Code Name Wolf by Sara Aisha

Assalamualaikum, good day dearest! It's been soooo long since aku buat review novel, kan? Well, I'm back! Kalau ikutkan banyak dah habis baca novel tapi untuk aku type review tu sangatlah.... Memalaskan. InsyaAllah aku rajin nanti aku type semua lepastu schedule kan terus, senang.



Tajuk : Code Name Wolf 
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 707 pages
Penerbit : SA Publications
Terbitan : April 2021
ISBN : 9789671771433
Blurb : 

2021. BLACK OPERATION
Objektif: Menjatuhkan Black Diamond Group, sebuah syarikat konglomerat yang sebenarnya dalang di sebalik pasaran pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Misi: Menyelamatkan mangsa-mangsa di bawah Black Diamond Club
Sasaran: Madam Lee

"Apa kau buat di sini?"

Semuanya bermula dengan persoalan itu. Wolf bertemu kembali dengan wanita yang selama ini menguasai hidup dan hatinya.

"I'm here for Madam Lee. Hanya itu."

Wolf mengerti. Wanita di hadapannya bukan lagi wanita yang suatu masa dahulu dia kenal. Di antara mereka kini hanya tinggal urusan Black Operation. Dia sebagai Wolf. Wanita itu sebagai Pheonix.

Namun...

Berdepan dengan seorang Pheonix, bukanlah semudah yang dia jangka. Kerasnya wanita itu terlalu mencabar dirinya. Apatah lagi, di antara mereka sebenarnya terjalin satu perhubungan yang tidak semudah itu putus.

"Aku hanya ada dua pilihan sekarang. Pertama, aku jadi seorang ejen yang bertindak rasional. Kedua, aku jadi seorang suami yang naik gila."

Tidak cukup dengan itu, kemunculan Madam Lee di hadapan mereka menghuru-harakan lagi keadaan. Pheonix jadi semakin tidak terkawal. Wolf semakin terdesak. Di antara menyelamatkan isterinya, atau membiarkan Pheonix terus-terusan terperangkap dalam matlamat gilanya. Kerana, sesungguhnya, dia juga mahu membunuh mereka.

"You're mine. Mereka dah sentuh apa yang jadi hak milik aku. Jadi, mereka akan jilat akibatnya."
"Aku tak perlukan kau untuk balas apa-apa bagi pihak aku. Biar aku yang buat sendiri."

Permainan kini bermula. Di antara sang serigala yang mahu menjadi pelindung, dan seorang Pheonix yang bangkit dari abu kemusnahan. Namun yang nyata, mereka berdua ialah pasangan pemusnah. Mereka... akan emnguburkan Black Diamond Group.

Buku ketiga dalam The Shadow Series. Abang long, finally is here! Dari bab epilog buku kedua (Code Name Shark), aku dah tertanya sangat-sangat akan identiti si perempuan yang berjaya buatkan abang Wolf kita ni terkaku. Banyak jugak andaian yang aku buat dan akhirnya terjawab bila cik penulis post teaser dekat IG. Isteri. Ya, itulah status perempuan itu kepada Wolf. Sungguh aku tak sangka tapi mengena la sikit aku punya andaian. Walaupun sipi-sipi. Pheonix. Seorang agent daripada Armour, sebuah organisasi yang serupa The Shadow yang berpangkalan di Thailand. Pheonix. Dia juga seorang isteri kepada Wolf. Isteri yang suatu ketika dulu pergi meninggalkan suaminya.

Misi kalini adalah untuk menjatuhkan sindiket pemerdagangan manusia dan sasaran kita adalah Madam Lee, peneraju utama Black Diamond Club, sebuah kelab pelacuran eksklusif di Thailand. Bermakna, misi kalini kita perlu terbang ke Thailand. Aku sangkakan, lepas 'Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu', SA takkan kembali ke Thailand. Bukan nak kata CRT is a failure or that Thailand tak best ke apa, tapi kan selalunya penulis-penulis akan explore negara yang belum pernah jejak. Ke aku je yang fikir ceni?

Siri ketiga ni aku rasa kurang mendebarkan jika nak dibandingkan dengan the first two. Awal-awal lebih fokus kepada hubungan Pheonix dengan Wolf. Tapi bohonglah kalau aku kata aku bosan sebab aku sendiri tertanya-tanya macam mana mereka boleh kenal, siapa yang tinggalkan siapa, kenapa, semualah. So, permulaan novel, lebih banyak kepada hubung Wolf-Pheonix, dan selingan juga dengan siapa sebenarnya Pheonix. Juga the big why and how Pheonix boleh terlibat dengan kes ni.

