Assalamualaikum, good day dearest! Aku sebenarnya dah habis baca novel ni like, hm bulan November tahun lepas, agaknya. Review pun dah habis tulis tapi aku kan Suraya, so hm, harinilah baru nak post.
Tajuk : Code Name Shark
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 706 pages
Penerbit : SA Publication
Terbitan : Julai 2020
ISBN : 9789671771419
Blurb :
2020. BLUE OPERATIONObjektif: Menggagalkan rancangan gila Pharma Art untuk menghasilkan senjata biologi paling berbahaya di duniaMisi: Menjejaki dan melindungi orang yang menyimpan rahsia formulasi terakhir Blue AntharaxSasaran: Dr. Indira RaoDia ialah wanita berbahaya. Dia ialah wanita yang dikatankan sudah mati. Namun, kemunculannya secara tiba-tiba di Kota Semporna telah menggegarkan segala-galanya. Pharma Art mahukan dia semula! The Shadow tidak akan biarkan itu berlaku!"Kita kena sampai dulu kepada dia. Protect her and bring her back."Arahan sudah diterima. Shark tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja demi melaksanakan misinya. Bagi dia, wanita itu adalah satu-satunya kunci demi menamatkan segala kegilaan Pharma Art.Namun...Berdepan dengan seorang Indira Rao, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu keras dalam caranya tersendiri."Don't mess with The Shadow. Dr. Indira Rao.""Kenapa? Kau nak seksa aku sampai aku buka mulut?"Tidak cukup dengan itu, muncul pula lelaki itu. Yang tidak akan pernah berhenti, sehingga Indira jatuh ke dalam genggamannya."They have my woman. Dan itu adalah apa yang aku tak boleh maafkan."Masa semakin suntuk. Shark semakin terdesak. Dia perlu membawa Indira pulang ke ibu pejabat secepat mungkin! Malangnya, dia tersilap perkiraan. Indira jatuh ke tangan lelaki itu. Kini, terpulang kepada dia unuk menyelamatkan Indira dan menakmatkan semuanya hingga ke kata noktah. Kerana sesungguhnya, seorang Shark ialah..."Aku jenis lelaki yang aka korbankan nyawa aku untuk kau."
Second book for 'The Shadow Series' and kalini kita kembali dengan misi baru. Kalau dalam CNC kita ada Red Operation, kalini kita ada Blue Operation. Dan hero yang terlibat tak lain dan tak bukan ialah abang Shark kita! Bollywood all the way baby! Tapi, feel novel ni tak macam bollywood because it feels more of hollywood to me. Hmm, mungkin sebab kalini terselit konsep sci-fi sikit tu yang buatkan aku rasa macam tengah tengok filem omputeh nak cipta senjata biologi.
Macam biasa, kalau review novel cinta mesti la kita tengok hero-heroin, ye tak? So, untuk novel CNS ni, hero kita is brader Shark, si pencinta sejati Anjali. Ahh, I love how sis SA bentukkan watak Shark. I love his seriousness and his playfulness. Dapat aku bayangkan betapa machonya seorang Shark lagi-lagi masa dia nak selamatkan Indira. And Indira, I love how SA buat dia as a woman who needs protection. I mean, sebab CNC punya heroin hebat bertempur so macam hilang momen sweet hero nak selamatkan heroin. But this time around, heroin dia a bit lacking in that department but much better in others.
Dari bab awal lagi, aku dah start rasa curious dengan plot novel ni. Yelah, dengan identiti lelaki misteri yang nakkan Indira, dengan eksperimen yang dijalankan atas monyet, dengan permulaan misi baru untuk The Shadow, semuanya lah. Momentum penceritaan mula meningkat bila Shark dah berjaya selamatkan Indira, for the first time but then lose her again. Eii, aku hagak dah memang akan jadi. And paling suka bila percubaan Shark untuk selamatkan Indira tak berhasil untuk pertama kali. Banyak betul halangan dia, lagi-lagi dengan kewujudan si lelaki misteri. Paling best bila ada selit kisah Cobra-Athena. Haih, dapatlah kita insight kisah diorang walaupun hanya seketika.
As usual, penulisan Sara Aisha never disappoint. Aku suka how she carries the story through and how she changed from one scene to another. Flow cerita sangat-sangat smooth buatkan aku susah nak letak novel ni. Kalau ikutkan in one sitting je boleh habiskan tapi sebab aku ni jenis penyayang sampai nak habiskan novel pun terasa sayang tuntutan kerja-kerja lain terpaksa la stop in between chapters.
And last ! Hm, Wolf punya aura kuat betul sampaikan aku terfokus lebih ke dia lagi-lagi time action scenes. Haih, penatlah nak tunggu cik SA keluarkan Wolf punya novel. Harap-harap awal tahun depan ada dah la. Tak larat kita nak tunggu lama-lama. And paling penting, that epilogue sis, tak chill langsung. I wonder who is the woman that got Wolf freeze up just by the sight of her. Guess, kena tunggu sampai dapat baca. Tapi aku still nak assume on the identity, hm, she might be a past lover ? An arch-enemy ? Rival (agent from another division) dalam the shadow? Tak pun a new addition to the team untuk tolong mereka in next mission. And again, jom kita tunggu =)
-thes
6 Comments
wow baru first time i baca review this kind of bollywood novel, menarik
ReplyDeletehaha not really bollywood but still got the vibe lehh
DeleteHave mixed feeling bout this haha takut jadi over the top macam novel Memori Inara. Kalau ada yang preloved nak try baca lah nanti
ReplyDeletewaittt, hm rasa macam belum baca your review on MI. nak cari jap lagi... anyway, this novel lain sikit kot dengan MI tu sebab that one is more to thriller romance, this series is more to action romance i believe... pape pun, kalau tak yakin, always beli yang preloved, takpun pinjam je hahah macam yg saya selalu buat =')
DeleteAdoi.. menariknya novel macam ini.. Suka ada aksi dan sesi selamat-selamat..
ReplyDeletehahaha, try la baca!
Delete