Polaroid Cinta Zenia by Dila Dyna

Assalamualaikum, good day dearest! Daripada sebelum exam lagi nak post review novel ni tapi seorang suraya memang agak pelupa. Jadinya, lepas exam (dah tiga empat hari habisnya huhu) barulah post. 




Tajuk : Polaroid Cinta Zenia
Penulis : Dila Dyna
Mukasurat : 522 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Januari 2018
ISBN : 9789674690700
Blurb : 

Kau yang aku panggil sahabat...

"Sorry la Zen, aku bukan sengaja taknak ambil kau semalam. Tengah final MU kot semalam!" - FAHAD
"Alasan kau la akn, MU lagi penting daripada keselamatan aku la? Dibuatnya aku kena culik ke... Kena perkosa ke..." - ZENIA
"Aku rasa tak ada siapa kot nak perkosa kau."- FAHAD

Sentap. Tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Yelah... Dia ni tomboi, tak ada siapa kot yang bernafsu tengoknya. Dengan baju loose gedoboh, rambut pendek macam lelaki. Tengok sekali imbas memang orang ingat lelaki agaknya.

Bercakaran memang kerja mereka. Tapi bila Fahad ada masalah, gadis tomboi itu juga yang dia cari. Tapi betul ke lelaki dan perempuan ni kalau berkawan rapat, mesti salah seorang akan terlebih kasih? Ya... Dan itulah Zenia. Cintanya pada Fahad hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati paling dalam. 

"Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab kau memang dah lama cintakan aku. Kau memang tunggu masa aje untuk hapuskan Nadia dari hidup aku!" -FAHAD ISWAN

Entah bagaimana kisah hidupnya dengan pantas mentakdirkan Fahad menjadi suaminya, walaupun bukan dengan cara yang diimpikannya selama ini. Dia sendiri tidak tegar memisahkan Fahad dengan cinta pertama lelaki itu, Nadia.

Baru beberapa jam mahligai terbina, sekelip mata runtuh menyembah bumi. Zenia digelar pembunuh, dia digantung tidak bertali! Fahad pergi meninggalkan sahabat yang bergelar isteri.

"I tak sangka you berubah semurah ni, Zenia. Apa nilai tudung yang you pakai sekarang ni kalau kaki tetap melangkah ke tempat haram macam tu? Mana you letak maruah you sekarang?!" - FAHAD ISWAN

"You langsung tak layak untuk nasihatkan I Fahad. Sebab selama ni pun you lari dari tanggungjawab you! Dasar lelaki pengecut!" - ZENIA IMANI

Jarak lima tahun merubah segalanya. Tali yang tersimpul harus segera dilerai!

Ungkapan berpisah dilontar tekad. Dia perlu bahagia, seorang lelaki yang sentiasa berusaha membahagiakannya, Hairul Fahmi sedia menantinya. 

Tapi bila berbicara soal hati, adakah cinta itu masih setia di situ?


Pertama kali aku baca karya daripada penulis ni. Banyak juga rupanya novel beliau yang dah berjaya diterbitkan. Novel ni bertemakan 'friend to lover' tapi dengan sedikit twist. Aku rasa aku tak pernah lagi baca novel melayu yang dari kawan sampai kahwin. Samada memang tak banyak penulis yang guna tema ni ataupun aku yang tak luaskan kawasan jajahan.

Kisah dimulakan dari zaman mereka, Zenia, Fahad, Hairi, Haryani berada di universiti lagi. Hairi dengan Haryani merupakan kembar. Haryani pulak roommate Zenia masa mula belajar. Mendapat pulak semua satu kos, memang jalan la. Aku suka baca kisah empat orang sekawan ni. Dapat aku rasakan betapa seronoknya zaman belajar mereka. Persahabatan mereka berempat jadi keruh, lagi-lagi Fahad dengan Zenia bilamana atuk Fahad paksa Fahad kahwin dengan Zenia, sedangkan Fahad dah berjanji nak kahwin dengan makwe dia, Nadia.

Ditakdirkan Nadia meninggal dunia pada malam pernikahan Zenia&Fahad. Dan disebabkan kematian Nadia, Zenia dituduh pembunuh oleh suami sendiri. Dan tak sampai 24 jam perkahwinan, dia ditinggalkan, digantung tak bertali. Aku yang memang tengah cari mood nak nangis (sebab stress belajar hahaha) terus la meleleh air mata. Actually, aku ada baca dekat blog cik penulis, draf awal novel ni dimana Fahad ceraikan Zenia. Agaknya apa akan jadi kalau that version diteruskan? Serious curious huhu.

Watak Zenia ni memang banyak betul ujian yang dia kena hadap. Masa umur tiga tahun, ditinggalkan parents dekat nenek dan makcik supaya parents boleh pergi rawat kakak kembar dia dekat luar negara. Lepastu, dah kahwin, ditinggalkan suami sebab menjadi asbab kematian kekasih suami. Kemudian, nenek dia meninggal. Oh, derita weh baca kisah hidup Zenia ni. Belum kira lima tahun selepas digantung tak bertali, jumpa balik dengan husband dan terpaksa kerja dengan suami yang suka nak menyakitkan hati dia. Watak Fahad ni memang keras kepala. Sakit hati aku bila dia nak berbaik dengan Zenia, tapi bila Zenia tolak sikit dah nak merajuk, putus asa. Rasa nak lempang aje. Nasib baik dia nak jugak dengar nasihat si Hairi. Kalau tak memang out dah.

Minus point untuk nama watak sampingan. Orang-orang terdekat Zenia dengan Fahad ni semua start dengan H. Pening aku nak ingat hahahhaa. Hairi, Haryani lepastu ada Haikal (secret admirer Zenia masa kat u) pastu ada Hairul (bos merangkap pursuer Zenia) and lastly, Harissa, adik kepada Hairul. 

Konflik novel ni tertumpu dekat hubungan Zania dengan Fahad aje. Jadi taklah rasa berat pembacaan. Ada juga mention yang mama Fahad tak setuju and tak suka dengan Zenia tapi tak jadi hal sangat. Lagi-lagi masa sebelum kahwin, atuk Fahad yang ada kuasa veto and lepas lima tahun, Fahad sendiri yang pertahankan hubungan dia dengan Zenia.

So, overall, aku suka baca novel ni. Agak santai pada awalnya dengan kisah pesahabatan mereka kemudian Fahad nak tackle bini dia balik dan hujungnya dah tentulah manis. Oh, kenapa tajuk novel ni, 'Polaroid Cinta Zenia'? Well, sebab dia Zenia ni suka ambil gambar guna polaroid pink dia. Itu aje hahha. Itupun tak banyak pun mention pasal polaroid dia.
-thes

Post a Comment

8 Comments

  1. Tak pernah baca lagi dari penulis dila dyna, pernah nampak di shopee harituuu tapi tak terbeli hehehe. Next time ada sale boleh try beli :D

    ReplyDelete
  2. sakit hati pula dengan watak fahad bila bca review ni. nasib baik tak beli novel ni..haha
    btw. nice review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahad ni ego dia tingggggiiiii melangit. thanks tiara!

      Delete
  3. macam kurang menarik aje...hahaha

    ReplyDelete
  4. Nasib baik Su explain part tajuk dia, kalau tak, memang konfius lah jugak kenapa polaroid cinta Zenia haha 😅 tapi tu laa rasa macam jalan cerita dia agak cliche tapi suka la nama Zenia tuh.

    Banyak mana air mata leleh masa baca novel ni? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, cliche lah jugak jalan cerita diaa... unikkan nama Zenia?? first time dngr. bnyklah daripd biasa hehe

      Delete