Tajuk: Awak Suka Saya Tak?
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 1274 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: 2017
Related: Awak Suka Saya Tak? 2
ISBN: 9789671537206
Blurb:
"Saya kenal sayang saya..."Kisah kasih sayang antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji, Hilman Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.Kera tampar mata!"Percayakan sangat mualaf tu..." - INTAN ZULAIKHA"Kami digelar saudara baru, mualaf, masuk Melayu... bila label begini akan diberhentikan kepada kami? Saudara baru sampai bila? Malah anak-anak kami dipanggil anak mualaf. Kenapa nak membezakan kami dengan orang Islam yang lain sedangkan semua umat Islam tu sama saja?" - HILMAN YONGKerana seekor semut... kerana lidah..."Don't you dare walk away from me! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!" - HILMAN YONGBagaimana hidup seorang Intan Zulaikha apabila jatuh hati kepada dua lelaki, dua nama dan dua personaliti? Hilman Yong seorang lelaki yang penuh kesopanan dan kesabaran. Damien Yong yang nakal, seksi dan selebet."You owe me a kiss!" - DAMIEAN YONG"Dia seperti bayangan di air... bila saya cuba menyentuhnya, air akan berkocak dan dia hilang..." - INTAN ZULAIKHA"Awak sangat merinduinya sehingga awak nampak dia dalam diri saya..." - DAMIEN YONGHilmanku... sifuku.... kekasihku... kembalilah..."Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh,saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." - HILMAN YONG"Saya sayang sayang saya..."
Aku dah lama tak baca novel tebal-tebal gini. Ya Allah menguji kesabaran betul nak menghabiskan. Awalnya, aku sangat tak senang dengan watak Intan ni. Diva gila weh, bila bercakap tu, dia ajelah yang betulnya! Tapi sejak kenal dengan Hilman di kedai emas Cherish.Co., she changed.
Perkenalan yang singkat bagi Intan rupanya berjaya mengubah seorang Intan yang diva, keras kepala, bebas kepada seorang Zulaikha yang lemah lembut, penuh kesabaran dan toleransi. Kalau dah jodoh, tak kemana jua. Terengganu Equestrian Resort. Di sini, mereka bertemu kembali. Intan dengan personaliti baru dan Hilman... Dia masih Hilman yang sama.
Aku suka interaction Hilman-Intan dekat TER ni. Mula-mula jumpa balik alahai denagn aku tak sudah menyengih, apa lagi dengan Hilman yang acah-acah cold, serious bila dengan Intan tapi dengan orang lain boleh pulak manis muka. Lepastu Intan yang sebenarnya rindu tapi tetap nak sorok. Maklumlah, they parted ways dengan satu salah faham dan Intan tak bagi Hilman explain.
Hilman Yong. Satu-satunya pewaris lelaki keluarga Yong. Walaupun hanya dia yang beragama Islam, I'm so loving his family bond. The way they respect each others' believed and ways of life oh well. Siapa je tak suka. Oh tak lupa jugak family Megat. Intan dengan abang dia (Nazim was it? tak ingat pulak nama dia) yang pantang jumpa mesti bercakaran but he always got her back.
Buku pertama ni lebih kepada Intan and Hilman found each other and their road to be together. Semuanya back to their own personality. Konflik hubungan semuanya atas watak dua ni sebab memang takde gangguan orang luar (ada la Amber tapi Hilman pandang pun tak and dia takde la muncul banyak sangat). Konflik paling besar is masa Hilman hilang ingatan lepas jatuh dari kuda. Family Yong halang Intan daripada jumpa Hilman or Damien.
Penulisan novel ni sangat detail. Mungkin salah satu sebab kenapa dia jadi panjang sangat but I don't mind. Banyak jugak ilmu baru yang aku dapat. Tentang kuda especially. Speaking of kuda, honorary mention to Star King and Sweetheart. Alahai comel je pulak rasanya bercinta pastu ada kuda in the memory.
Btw, tahun 2017 novel ni ada diadaptasikan ke drama and dilakonkan oleh Alvin Chong (entah kenapa aku tersalah Alvin dengan Keith Foo) dan Emma Maembong. Aku tak pernah tengok lagi but will try, nanti.
-thes
1 Comments
Macam pernah baca.. tak ingat.. hehehe
ReplyDelete