My Precious Iris Legacy Edition 1 by Melur Jelita

 Assalamualaikum, good day dearest! 




Tajuk: My Precious Iris Legacy Edition 1

Penulis: Melur Jelita

Mukasurat: 595 pages

Penerbit: Anggun Melor

Terbitan: 2019

Related title(s): I Love You, Stupid! Extended Version 1I Love You, Stupid! Extended Version 2My Precious Iris Legacy Edition 2

ISBN: 9789671537251

Blurb: 

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!


Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah aa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnyya seorang Iris?


"Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boyfriend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati! - FIRMAN


"I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They're unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang palin memukau, nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland." - AIDAN


"You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki..." - HARIS


Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu. - IRIS


Babak sedih dan getir, no more! Firman dan Iris berjaya mengurai segala kekusutan dan kekalutan dalam perhubungan mereka. Tuan Zakaria, aka bapak Iris, sungguh menggeletek hati aku dengan syarat-syarat yang dia letakkan pada Firman sebelum mereka diijab kabulkan. Sungguh like father like daughter. Teringat aku kepada syarat-syarat Iris kepada Firman masa zaman bodyguard dulu.


Babak selepas berkahwin, honeymoon phase sangatlah bergula! Hati-hati ya jangan sampai terkena kencing manis pulak! Walaupun manis, Firman masih lagi abang pedas dan Iris masih pembunuh senyap lelaki tanpa bayang tapi err versi beriman sikit dan of course la hanya menggedik dengan Firman. Kalau tidak mahunya kena bunuh dengan suami sendiri.


Dan akhirnya! Terjawab juga kehilangan Matt yang aku sangat frust menonggeng selepas habis baca ILUS 2 dulu. Fuhhhh. Reunion yang sangat menggamit hati. Sejujurnya, sambungan ILUS ni banyak membuatkan aku tersengih seorang diri dengan keletah Firman dan Iris. Dan perangai tak betul dua mereka ni, memang sangat menghiburkan. Jangan mereka berperang aje, seram kita yang baca ni. Extreme sampai aku terfikir, sungguh la wujud manusia macam ni? 


Tapi kalau dah namanya perkahwinan, tentu saja ada pasang surutnya. Perubahan Iris yang sangat pelik lagi aneh. Entah kenapa dia berubah macam tu sekali. Beberapa tekaan aku buat untuk mencari punca perubahan. Apalagi bilamana dia melayan Hariss seolah dia melayan Firman. Sejujurnya, aku sedih sangat dengan perubahan Iris yang ini. Mengapa? Sayangnya tengah syok aku membaca tup tup habis pula. Haih, maka reviu ni pun terpaksa la tunda dulu. 


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. Versi ini ada dekat PNM elib kalau tak silap.. nak try baca balik lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasanyaa.. macam pernah nampak org post baca novel ni dekat situ

      Delete