Sembunyi Khalifah by Acesthium Hayyat

 Assalamualaikum, good day dearest! So, lepas aku habis baca siri ILUS by Melur Jelita, aku dah start reading slump untuk physical book. Haih, cemanalah nak habis tbr kalau gini kan. Anyway, dalam aku taktau nak buat apa memandangkan mood nak membaca tu takde dan aku always phone dekat tangan (yelah, kita ni penanam anggur berjaya untuk tiga bulan) aku pun teringat free e-books dan e-books yang banyak aku pernah beli satu ketika dulu (sekarang tengah taubat nak beli/redeem e-books sebab rasa bersalah tak baca hehe). Jadi, aku pun scroll la folder dalam phone and pilih yang paling awal aku download dan tajuknya macam tak berat. So, here we go (sorry for the long intro hehe)





Tajuk: Sembunyi Khalifah

Penulis: Acesthium Hayyat

Mukasurat: 473 pages

Penerbit: Acesthium Hayyat

Terbitan: September 2021

e-ISBN: 9789672610700

Format: PDF

Blurb: 

Tugasan utama Rahadatul 'Aisy yang perlu menemu ramah seorang penternak lembu di Ulu Yam bermula dengan sebuah kemalangan. Kemalangan yang sama menemukan Ad dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang menjadi tunang sementara, ahli nujum dan sang pelindung daripada perkara buruk yang tidak putus-putus menimpa.


Akan tetapi, Chen Jun Jie menyimpan terlalu banyak rahsia. Rahsia yang tetap mahu dipendam meskipun hampir melayang nyawa. Rahsia yang memaksa Ad untuk tidak lagi peduli sedangkan dia mahu terus-terusan ada, tidak pernah ingin lari dari mula.


"Saya tak nak rasa bersalah sebab tinggalkan awak dan dia semalam. Saya tak ank salahkan diri saya sendiri. Saya dah penat, dah letih sebab astik salahkan diri saya dari dulu. Dan saya... saya cuma nak tahu. Saya janji saya tak akan pergi lebih dari tu." - Rahadatul 'Aisy


Tiga tahun menanggung kecamuk rasa, Ad dipertemukan semula dengan lelaki itu dalam keadaan yang tidak diduga. Diturutkan kata hati yang telah sekian lama bersenandung di jiwa. Namun begitu, Jun Jie seakan-akan menjauh kerana silamnya terlalu hina.


"You grew up so much since, Ad. I understand your concern... but do know that I grew up a little, too." - Chen Jun Jie


Tunggu itu menyakitkan.

Tunggu itu juga mematangkan dan merelakan.


Di antara tiga tunggu itu, apakah mereka akan memilih jalan selamat dengan sekadar berenang di pinggiran pantai yang tenang? Atau dua jiwa yang pernah dan sedang terluka itu sanggup menongkah badai meskipun sedar akan hempasan ombak serta sakit yang mendatang?


 Aku suka gaya penulisan e-book ni, agak puitis. Ceritanya agak misteri dan dalam masa yang sama, mudah untuk diikut. Dari mula lagi aku sangat tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ada dalam memori Ad yang hilang? Apa sebenarnya yang jadi sampai dia macam trauma sangat dengan kandang lembu? 


Walaupun e-book, penulis tetap letakkan backstory untuk hero, Jun Jie. Dan watak hero ni pun misteri jugak la. Dari gaya dia yang protective sangat terhadap Ad walhal baru jumpa. Lepastu, dengan kehadiran lelaki-lelaki misteri yang tiba-tiba buat onar. Banyak soalan aku.


Aku sukakan chemistry antara Ad dengan Jun Jie ni. Comel weh! Walaupun Ad baru pertama kali jumpa Jun Jie dekat kandang lembu tu, dia punya feeling bunga-bunga tu dah ada. Dengan gaya penyampaian penulis yang santai dan kadang kala puitis tu, membuatkan aku sangat enjoy membaca kisah Ad dengan Jun Jie ni.


Selang masa tiga tahun lepas kejadian yang mengerikan bagi Ad, mereka berjumpa semula semasa raya korban. Jarang aku baca kisah fiksyen yang guna raya korban dalam setting masa mereka. Selalunya raya puasa. Berpatutan la dengan identiti Jun Jie sebagai pemilik kandang lembu. Ada beberapa bahagian yang aku rasa penulis boleh perbaiki contohnya dari segi timing baackstory tu sendiri. Sebab aku banyak konfuse dengan mak Jun Jie punya karakter yang macam tak 'masuk' dengan timing backstory.


Apapun, aku sangat enjoy cerita ni. Oh, cover dia pun lawo wei! Aku tak pasti jualan e-book ni masih diteruskan atau tak, jadi kalau berminat, pergi dm IG penulis di @acesthiumhayyat


-thes

Post a Comment

0 Comments