Assalamualaikum, good day dearest! I'm joining another giveaway today and this time from blogger Busyra.


click banner to join

Since aku baru tahu dan follow tentang blogger Busyra ni, aku tak tahulah content apa yang selalu beliau kongsikan. Tengah-tengah belek layout blog sis busyra ni, terperasan pulak tab 'Puisi' hah terus tekan. Scroll punya scroll tajuk puisi ternampak satu tajuk yang aku rasakan unik.


"Pelangi Hitam"


Puisi yang sis Busyra garap pada tahun 2017 ni basically (eh dah macam presentation dekat sekolah besikeli besikeli) bercerita tentang manusia. Walaupun kita pandang pada benda yang sama, in this case, pelangi tapi belum tentu kita 'pandang' benda yang sama. Faham tak apa aku maksudkan?


Well, one person might say pelangi tu satu keindahan selepas hujan but for another pelangi mungkin cuma satu ilusi. Mungkin juga kehadiran pelangi menyeksa bagi sesetengah orang. We never know. Seperti juga dalam puisi, "Kisah hidup manusia takkan sama, seperti aku dan dia,". Puisi garapan sis Busyra ni nampak macam straightforward tapi aku rasa agak mendalam juga maknanya.


Aku perasan banyak juga sis Busyra share resepi. Aku ni pengumpul resepi tegar (cubanya belum tentu) Insya-Allah rajinlah aku nyinggah blog sis.


-thes