Barith Can’t Unlove You by Mell Mariann

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Barith Can’t Unlove You

Penulis: Mell Mariann

Mukasurat: 480

Penerbit: Tinta Mell Enterprise

Terbitan: 2021

ISBN: -

Blurb:

Bernikah tanpa pengetahuan keluarga di bumi Landon. Itulah permulaan kisah mereka. Barith atas kepentingannya sendiri. Manakala, Tasneem atas alasannya sendiri.

“I akan beri apa yang you mahu bila-bila masa saja you mahu tapi dengan dua sayarat. Marry me and give me money.” – TASNEEM

Melayari kehidupan bersama, tanpa mereka sedar cinta makin bercambah di hati. Namun ego dan rasa takut dilukai membuat Barith mahupun Tasneem memendam perasaan sendiri. Kerana salah faham, mereka akhirnya terpisah jua.

“Tasneem binti Razali, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – BARITH

Bertahun-tahun berlalu. Mereka ditakdirkan bertemu semula tanpa diduga kala masing-masing masih solo lagi.

“Look Barith. You dah janji kan? Kita tak akan berjumpa lagi. You lupa?” – TASNEEM

“I masih percaya yang dunia ni bulat Cik Tasneem. Sebab tu kita bertemu semula.” – BARITH

Bagi Barith, pertemuan mereka adalah jawapan istkharahnya. Tetapi, bagi Tasneem pula benyak lagi rahsia yang tersimpan kemas dalam hati. Adakah kisah mereka bakal bermula sekali lagi setelah satu demi satu punca salah faham antara mereka sebelum ini mula terungkai?


Setelah jumpa adik, now kita jumpa abang dia pulak. Kisah Tasneem dan Barith, a second chance romance. Kerana masalah kewangan, Tasneem yang menuntut di London sanggup melamar Barith, seorang penuntut dari kalangan keluarga berada di universiti sama. Tasneem akan ikut apa sahaja yang Barith suruh dengan syarat dia akan dapat duit. Dan kehidupan berkeluarga mereka pun bermula. Aku suka baca momen mereka semasa di London, terasa indah dan seronok dengan kisah mereka. 


Keindahan perkahwinan ini musnah tatkala kurangnya komunikasi antara Barith dan Tasneem. Yang seorang ego tinggi melangit, yang seorang suka berandaian dan simpan sendiri. Dan kemenanganlah bagi mereka yang berusaha memisahkan hero dan heroin ni bilamana Barith menceraikan Tasneem denagn talak satu. 


Sepuluh tahun. Satu tempoh yang singkat tapi mengubah segala. Majlis perkahwinan sepupu Tasneem menemukan semula Barith dan Tasneem. Barith nekad, bekas isterinya harus dipikat semula (well, lepas dia yaki Tasneem takde pengganti dia)! Kalau dulunya Barith seorang yang dingin, tinggi ego, baran dan kuat cemburu Barith yang sekarang lebih lembut, ramah, sweet dan... masih kuat cemburu. Lagi-lagi melibatkan Tasneem. Dan Tasneem yang sekarang pun bukan lagi Tasneem yang dulu yang sentiasa mendengar cakap Barith, yang sekarang lebih keras dan tak mudah terpedaya dengan mulut manis Barith. Nahh, inilah masanya untuk Mak Teratai beraksi! Geli hati aku dengan watak Mak Teratai merangkap mak Tasneem ni. Mudah je dia nak terima lamaran Barith untuk Tasneem sebab anak dia tu tak kahwin-kahwin! 


Aku seronok dengan perjalanan kisah Barith untuk tackle Tasneem ni dalam seronok dia menyakat Tasneem, terselit harapan untuk diterima semula. Juga merungkai asbab perpisahan mereka dalam pernikahan pertama dulu. Perselisihan faham antara mereka, juga apa yang terjadi dalam tempoh perpisahan 10 tahun tu dirungkai sedikit demi sedikit. 


Sangat cantik olahan penulis menceritakan kisah Barith dan Tasneem. Ditambah pulak dengan watak tambahan macam Nilam dan Shahril yang menambah perisa dalam kisah mereka. I love! Dan kewujudan plot twist yang berjaya membuatkan aku ternganga seketika membuatkan aku susah untuk move on dengan kisah Barith dan Tasneem ni. 


-thes

Post a Comment

2 Comments