Dalam Sistem Dah Marked As 'Delivered' Tapi Aku Tak Terima Parcel

 Assalamualaikum, good day dearest! Jarang-jarang ni aku nak share pengalaman. Selalu duk share review buku, k-drama, movies je. So, kalini aku rasa rajin nak share pengalaman 'hilang' barang. Sesiapa yang ada follow dan ternampak IG story aku weekend haritu tahula kot.


Hujung bulan Mei haritu, penulis Sara Aisha open pre-order untuk novel terakhir dalam siri The Shadow. Jadi, aku yang suka dengan karya beliau terus la place order memandangkan 24 jam pertama tu dapat free shipping. Siapa je tak suka free shipping. Anyway, lepas tunggu berbulan, alhamdulillah, team SA publication pun dah berjaya poskan buku aku.


Once aku dapat notification untuk track parcel, apa lagi aku pun click la, tengok courier mana. And macam biasa, team SA guna JnT, dan aku pun selalunya tak ada masalah dengan JnT. Setakat ni aku rasa dekat tempat aku, JnT dengan Poslaju sangat efisien. Laju gila buat kerja. So aku expect parcel aku akan sampai dalam empat lima hari lagi la kan, macam biasa.


Aku ni jenis yang tak selalu nak check parcel dah sampai mana so memang jarang la keep track sepanjang post tu. Pastu hari Jumaat macam tu, aku punya sepupu (kurang hasam punya manusia satu ni) dia wasap gambar novel dia, time tu la aku baru terfikir nak check. Masa tu aku tengok dah depart daripada Melaka tengah punya station(?) so aku expect Sabtu petang  aku akan terima parcel. 

screen captured 14 Aug


JnT area rumah aku memang takkan call/wasap barang sampai, dia akan letak je dekat depan rumah. Untuk rumah aku, selalunya dia letak dekat atas meja. So, masa aku check tracking kata dah sampai pukul 4 lebih, aku pun tinjau la dari tingkap, eh takde pun. Aku lek lagi sebab pernah sekali dulu, dia mark delivered jugak tapi pagi esoknya dia hantar. Tapi kalini, dah 14 hb pagi takdak, petang pun ilek. Satu rumah aku pusing cari, manalah tau abang yang hantar tu terniat nak tengok kandang arnab belakang rumah lepastu lepak parcel aku dekat situ. 


Akhirnya, terpaksa la aku call hotline JnT. Nak call number cawangan, aku tak sure cawangan mana satu yang aku patut call, yelah yang dekat daerah aku je dah ada lima ke enam tah. Nak connect ke ejen (bukan Ali) bukan mainlah lama dengan intro computer dia tu waduh stress member. Kena dengar iklan kejap, pilih bahasa, pilih negeri, nak pilih pulak kena tunggu dia habis cakap. Kalau tekan sebelum dia habis memang tak jadi apa, kena jugak tunggu. So, bila ada ejen yang jawab aku pun terleka kejap haha. Lepas bagi tracking number, dia akan konfemkan nama dengan nombor phone yang dekat parcel tu. Then, dia akan konfemkan alamat lagi sekali. Ejen tu mengakhiri dengan janji akan cek dekat warehouse dulu kalau takde dispatcher akan call aku dalam masa 48 jam. 


Tahu-tahu petang tu, ada orang kasi salam, tapi takde sapa jawab sebab aku sorang je dekat rumah dan time dia datang tu, aku tengah solat. Aku ingat dispatcher yang datang, eh, rupanya parcel aku yang datang😭😭 Happy dia tak terkata wei. Nasib baik tak hilangggggg. Since aku keluar tu abang tu dah naik lori dia dan jalan, tak sempat la aku nak interview bagaimana dan mengapa ini terjadi. So, sekian sajala kisah dari aku yang berjaya menyelamatkan Lucy. Hehe. 






-thes

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. huhu risau tau ceni... takut hilang je

      Delete
  2. JnT kadang-kadang akan buat macam ni.. Barang dan deliver tapi sebenarnya belum.. bila kita call dan cari dekat opis dia barulah dia update barang tu sebenarnya kat mana.. Pernah jd macam nie.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa, geram je rasaa... nasibla sekali sekala je dia buat ceni

      Delete
  3. pernah jadi tapi bila call abang jnt tu cakap tak sempat besok baru hantar. lepas tu macam tak kisah sangat bila jadi macam ni tapi kalau sampai berhari-hari still hantar memang nak kena report la jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahh, mulanya ingat macam tu jugak sebab pernah jadi sekali dulu.. tapi dah tunggu sehari takde jugak itu yang call.. nasibla adaa, kalau tak memang kena report utk dapatkan refund la ceritanya

      Delete