Saturday 20 August 2022

# bookreview # e-book

Faa & Dann by Daeze Han

 Assalamualaikum, good day dearest! 





Tajuk: Faa & Dann

Penulis: Daeze Han

Mukasurat: 84 pages

Penerbit: -

Terbitan: Ogos 2021

e-ISBN: -

Format: PDF

Blurb:

-


E-book ni sebenarnya lama dah dalam simpanan aku, cuma itulah baru godek phone, buang file yang tak perlu pastu eh banyak rupanya e-book yang aku beli/redeem tapi tak pernah baca. Lol. Anyway, terima kasih atas kesudian penulis untuk bagi e-book ni secara percuma.


E-book ni mengisahkan Faa dan Dann yang berkahwin daripada kecil tapi lepas Dann mula bercinta dengan Tiha, aka kawan Faa yang juga sekampung dengan mereka berdua, hubungan baik Faa dan Dann semakin renggang. Dan setelah lapan tahun lamanya tak bersua muka, Faa dan Dann berjumpa kembali, masing-masing baru je lepas menamatkan pengajian di peringkat universiti (jangan tanya level apa aku pun taktau)


Cerita ni sangat santai dengan konflik yang tak berat. Sesuai untuk bacaan santai dan ringan. Dalam masa sejam pun aku boleh habiskan, dengan syarat takde gangguanlah. Aku baca e-book ni pun nak menghiburkan hati memikirkan parcel PO buku Sara Aisha yang sesat entah kemana. So, dapatlah aku menghiburkan hati sekejap dengan telatah si Faa.


Bagi aku takde masalah sangat dari segi penulisan, untuk plot pun takde sangat memandangkan e-book ni sendiri merupakan satu cerpen je kan. Watak Faa pun agak gila-gila dan cerita ni ditulis dari sudut pandangan dia, jadi memang terasa la dia punya perangai pelik-pelik tu. Dann pulak helok betul perangai. Green man nii. Apapun, tahniah aku ucapkan kepada penulis untuk karya ni. 


Aku tak pasti penulis buka lagi ke tak untuk dapatkan e-book ni, so silalah pm penulis sendiri di IG beliau: @/daezehan. Kalau beliau tak bukak, aku minta maaf la bagi yang nak tu hehe. 

-thes

No comments:

Post a Comment