The Unsung Hero by Melur Jelita

Assalamualaikum, good day dearest! 





Tajuk: The Unsung Hero 
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 1151 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: Oktober 2019
ISBN: 9689671537299
Related: The One
Blurb: 

Dan Dia mengajar manusia apa yang nak diketahuinya... ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.
Bagi Blackswan, sangat berdosa! Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.

Sombong menonggek!

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.

Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak kata bunda, di sinilah couple seminit bermula...

Maryam: Hutang boleh?
Irvan: Hutang kasih? Ada bunganya nanti... kalau lambat sangat bertangguh.
Maryam: Apa bunganya?
Irvan: Nanti abang cakap.. tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.
-----
Riyaz: Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.
Maryam: Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.

 

Karya Melur Jelita yang mana aje yang tak panjang? Semuanya sangat-sangat panjang dan menguji ya untuk kita baca. Permulaan novel ni berjaya membuatkan aku keliru dengan semua benda. Dari nama hero, umur hero-heroin, dan semua watak yang ada. 


Pusat bercakap? Menari depan sepupu lelaki menampakkan pusat? Eh betul ke apa yang aku baca ni? Betul ke karya MJ ni? Oh rupanya itu kisah masa mereka kanak-kanak. Aigoo. Dan rupanya umur Maryam masa permulaan tu baru lepas PMR. Alkisahnya. Yang si hero, tua sikit sebab dah belajar di Scotland. Deraman? Irvan? Wan? Siapa hero sebenarnya ni? Banyak page jugalah untuk aku grasp dengan tepat yang rupanya Deraman dan Irvan ni orang yang sama. Dan dialah hero kita. Selesai satu lagi. Dan masalah terbesar aku, adalah gelaran chik, bak, babah dan bunda. Siapa ibu kandung siapa? Siapa mak cik? Aduhai memang confuse habis bab ni. Lama jugaklah untuk faham yang chik dan babah ni mak ayah Irvan, makcik dan pakcik Maryam. Bak pulak ayah kepada Maryam dan bunda adalah mak cik yang bongsu yang menjaga dia setelah kematian ibu. Begitu. Lepas tu confuse, Wan ni sebenarnya anak number berapa. Dia lima beradik lelaki, yang lain semua ada nama panggilan, abang long, abang ngah, abang teh, abang su. Dia aje yang terlebih istimewa. Abang One. Aku tujuh beradik pun takde terselit gelaran 'one'. Rupanya anak yang tengah antara ngah dengan teh. Dan nama dia saja yang lain daripada yang lain. Oh nak cerita pasal nama Wan ni, hah memang panjang lagilah perenggan ni, jadinya aku tak cerita. Hehe.


Dari kecil lagi mereka lima beradik lelaki ni diajar yang Maryam (gelaran lain: adik chik) merupakan adik bongsu mereka. Tapi, setelah masing-masing meninjak usia remaja dan dewasa, batas-batas pergaulan harus dijaga. Aku juga sebenarnya kurang setuju dengan konsep adik-beradik antara sepupu dan memang patutlah si Irvan ni tak pernah mengaku Maryam adiknya. Bagi Irvan, Maryam seorang yang dia haram sentuh dan halal untuk dinikahi. Maryam, adalah gadis dambaan Irvan.


Novel setebal 1151 mukasurat ni, aku paling suka saat mereka nak menyambut Ramadan beramai-ramai. Masa Maryam masih remaja. Terasa sangat meriah. Ditambah pulak dengan penulisan arwah MJ yang sangat penuh dengan petua orang dulu-dulu, peringatan, bahasa kiasan yang wataknya gunakan, serasa indah sangat! Dan kala aku tengah seronok berpiknik di tepi pantai, sangat mengejutkan apabila mereka pergi mendadak. Kejutan yang sangat tak terjangka. Sangat tiba-tiba dan ianya meninggalkan rasa pahit dalam mulut. Airmata pun segan nak turun. Sedih yang teramat. Keluarga yang dulunya sangat besar tiba-tiba hilang. Tak tergambar perasaan tu. Ahh, aku menulis review ni pun teringat-ingat babak tu.  Dan kehilangan mendadak tu menyebabkan Irvan membawa diri, tapi tidak sebelum meninggalkan sebuah janji pada Maryam.


Janji. Kerana satu kejadian, janji itu dilupakan. Janji itu, hanya Irvan yang mengingati. Oh, siapa yan aku patut salahkan ni. Dan kerana hilangnya janji itu, ruang terbuka untuk Riyaz mendapatkan Maryam. Sekali lagi hatiku berduka untuk Irvan. Huwaaa. Riyaz pulak dok main bulldoze je nak dapatkan Maryam. Nak suruh aku benci pada Riyaz, tapi dia punya perwatakan baik saja, tak nampak buruknya. Cuma dia sejenis yang memaksa. Lain-lain, dia antara calon yang terbaik untuk Maryam. Oh nooo. Untuk Irvan memiliki Maryam, tidak mudah. Meminang atas peminangan orang lain? Haram hukumnya. Dan kerana itu, dia berundur. Tetapi kalau dah namanya jodoh, bersatu juga. 


Kalau novel 'Awak Suka Saya Tak?' ada ilmu berkuda dan segala yang berkaitan kuda, untuk novel ni, kita ada ilmu peliharaan lebah. Seronok sangat baca kisah tentera bumblebee Maryam ni. Bukan senang nak dapat ilmu macam ni dalam novel. Sedetil yang boleh penulis ceritakan (antara sebab kenapa panjang sangat). Cerita tentang pekerjaan Irvan sebagai VAT 69 dalam novel ni tak diceritakan sangat. Mungkin sebab ianya mukaddimah jadi kita bagi pada kerja Maryam aje dulu.


Kesimpulannya, novel ni best. Best gila! Aku tengah baca sambungannya tapi agak perlahan la. Dah start semester ni haa, kalut la sikit kan. Dan aku sangat-sangat reccommend untuk semua baca, serious tak menyesal!


-thes

Post a Comment

2 Comments