Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Akulah Si Heroin!
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 493
Genre: Romantik, Komedi
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2019
ISBN: 9789674691240
Blurb:
Pernah tak anda bayangkan adalah heroin dalam sesebuah novel? Inilah yang berlaku kepada Aliya Jasmine. Dia pernah berangan dialah heroin dalam novel yang tersusun di sebalik cermin kedai buku.
Namun, angan-angan itu lenyap apabila pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercerusnya salah faham di antara mereka.
"Kau memang miringlah! Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi mental." - ALIF HAZIQ
"Ha. Ha. Ha. Kau? Bidadara? Raksasa, yalah kut!" - ALIYA JASMINE
Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.
"Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man." - ALIF HAZIQ
"Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - ALIYA JASMINE
Berkali-kali melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak... Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia...
Baru mula hendak menerima satu sama lain. Fitnah dilempar hinggakan Haziq mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq.
"I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku atau pun tidak?" - ALIF HAZIQ
"Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust." - ALIYA JASMINE
Alif Haziq tidak layak untuk, Aliya Jasmine. Aliya sudah putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?
Aliya pula, bolehkah dia teruskan angannya dan hidup bahagia sebagaimana heroin di dalam sebuah novel?
Kisah cinta yang sangat mencuit hati. Karya penulis yang ini yang paling laju aku habiskan. Less than sehari aku berjaya habiskan. Takde konflik yang berat dan berbelit yang ada cumalah sebuah cerita percintaan dan persahabatan yang manis. Lagi-lagi dengan dialog dan monolog yang kelakar, memang tak kering gusi weh. Aku pulak bantai baca novel ni malam buta, nasibla bilik jauh sikit daripada bilik mak, kalau tak kena sound kot duk gelak tak ingat dunia malam-malam buta.
Aku sangat suka chemistry dua watak utama, Aliya dan Haziq. Ya Allah, dorang punya banters punyala cute, eh memang sepadan sangatla! Watak sampingan pun sangatla membantu kisah cinta dua sejoli ni, especially bestfriend Aliya, Farizul and bestfriend Haziq, Suraya yang sentiasa membawa cerita sensasi pasal dua watak ni. Paling tak tahan, disebabkan manusia dua orang nilah Mak Imah tak memasal pergi lamar Aliya, takleh tahan betul mak si Haziq ni. Laju je dia buat kerja.
Watak favourite aku semestinya Aliya Jasmine, si heroin. Walaupun dia sentiasa cari gaduh dengan Haziq dekat luar Mikro, dalam Mikro cun je dia layan Haziq as customer. Lagi pulak, lepas dorang kahwin, aku rasa Aliya ni sangat matang. Tak mudah melatah dan dia juga berusaha untuk kekalkan kedamaian marriage dorang.
Miss stalker. Melur. Sayang. Kappo-boo! Ah, Alif Haziq ni memang sweet dengan cara dia tersendiri. Kalau ada sesiapa yang dah baca, bab prolog dengan epilog adalah bab yang termanis yang Haziq buat untuk Aliya. I kenot. Cuma tulah dia ni cepat pulak melatah haih, nasib baik la Aliya ni strong, kalau tak kena tinggal dah kau ni Haziq. Hehe. All and all, novel ni best gila namatey. A comfort novel, rasa macam aku kena reread balik je haih.
-thes
0 Comments