Tajuk: Carl Love With Benefits
Penulis: Mell Mariann
Mukasurat: 395
Penerbit: Tinta Mell Enterprise (self-publish)
Terbitan: 2021
Related: Barith Can't Unlove You
ISBN: none
Kerana sebuah dendam kepada si ibu tiri, NATALIA menculik CARL ASLAN, jejaka yang dirasakan boleh membantunya dalam menjalankan misi dendamnya. Bagi, Carl, jatuh imejnya jika umum tahu dia diculik oleh seorang gadis. Tapi yang lebih mengharukan, pesona seorang Natalia tak mampu Carl menolak pergi.
“Apa lagi benefit yang aku dapat selain dari tu?” – CARL
“Me.” – NATALIA
Pada Natalia, she had nothing to lose. Asalkan si ibu tiri tak dapat apa yang dihajati. Natalia sanggup lakukan apa saja! Namun, di sebalik kerjasama mereka berdua. Ada satu jalinan rasa yang membelit jiwa dan raga. Tetapi Juwita yang selalu ada dalam hubungan mereka, membuat Natalia makan hati dalam diam.
“Awak cuma dapat jasadnya saja, Natalia. Hati dan cinta Carl dari dulu cuma milik saya.” – JUWITA
Dalam mereka mahu mengakui cinta satu tragedi telah merenggut semuanya.
“Aku minta maaf Natalia… Aku tak boleh, aku tak boleh jadi suami yang baik. Aku tak boleh.” – CARL
“Then what should I do, Carl?” – NATALIA
Apakah selamanya bahagia takkan pernah menjadi milik mereka?
Daripada tajuk je dah boleh agak yang cerita novel ni agak kebaratan tapi masih boleh untuk aku terima baca. Cumanya untuk under 18 macam kurang sesuai sebab ada sexual innuendos.
Pertemuan pertama hero-heroin, masa tengah berebutkan teksi di New York, kalau aku tak salah. Pertemuan kedua? Oh darling, jejaka terhebat idaman Malaya diculik seorang gadis! Kerana nak mengelakkan cerita dia, Carl yang digilai gadis-gadis bersetuju untuk mengambil Natalia, perempuan yang menculiknya sebagai isteri, well, setelah dijanjikan beberapa benefits daripada Natalia.
Natalia, heroin yang daring. Selamba badak dia je culik Carl semata-mata nak menjalankan misi dia, tapi bijak jugak sebab misi dia berjalan lancar! Cumanya sebab dia menculik Carl ni agak questionable dan menjadi teka-teki lama jugakla sampai aku rasa nak campak je sebab frust hehe. Carl, walaupun dia ni digilai ramai perempuan tapi dia tak layan perempuan, lagi-lagi yang seksi macam Natalia. Kenapa? Well, baca sendiri. Walaupun dia mulanya layan Natalia ni dingin dan kasar (kasar la sikit sebab minah ni culik dia kot) tapi lama-kelamaan dia makin jatuh hati dengan Natalia. There's so much of her than the surface gitu.
Konflik yang diketengahkan dalam novel ni ada pasal family dan juga orang ketiga. Bagi aku, berat juga la konflik keluarga ni bilamana kedua-dua hero dan heroin ada masalah dengan family mereka sendiri lepastu tambah lagi dengan perkahwinan untraditional mereka, hah, memanglah menempah masalah. Tapi, aku sukakan part resolution pada konflik mereka. Loves how penulis melakar perjalanan dua watak ni ke arah yang lebih baik. Aku suka dengan konsep necessary separation antara Natalia dengan Carl. Walaupun berbaldi jugaklah aku menahan perasaan (dan air mata).
All and all, aku sangat suka dengan cerita Carl-Natalia ni. Penuh dengan pelbagai rasa juga banyak pengajaran yang boleh diambil. Seronok juga membaca momen-momen jeles Natalia dengan hubungan Carl dan Juwita juga cemburu Carl pada hubungan Natalia dengan bodyguard dia (maaf saya lupa nama awak!). Dan aku rasa aku secara tak sengaja dah bagi spoiler dekat diri sendiri tentang cerita Barith haha, mana aku tahu Barith dulu baru Carl.
-thes
2 Comments
nice review su hehee
ReplyDeletethank you kak shida!
Delete