah lagi yang kahwin masa belajar (not that I'm experienced but the struggle). Salute penulis ! Aku tak berapa curious pasal Esya dengan Adib ni sebab aku lebih tertarik dengan rahsia keturunan Adib yang Kak Dayana, kakak Adib rahsiakan. Jujurnya, once dia beritahu, aku nak je stop baca tapi sebab Zamri, aku teruskan bacaan. Hehe. Aku puas hati gila dengan balasan dunia yang Zamri terima. Ingatkan bawak mulut je, rupanya besar lagi tanduk dia.
Overall, walaupun jalan cerita agak slow and tak berapa menarik pada aku, novel ni tetap enjoyable and banyak jugaklah aku gelak sendiri sebab Adib punya nakal. Till next,
-thes
10 Comments
Cover dia memang cantik sangat dan boleh buat tertarik untuk beli..
ReplyDeleteExactly what I think !
DeleteHurm cover memang cantek.. Tapi dengar jalan cerita dia slow, malaihnya nak baca. :')
ReplyDeleteHahaha.. slow sikitlah. tapi kalau buat drama mungkin lagi best
Deletecover dia cantik tapi cerita dia macam slow pula..hehe
ReplyDeletehaah, storyline slow sikit.
DeleteSalam, first time singgah sini hehe salam kenal ya :)
ReplyDeleteterima kasih singgah sini ! salam perkenalan juga ~
DeleteEsok 29/7/2020...
ReplyDeleteI shooting Drama Lelaki Linkungan Cinta..Tv3, di Gopeng, Perak.
Bawa watak apa?
See...
wahhh nak jadi drama dahhh,
Delete