Wednesday 31 March 2021

# bookreview # fiction

Dendam Bersulam Cinta by Sara Aisha

Assalamualaikum, good day dearest! This review sepatutnya post hujung minggu haritu tapi aku terlupa. Sooo, here it is! 





Tajuk : Dendam Bersulam Cinta
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 639 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Julai 2020  
ISBN : 9789674691646
Blurb : 

NURUL JANNAH.

Kata orang, cintu itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.

"Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau." - AMSYAR

"Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja." - JANNAH

Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menghancurkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya?

AMSYAR MIKAEL.

Ini jalan yang sudah aku ambil dan aku akan benar-benar memastikan perempuan itu hancur tidak mampu bangkit semula. Dia harus membayar harga bagi setiap titik air mataku yang menitis, setiap laungan penuh derita dan setiap  nyawa yang sudah direnggut. Namun, semakin aku melukai dia, semakin jiwaku sendiri yang terhiris. Air mata yang dia titiskan, bahkan umpama racun yang membunuhku dari dalam.

Tidak! Aku harus bertahan. Walau apa pun yang berlaku, dendam ini harus berbalas. Dua nyawa yang sudah terkorban itu perlu dibela. Perasaan dalam hati? Huh, aku lemparkan jauh-jauh! Tetapi persoalannya sekarang, sampai bila aku mampu bertahan? Bila melihat dia sahaja, membuatkan aku ingin merangkulnya erat dan mengatakan...

"Abang cintakan Ana." - AMSYAR

"Aku mencintai dia. Tapi sekarang, aku mahukan cintaku kepadanya mati, tidak boleh hidup semula." - JANNAH

Selepas beberapa tahun menyepi daripada dunia 'romance, melodrama' dalam dunia penlisan, tahun 2020 saksikan comeback Sara Aisha untuk genre ni. Dan, sangat tidak mengecewakan saya sebagai seorang pembaca. Daripada blurb pun dah berjaya menarik perhatian aku. Btw, sebelum aku baca novel ni, aku banyak baca reviews yang Cik SA rajin kongsikan dekat IG beliau, so, aku ada gambaran apa yang akan berlaku.

Aku suka cara penulis mulakan kisah Jannah-Amsyar dengan pengkhianatan Amsyar waktu malam pertama mereka sebagai suami isteri. Buatkan aku tertanya sangat apa yang jadi sepanjang perkenalan diorang sampaikan Jannah setuju nak bernikah dengan Amsyar sedangkan watak Amsyar yang diperkenalkan, seorang yang kejam. 

Fair warning, aku rasa sepanjang aku baca perjalanan tempoh perkahwinan Jannah-Amsyar, tak pernah sekali pun aku rasa tak sedih. Yeah, novel ni sangattttt melodrama, sangat bermain dengan emosi. Kisah honeymoon mereka dekat New Zealand buatkan aku  benci watak Amsyar yang teramat sangat (yes, saya guna double kata penguat kat situ menunjukkan saya serious tak suka watak Amsyar yang kejam). But then bila kisah disebalik siapa Amsyar terbuka, aku jadi kesian dengan dia. Tapi! Itu bukan bermaksud aku setuju dengan tindakan dia, I mean, he is a grown man so dia patut tahu apa yang dia buat tu salah, dan dia tahu tapi dia tetap degil untuk teruskan niat dia kerana sebuah dendam. Saya sedih untuk Amsyar sebab tak dapat nak lepaskan diri daripada dendam tu.

Watak Jannah bagi aku, sangat kuat. Memang padanlah dia dengan Amsyar. Awalnya, dia melawan, walaupun verbal abuse Amsyar selalu menyakitkan hati dia. Tapi, bila dia dapat tahu kenapa Amsyar berdendam, dia mula relakan, walaupun apa yang jadi, bukan salah dia langsung! Walaupun dia patut marahkan ayah dia, sebab mulakan segalanya, walaupun dia patut benci Amsyar sebab libatkan dia, Jannah tetap sayangkan diorang. She loves them too much that it hurts her. 

Despite having a very great plot and strong story flow, aku cuma dapat habiskan novel ni dalam masa seminggu, which can be considered lama bagi aku. Sebabkan aku guna novel ni as an escape from my heavy schedule back in Nov-Dec, jadinya, lambatla aku dapat habiskan. Tapi, aku memang akan immersed immediately setiap kali aku baca novel ni. 

Aku sangat-sangat setuju dengan keputusan yang Jannah buat after everything. At least, she get the time for herself to heal. Amsyar get to build himself. Win-win. Twist sikit sebab aku ingatkan Jannah akan pergi jauh dari Malaysia hahaha, tapi jauh la jugak daripada Amsyar kalau dia dapat elak sampai tiga tahun(ke salah tahun hahah tak ingat tapi bertahun la). 

Penutup kata, welcome back to melodrama world, Cik SA! Karya SA genre ni aku actually pernah baca satu novel je, 'Jodoh Itu Milik Kita' (best gilaa novel ni, drama pun best jugak!) so nak komen banyak pun macam tak patut haha.





-thes

10 comments:

  1. jahat sangat hero dia. geram betul baca buku ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, rasa nak tampar je Amsyar tuuu

      Delete
  2. belum pernah baca...tapi kalau jalan cerita kuat....ni rasa macam nak gi cari bukunya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha try la baca.. kalau tak berkenan dihati jual la balikk

      Delete
  3. alamak,membuatkan sy nak beli novel ni pulak.wuuu

    ReplyDelete
  4. kalau lead strong ! mmg best baca :)

    ReplyDelete
  5. Tajuk dan cover dia je dah wow..

    ReplyDelete