100 Hari Mengenal Cinta by Syu Ariani

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: 100 Hari Mengenal Cinta

Penulis: Syu Ariani

Mukasurat: 579

Genre: Romantik

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2017

ISBN: 9789672102212

Blurb:

Airina Hanissa menjadi tunangan Harris tanpa sebarang rasa cinta. Setelah Harris ketahuan hanya mempergunakan Airina untuk memburu cinta wanita lain, Airina nekad muntuk putuskan pertunangan sekaligus membatalkan majlis perkahwinan mereka. Hazizul Amin, adik sebapa Harris, muncul memberi idea.


"Kita kahwin. Untuk 100 hari. Kalau lepas 100 hari kita masih tak boleh terima satu sama lain, aku janji aku lepaskan kau." - HAZIZUL AMIN

"Tapi kenapa 100 hari?" - AIRINA HANISSA

"Aku nak kenal cinta dengan kau dalam masa 100 hari tu." - HAZIZUL AMIN


Airina akhirnya bersetuju dengan idea Hazizul demi keluarganya. Bermulalah perjalanan mereka dalam mengenali apa itu cinta.


Hari demi hari berlalu dan Airina mula mengenali siapa Hazizul Amin sebenarnya. Ternyata lelaki itu menyimpan kisah sedihnya sendiri. Hati Airina mula terbuka untik Hazizul dan dia harus akui, dia sudah mengenali cinta. Tetapi bagaimana pula dengan Hazizul?


Dugaan melanda perkahwinan Airina dan Hazizul apabila Syida menggoda Hazizul. Perasaan cinta ditolak ke tepi, hanya prasangka buruk dan rasa dikhianati menguasai diri. Airina menuntut cerai meski 100 hari belum lagi berakhir.


"Ceraikan saya!" -AIRINA HANISSA

"Abang takkan lepaskan sayang. Orang yang dah tolong abang overcome trauma abang. Orang yang dah lama ada dalam hati abang sejak dulu lagi. Tak pernah ada perempuan lain selain sayang!" - HAZIZUL AMIN


Daripada dulu lagi? Airina termangu sendiri. Apa maksud Hazizul? Sebuah lagi rahsia yan disimpan Hazizul diluahkannya.


Percayakah Airina pada kata-kata Hazizul? Mampukah mereka pertahankan pernikahan mereka ataupun mereka akan berpisah selepas 100 hari yang dijanjikan itu tamat? Hanya Airina dan Hazizul sahaja yang bileh menentukan pilihan mereka.


Tunangnya orang lain, suaminya orang lain. Semuanya terjadi kerana satu pengkhianatan yang amat memeritkan. Datangnya daripada insan-insan yang dekat dengannya. Itulah permulaan kisah mahligai cinta Airina dan Hazizul.


Walaupun perkahwinan mereka bertujuan untuk menutup aib keluarga dan terbina bukan atas dasar cinta, Hazizul langsung tak kekok untuk melayan Airina sebagai isterinya. Bukan setakat mulut je manis, kelakuannya pun manis sangat! Ish, naik lagi la standard untuk calon suami. Aku suka dengan matlamat perkahwinan mereka yang Hazizul tetapkan beberapa hari sebelum mereka bernikah. Untuk mengenal cinta dalam tempoh seratus hari. Dan sekiranya tiada keserasian antara mereka, maka perpisahan akan terjadi.


Airina. Kematangan dia dan sikap rasional dia memang perlu dipuji. Aku suka watak dia yang sentiasa pilih untuk berbincang lebih dulu sebelum buat keputusan. Walaupun dia hampir tersasul mengikut perasaan, masih ada secebis kepercayaannya buat Hazizul. Gabungan Airina dan Hazizul, sangat harmoni, cute gila!


Novel ni bukan setakat mengisahkan mereka untuk mengenal erti cinta antara satu sama lain, tapi juga mengisahkan tentang cinta keluarga. Keluarga Airina dan keluarga Hazizul. Sangat kontra walaupun secara dasarnya kedua-duanya ada keluarga tiri. Sanggup ya keluarga Hazizul tu buat dia macam tu sekali. Sedih gila!


Pace ceritanya, bagi aku sedang elok. Tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan. Tak ada bahagian yang meleret. Babak yang happy aku senyum, babak sedih aku menangis, babak comel antara hero heroin, aku pun ikut blushing. Cukup rencah cukup rasa. Nak request Hazizul Amin satu, can ah?


-thes


Post a Comment

0 Comments