Monday 5 September 2022

# bookreview # fiction

Saving Lucy by Sara Aisha

 Assalamualaikum, good day dearest!






Tajuk: Saving Lucy

Penulis: Sara Aisha

Mukasurat: 707

Genre: Aksi, Thriller, Romantik

Penerbit: SA Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789671771419

Related title(s): Code Name CobraCode Name SharkCode Name Wolf

Blurb:

2022. SPECIAL OPERATION L

Objektif: Menyelamatkan Lucy

Misi: Menjejaki kehilangan Lucy dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menerima akibatnya

Sasaran: Phantom


"Phantom?"

"Yes, Phantom. One of the enforcers for Vassalo family."


The Shadow gempar! Lucy, ejen paling muda dalam pasukan Puan Ana Maria tiba-tiba hilang. Lebih menggemparkan apabila mereka mendapat tahu bahawa kehilangan itu mempunyai kaitan dengan Phantom, salah seorang pembunuh upahan bagi Vasssalo family, sebuah keluarga mafia yang berpengaruh di Itali.


Lucy benar-benar tidak menduga! Kedatangannya ke Itali disambut 'luar biasa' oleh seorang lelaki asing. Dia diculik. Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.


"Aku takkan apa-apakan kau... selagi kau beri apa yang aku nak."

"Apa yang kau nak?"

"Dia."


Siapa 'dia' bagi lelaki itu? Kenapa mensasarkan Lucy, sedangkan mereka saling tidak mengenali? Namun semakin lama, semakin Lucy mengerti.. Sesungguhnya, hanya dia yang menjadi 'kunci' buat satu lagi nyawa lain.


The Shadow pula semakin penasaran. Ejen Cobra, Shark dan Wolf bersumpah! Mereka akan membawa balik adik perempuan kesayangan mereka dan memastikan Phantom menjilat akibatnya. Sesiapa yang menentuh Lucy... tidak akan lagi melihat dunia.



Special finale untuk The Shadow Series. Lepas tiga orang ejen aka abang kepada L dapat pengakhiran bahagia dengan pasangan masing-masing, kini giliran dia pulak. Kalini, misi ejen Cobra, ejen Shark dan ejen Wolf adalah untuk mencari dan menyelamatkan Lucy. 


Lucy. Perancangannya untuk menjelajah negara Eropah secara solo tergendala di Itali apabila dia diculik. Dan penculiknya adalah Phantom! Salah seorang enforcer atau pembunuh bagi kumpulan mafia yang kuat pengaruh di Itali. Secara jujur bagi pihak aku, keseluruhan plot untuk cerita Lucy ni agak predictable untuk aku. Sebab Phantom/Giovanni culik Lucy, bagi aku sangat obvious. Mungkin aku saja yang macam ni. 


Walaupun plotnya predictable, aku tetap enjoy membaca kisah Lucy ni. Lagi-lagi kes yang tertimbul masa Lucy berkeras untuk mecari 'dia'. Sangat menyeramkan bila dibayangkan. Aku tak pernah dengar dengan kes macam ni tapi kalau kes ovum trafficking, aku pernah dengar. Nak discuss lebih pasal kes ni tapi rasa macam akan ter-reveal banyak pulak so aku skip.


Part yang aku paling suka is the way the brothers' react bila jumpa Lucy dan Gio. Aku dah expect siapa yang akan terlebih garang dengan Gio. Part reunion ni serious comel dan kelakar. Sampai second reunion, makin haru! Kemunculan Athena dan Dr. Indira yang ditugaskan sebagai back up kepada Wolf, Cobra dan Shark walaupun a bit out of place I'm gald they're there. Logik la kan takkan tiga orang ejen ni je yang mampu nak jatuhkan a whole mafia members? Oh, aku tak cakap pasal Pheonix sebab dia memang ejen The Shadow. So, tak pelik la dia ada dekat situ. Athena aku faham dia ada skill tapi Dr. Indira la yang paling janggal disitu. But then, memandangkan ni last book so ni kira grand union untuk semua la.


As for Giovanni aka abang hero. Aku actually agak teragak-agak untuk suka watak dia ni sebab dia dah culik L. Tapi tulah, kalau dia tak culik, tak jadi la cerita ni. Dan nasib baik jugaklah dia tepati janji dengan Lucy, untuk selamatkan Lucy even if it's mean he's dead. So yeah, walaupun mulanya aku agak tak berapa gemar dengan dia ni, as the story goes on, he's not that bad, you know. Dan misi dia untuk dapatkan 'dia' pun patutnya diberi tepukan sebab kalau tak kerana dia, Vassalo family akan tetap jalankan perniagaan bodoh tu. 


Akhir kata, Saving Lucy merupakan satu penutup yang sangat perlu untuk siri ni. Dan sekali lagi, Sara Aisha did it. Aku sangat enjoy cerita ni dan boleh tak nak request a veeeery short story untuk sambungan kisah Gio and Lucy lepas reunion dekat KLIA tu 🥺🥺🥺


-thes


No comments:

Post a Comment