Kemunculan Pheonix, membawa satu sisi baru Wolf yang sebelum ni tak pernah lagi ditonjolkan. Siapa sangka Wolf yang beku, yang sentiasa serious juga tegas ni boleh pulak tiba-tiba terjangkit perangai romeo Cobra? Menyempat pulak dia puji Pheonix comel masa tengah geram. Dah la depan Cobra dengan Shark! I is kenot laaaa. I love his serious character tapi bila tetiba puji-puji ceni haihhhh. Comel! And that protective side of him? A plus!

Dari segi perjalanan cerita tentang misi kalini, it's more smooth. Unlike CNC and CNS, bila dorang dah halfway kena interrupt dengan 'dark side' CNW punya mission berjalan lancar. Tapi! Lancarnya perjalanan mission mereka, rupanya pihak kejahatan tahu segala pergerakan Wolf-Pheonix. Hence, serang hendap yang entah berapa kali. Aku tak sure berapa banyak kali aku tercarut masa baca novel ni. Geram kot, ingatkan nak menang dah rupanya belum lagi.

Paling aku tak sangka,  that plot twist, the one where Madam Lee's identity was revealed. That moment, aku rasa macam we are back to Athena all over again. A victim seeking out for revenge. Tapi Madam Lee is not as strong and berpengaruh macam Athena. So, kelainan sikit lah kat situ. Tapi aku still rasa it will be better kalau Madam Lee is the mastermind instead of a puppet. Impact dia mungkin akan lebih strong.

Watak Pheonix ni memang sesuai digandingkan dengan Wolf. She's so strong. Berapa kali dia dijatuhkan, tetap jugak dia bangkit melawan. Cumanya, bila satu nama tu disebut dia jadi emotional. Watak dia banyak terpengaruh dengan emosi. Lagi-lagi during that final confrontation. Dia hampir-hampir kalah sebabkan emosi dia. Nasib baiklah cerita fiksyen so encik suami sempatlah selamatkan dia, walaupun dah nyawa-nyawa ikan. Apapun, disebabkan watak Pheonix ni, mata aku selalu je berpeluh. 

Final confrontation is crazy. Macam yang aku cakap, pihak jahat is one step ahead. Memang gila! The Shadow nak serang hendap BDG tapi mereka pulak yang yang diserang. Gila! Sangat-sangat gila. On par lah dengan babak final confrontation John Carlo-Shark dalam CNS. Seronok baca. Sangat gripping, walaupun aku terpaksa berhenti banyak kali. Ambil nafas, terasa tak cukup nafas kot baca babak macam tu!

Permulaan novel is a bit slow, dengan kemunculan Pheonix, inner turmoil Wolf, it's nothing much. Tapi lepas Shark dengan Cobra balik ke Malaysia, it's picking up its pace. Dengan serang hendap yang terpaksa Pheonix-Wolf ni hadap, dengan rahsia seoarang Pheonic, dengan kejutan yang Pheonix terima. Memang gila nak  kejar. Aku punya reading pace pun jadi laju, sehari setengah je dah habis baca (part of the reason, aku nak habiskan baca so aku boleh buat assignments walaupun sampai ke harini saya masih belum nak buat huhu).

Terlebih panjang pulak review kalini. Anyway, aku expect it's gonna be a trilogy je sebab baca epilog pun still fasal Pheonix dengan Wolf. But! Last line, last dialogue, buat aku expect next book. Lucy hilang! The youngest agent in Puan Ana Maria division, hilang! Ahhh, bencinya kena tunggu. Haih. Sementara aku nak hilangkan rasa tak boleh move on daripada novel ni, aku just nak kata. Nama sebenar Wolf is very.... him. Oh, one last thing yang aku sangat tertanya-tanya, Pheonix... dia pegang citizenship negara mana?





-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. to be honest, i watched lots of movies too tapi tak ada mood nak review one by one.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, entah bila la nak complete semua review tu huhu

      Delete
  2. halah.. halah.. menariknya review dia.. tajuk novel ini pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuuu... seronok baca novel ni sebab mood sedih, marah, semua ada!

      Delete