Cinta Untuk Sekali Lagi by Syu Ariani

Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk : Cinta Untuk Sekali Lagi
Penulis : Syu Ariani
Mukasurat : 373 pages
Penerbit : Bes Q Publication
Terbitan : Oktober 2020
ISBN : 9789672052579
Blurb : 

Menolak luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis? Kejamnya! Tapi itulah yang disaksikan Falisha. Seorang lelaki menolak pengakuan cinta wanita lain bersama muka semanis gula.

"I'm worried my stern face will hurt them even more,"- HUZAIR

Serius, Falisha rasa digeletek dengan kepolosan Huzair. Sebelum ini jalan hidup mereka tak pernah sehaluan tapi sekali bertemu, banyak kali pula kebetulan mempertemukan mereka. Setelah hubungan Falisha dan Huzair menjadi lebih rapat dan mesra, kemunculan Dianne menjadi punca keretakan.

"Kalau kau ada masalah dengan Dianne... jangan lepaskan pada aku."- FALISHA

Falisha bengang dengan perubahan sikap Huzair tapi dalam masa yang sama, dia juga sedar sesuatu.

"Aku rasa aku suka kau."- FALISHA

Jika kebiasaanya, Huzair boleh tolak semua wanita dengan mudah dan ditemani senyuman, kenapa di hadapan Falisha dia kejur membeku? Di pertemuan seterusnya, Huzair merebut segala peluang yang ada untuk mendekati Falisha. Dilayan acuh tak acuh pun, Huzair tidak berundur hatta setapak.

"Bagi aku peluang, cuma untuk sekali lagi."- HUZAIR

Itu pinta Huzair kerana dia sedar ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama. Tetapi, dapatkah Falisha buka pintu hatinya dan berikan peluang cinta untuk sekali lagi buat Huzair?
Diterbitkan pada tahun dan bulan yang sama, Syu Ariani sajikan dengan karya cinta romantik di bawah naungan Bes Q Publication. Pertama sekali, cover novel ni lawo gila. Suka aku tenung cover dia.

Walaupun novel ni bertemakan cinta romantik, kisah cinta Huzair-Falisha bagi aku taklah sweet gila-gila. Cumanya, disebabkan novel ni memang kisah mereka berdua untuk sedar perasaan cinta antara satu sama lain dan takde konflik sangat selain Huzair yang terlambat sedar siapa yang ada dalam hati dia buatkan kisah mereka simple.

Masa mula-mula baca prolog, aku ter-excited sebab secara tak langsung kak Syu masukkan watak Adam-Aileen dekat kedai buku masa Adam kata, "Buat babak romantik dalam kedai buku.. kau rasa romantik tak" dekat Aileen lepastu Falisha terdengar. Alahai comel sungguh. Lepastu keluar kedai buku pergi kafe, terdengar couple break up pulak. Hahaha comel gilaa.

Perkenalan Huzair dengan Falisha bermula bila Falisha mula berkhidmat di Betong sebagai pensyarah interim. Mulanya Falisha ternampak Huzair tolak confession student dengan senyuman manis, lepastu kenal melalui kawan pensyarah. Lepas terserempak di Kuching, barulah hubungan Huzair dengan Falisha makin rapat. Diorang punya terserempak sampaikan ke Kelantan pun boleh jumpa kau!

Bagi aku, jalan cerita dalam novel ni simple and nice. Tak memeningkan kepala langsung. Okaylah buat teman di petang hari bersama secawan teh panas. Even waktu konflik Huzair dengan Dianne pun tak menyakitkan hati aku. Mungkin sebab memang Dianne dah tak berminat dengan Huzair dan cuma Huzair yang tak sedar perasaan sendiri.

Novel ni pun aku dapat habiskan dalam masa yang singkat. Mungkin sebab tak banyak konflik dan sebab jalan cerita pun bagi aku agak obvious and enjoyable dapatlah aku habiskan cepat. Cumanya dekat bahagian epilog, satu kejutan penulis bagi, walaupun halfway cerita aku dapat agak tapi tak sangka betul. Baca sendiri kalau nak tahu apa =P


attempt 1

attempt 2



-thes

Post a Comment

6 Comments

  1. lama tak baca novel.. macam best :)

    ReplyDelete
  2. selalunya kalau takde konflik berat memang laju je habis baca..haha

    ReplyDelete
  3. Sesekali kena juga layan cerita yang simple dan nice macam nie..
    Cover dia memang cun gilela.. Boleh buat kita nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahhh, kita beli pun sebab tergoda dengan cover diaa hehe

      Delete