The One by Melur Jelita

Assalamualaikum, good day dearest! Been so long! Hehe, review ni sebenarnya dah lama dah habis type tapi tulah, rasa macam kena peram untuk masa akan datang, eh? Hehe. Memandangkan aku tinggal satu paper je lagi yakni lusa dan aku bakal mula cuti 3 bulan jadi marilah mula post #bookreview.




Tajuk: The One
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 1211 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: updating.....
ISBN: 9789671844915
Blurb: 

"Kalau saya jadi bunganya?"
"Saya jadi tukang cantasnya!"

"Kalau saya jadi cincinnya?"
"Saya jadi tukang gadainya!"

"Kalau saya jadi kumbangnya?"
"Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!"

Dalam melayari alam rumahtangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumblebeenya.

Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumahtangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

"Mengenalinya... baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit... masih ada insan yang sanggup berkorban... masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan... meminta nama mereka diabadikan di jalan... meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan... sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh... Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran." - Maryam

"Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui..." - Maryam 


Kerana usaha Irvan memikat Maryam, si isteri yang masih janggal menerima abang sepupu yang selama ini hanya dianggap sebagai seorang abang, Maryam perlahan-lahan menerima. Bab awal-awal ni berbunga perasaan gue membaca kegigihan Irvan untuk pikat Maryam. Dan Maryam sendiri, dah mula move on daripada Riyaz. Time ni, Irvan memang sweet habis! Tapi masih ada jugaklah dia punya bangga diri tu, gerammm je rasa. Konon yang terhebat, the one lah katakan!


Saat dia mula menerima dan menyayangi sebuah perhubungan, badai mendatang. Ahhh, ralat sungguh aku. Sangat aku tak sangka dengan penipuan dan rahsia yang disimpan oleh orang terdekat Maryam. Walaupun semasa aku membaca 'The Unsung Hero', macam boleh agak ada rahsia yang disimpan bak dan bunda tapi aku tetap terkaku. Oh, kasihan sungguh kau Maryam! Ditambah pulak dengan rahsia yang disimpan Irvan arghhhh, lagilah aku kasihankan watak Maryam ni. Kerana harga sebuah kepercayaan itu diambil remeh, Maryam semakin lama semakin jauh. 


Perubahan Maryam yang pada mulanya aku faham dan boleh terima tapi lama kelamaan makin membuatkan aku rasa menyampah. Tapi aku tak salahkan Maryam dan dalam masa yang sama aku juga tak salahkan bak, bunda dan Irvan. Cuma, itulah, kerana kepercayaan yang diletakkan pada mereka telah hancur musnah, maka rapuhlah perhubungan. Sayu sangat membaca certain parts, lagi-lagi yang melibatkan bak dan Cahaya. Bila adanya ruang antara Irvan dan Maryam, ada pulak yang cuba untuk menyelitkan diri dalam ruang itu. Ahhh, satu lagi part yang aku tak sangka. Mulalah aku mempersoalkan mengapa dan mengapa. Eh, rasa nak terajang je mereka yang support manusia ni masuk jarum menjauhkan Maryam dengan Irvan sedangkan mereka tu suami isteri. 


Sungguh, sambungan TUH ni sangat menguji emosi dan kesabaran. Macam-macam yang berlaku. Nasib baiklah ada pengimbang iaitu si Haziq gojes dengan mak bidan tu (alamak aku dah lupa namanya tapi yang va va voom tuuu, rumah tepi balai bomba kalau tak salah). Memang cukup menghibur hati kalau ada babak si Haziq ni. Tapi kalau sampai mulut celupar dia tu, hah, menggelupurlah semua!


Highlight novel ni? Bab pekerjaan Irvan sebagai anggota VAT 69. Novel ni menceritakan dengan lebih mendalam tentang pekerjaan Irvan yang penuh misteri ni. Seriously best. Yang paling best penulis masukkan tentang insiden pencerobohan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa ni berlaku masa aku masih di sekolah rendah jadi ingatan aku agak samar-samar. Dan bila aku baca apa yang tertulis dalam novel ni, sangat-sangat menakutkan. Dengan garapan allahyarhamah MJ yang sangat teliti dan diselitkan juga dengan fakta-fakta yang berlaku semasa kejadian, menjadikan setiap babak semasa pertempuran ni terasa real. Seronok. Sungguh!

-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. Teringinnya nak baca lepas baca your review. Shopee ada? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kottt heheh tak sure la kak aiennn

      Delete
  2. Ada baca.. Menarik juga bila penulis masukkan babak insiden tu.. Terasa lebih real jalan ceritanya..

    ReplyDelete