Friday 10 January 2020

# bookreview # fiction

Tebus by Hana Ilhami

Assalamualaikum, akhirnya. Siap jugak review empat novel HI ni. Hehe, took me long enough.




Tajuk : Tebus
Penulis : Hana Ilhami
Muka surat : 594
Penerbit : Penulisan Enterprise
ISBN : 978-967-2102-96-0
Sinopsis :

Akak inspektor, tolonglah pulangkan duit mak saya! Saya tak tahu macam mana nak bagi tahu dia nanti. Mesti dia akan terkejut dan marah. Kesianlah kat mak saya. Dia susah payah kerja sebab nak sara anak-anak. Duit abah tu bukannya banyak mana. Hanya cukup untuk keperluan sekolah sehingga kami tamat belajar.
Thursday, 13 June. 15.20

Akak, tolonglah! Saya merayu kat akak. Kalau tak pulangkan semua, akak pulangkanlah separuh. Asalkan dapat cover perbelanjaan persekolahan saya dan adik-adik.
Thursday, 13 June. 16.00

Kerana kenaifannya, duit simpanan arwah bapanya lesap, ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung dan dia menjadi mangsa kemarahan adik lelakinya.

Enam tahun berlalu, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Kini, Durrah rasa dia bertanggungjawab menyekat penipuan siber dan Skim Cepat Kaya, dia berusaha menyebarkan pengetahuan agar yang lain tidak terpedaya. Tidak mahu masyarakat diambil kesempatan seperti dirinya.

Usaha Durrah tidak mudah. Semakin Durrah menyebarkan kebenaran, semakin dia terancam. Paling menakutkan, akibat kelantangannya dalam menentang Skim Cepat Kaya, maruah dirinya hampir diragut.

Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Durrah. Malah dia jadi lebih berani. Tetapi lubang bahaya sentiasa menganga untuk menerima kehadiran Durrah. Durrah sekali lagi diduga. Dia diculik untuk dijadikan pelacur di negara jiran.

Durrah diselamatkan oleh Leo yag Durrang sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Bukan sekali, malah dua kali harga dirinya berjaya dipertahankan.

"Terima kasihlah, penyelamat misteri kerana telah menyelamatkan maruah aku." - DURRAH

"Aku akan pastikan tiada sesiapa yang akan menyentuh anak-anak kau. Ini janji aku." - LEO

Siapakah Leo sebenarnya yang jauh tapi seeakan-akan dekat dengan Durrah? Berjayakah Durrah menebus kembali kesilapannya atau Durrah akan serik untuk menyebarkan kesedaran tentang penipuan siber?


Novel ni fokus tentang scammer and jugak Skim Cepat Kaya melalui MLM. This one, is another novel daripada HI yang sangat bermanfaat. Aku yakin most of us aware pasal scam ni tapi dalam tak sedar, kita mungkin jadi mangsa scam. Contohnya, adik Durrah. Dia mungkin  bukan mangsa scam tapi dia tanpa sedar terjebak dengan sindiket scam. Hah, kan lagi teruk tu... Percaya sangat dengan kawan rupanya diperguna.

Kalau korang pernah baca sebuah novel karangan Ramlee Awang Murshid yang bertajuk 'Mikhail', novel ni ada sikit feel yang sama dengan novel tu. Mungkin sebab keduanya fokus pada jenayah antarabangsa. Tapi unlike 'Mikhail', novel ni takdelah sampai ke tahap brainwashing and murder sebab watak Leo ni tahu asal usul dia.

Masa aku baca blurb dekat novel, tak tahu kenapa aku pergi bayangkan Leo ni someone yang dah berusia. Hahaha. Tak terbayang langsung sebenarnya dia dalam umur 30-an. Mungkin sebab dialog yang dia nak protect anak-anak si 'anon' ni bagi aku conclusion yang dia berusia. Hehe.

Bagi aku plot cerita sangat cantik and smooth je penceritaan. Ada jugak diselitkan dalam novel dibeberapa babak tentang cara nak kenali scam, and macam mana nak elak daripada di-scam, so basically novel ni penuh dengan scam (tapi novel ni bukan satu scam ya!). So, kalau any of you expect babak-babak yang penuh dengan lovey-dovey, boleh lupakan kot sebab tak banyak mana pun. Ada tu ada.

Selain cerita scam, kisah disebalik hidup seorang Leo memang menarik minat aku. Yelah, bab awal-awal, aku kenal Leo ni sebagai ahli sindiket 'Macau Scam' tapi aku tak tahu kenapa dia baik. I mean, sejak dia kenal Durrah, dia protect Durrah walaupun dia tahu yang Durrah tu bermati-matian sebarkan maklumat pasal scam and skim cepat kaya. So, make sense bila kisah dia diceritakan.

Disebabkan novel ni terlalu fokus pada scam, skim cepat kaya dan juga cabaran yang Durrah hadapi untuk menyebarkan maklumat pasal penipuan internet, aku crave Leo dengan Durrah punya chemistry. Seingat aku berapa kali je scene dua orang ni muncul bersama. Hm. So, harapnya HI ada niatlah nak kembangkan cerita Durrah dengan Leo ni sebab aku dapat bayangkan yang Leo ni seorang yang sweet ahhahahah (pretty pretty pleaseeee with cheery on top). So, novel ni jadi novel kedua yang aku nak sequel selepas BBJ. Hehe

Bab nak menipu, manusia memang bijak-bijak belaka. - Inspektor Izwan

-thes

4 comments:

  1. dah banyak kali nampak buku ni tapi tak beli-beli juga tapi cerita dia pasal scammer nampak menarik :)

    ReplyDelete
  2. Bgs ny. Suke crite cmni.. tmbah yg ade twist plot.. teruskn membaca suraya.. ;)

    ReplyDelete