I Love You, Stupid! Extended Version 2 by Melur Jelita

 Assalamualaikum, good day dearest! Nah, sambungan untuk ILUS. 



Tajuk : I Love You, Stupid! Extended Version 2
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 855 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: 2018
ISBN: 9789671537220
Blurb: 

PENGEMBARAAN MSI KEMANUSIAAN DI BUMI KEMBOJA SEMAKIN PANAS.

Firman yang pedas berapi. Suka melanun tidak bertempat. Iris yang gedik sengal. Suka menggoda tidak kira masa. Membuatkan bumi Kemboja ini tidak pernah aman dari dua manusia ini.

Bertengkar, bertengkar dan bertengkar sehingga hampir berbunuhan!

Bila mereka mahu bercinta?!

"Nayyy...saya takkan date lelaki yang lebih cantik dari saya!" - IRIS

"Saya takkan date gadis yang berpakaian seperti tahi cicak!" - FIRMAN

"My precious, saya pun tak ingin awak menetap di sini terus, melainkan berlaku keajaiban. Bila saya dapat menyentuh, memeluk dan mencium bulan di langit." - FIRMAN

"Ia takkan berlaku. Mustahil dapat menyentuh dan memeluk bulan. Sheikh Muzaffar pun tak boleh sentuh. Apalagi nak cium!" - IRIS

Walau sentiasa disulami pertengkaran tetapi hubungan Firman dan Iris tetap ada manisnya. Disaksikan sendiri oleh Doktor Aidan, tunang Iris secara tidak rasmi.

"You tak kenal I lagi, Iris. I am not going to just stand by and I am certainly not a loser. When I want something, I will make sure I get it." - DOKTOR AIDAN

"Night my sweet bodyguard. Malam ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love you, stupid!" - IRIS

Sekembali ke Malaysia, Iris dipaksa dan terpaksa menerima Doktor Aidan. Pernikahan mereka akan berlangsung beberapa hari lagi. Tapi kenapa ingatan Iris semakin kuat kepada Firman? Lelaki lanun yang tidak pernah melafazkan kata cinta...?

"Firman, bila saya panggil, awak mesti datang."


Pengakhiran ILYS 1 membuatkan aku laju saja mencapai naskah sambungan ini. Iris yang dilanda ketakutan ditambah dengan perangai Firman yang sedang melepaskan geram, dengan aku sekali terasa seram. Mujurlah Firman ni seorang yang peka dengan keadaan sekeliling dan pandai mengawal Iris. 

Kerana satu kehilangan yang menyentak, Iris mula berubah kearah yang lebih baik. Perubahan yang turun naik. Ada ketikanya dia sedar, ada kalanya dia masih bebas laku. Untuk itu, aku sangat hargai. Manusia, takkan ada yang berubah sekelip mata, tetap ada masanya mereka tersadung seketika. 

Dan segalanya terbongkar. Misi rahsia seorang Iris (eh macam Ejen Ali pulak dah), niat sebenar dia ke Kemboja. Kebenaran yang memeranjatkan aku. Tak sangka sebegitu sekali. Dan dengan tersingkapnya kebenaran itu, terjawablah persoalan aku tentang beberapa babak  yang sangat out of the blue dan pelik. Pengorbanan Iris, dan kebodohan mereka yang sekutu dengan Iris membuatkan aku rasa geram yang teramat, sungguh.

Sambungan ILUS ini memang lengkap segala rasa. Sedih, manis, romantik, aksi, saspen, segalanya ada. Babak perpisahan Iris dan Firman tanpa kerelaan Iris tu sangat menyakitkan aku. Apa lagi bila Iris dipaksa berkahwin dengan Aidan, tanpa persetujuan dia. Babak dia melukis kenangan bersama Firman, ah, segalanya selepas Kemboja sangat menyedihkan aku. 

Aku agak geram dengan pengakhiran novel ni. Walaupun Iris dan Firman berjaya menggapai bahagia masing-masing, tetapi tetap ada persoalan yang timbul. Kemana hilangnya Matt? Dan apa nasib dia? Haih, penat betul nak kena main teka-teki ni. Hish.


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. Extended version lebih panjang dan complete kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhh, sangat panjang😂😂 kalau gabung dua-dua buku ILUS ada la total 1800-1900 pages

      Delete