Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Yuki
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 600
Genre: Aksi, Romantik
Penerbit: Bleu Fantasy Publication
Terbitan: 2022
ISBN: 9789671910948
Related title(s): coming soon...
Blurb:
YUKI.
Dia digelar Snow Queen dan hatinya sedingin salju. Hidup mati seseorang ibarat di dalam genggamannya sahaja. Namun, kehadiran lelaki itu telah membawa kehangatan yang mampu mencairkan segalanya.
HUD ASYRAF.
Dia seharusnya sudah mati. Tidak lain tidak bukan, di tangan wanita dari dunia gelap itu. Namun, di dalam kegelapan itulah dia menemui cahaya.
"Give me the name. Aku nak tahu siapa yang nakkan nyawa aku," - HUD ASYRAF
"Aku takkan bagi sebarang nama," - YUKI
Saling membenci dan menyakiti dengan kata-kata, mereka juga yang saling melindungi dengan nyawa sendiri.
"In the darkness, I found you. You're my solace," - HUD ASYRAF
Dua jiwa berusaha mempertahankan perasaan semampunya. Tetapi ketika nyawa menjadi pertaruhan dan akah hilang pertimbangan, masih utuhkah rasional dan pendiriran mereka? Dalam rantaian takdir itu, siapa yang menjadi mangsa? Siapa pula yang menjadi pemangsa?
"At the end of the day, you'll be the person whom you once swore you'd never be," - YUKI
Yuki. Buku pertama dalam siri Twisted Tales: Queen. Untuk buku pertama dalam siri ni, fairytale The Snow Queen menjadi latar belakang. Sejujurnya, aku taktahu apa-apa mengenai fairytale yang ini. Jadinya, aku memang tak dapat nak kaitkan jalan cerita Yuki ni dengan cerita dongeng Snow Queen, kecuali watak Yuki yang beku tak berperasaan.
Yuki. Sepertimana seorang Snow Queen, Yuki juga seorang yang sentiasa menayangkan wajah tak berperasaan. Beku dan dingin. Mulanya, dia seorang yang sangat misteri bagi aku. Munculnya di tempat gelap dengan rambut panjangnya mengurai dikenakan pulak dengan pakaian yang serba putih, err, cerita seram ke? Tetapi, kemunculan semula seorang lelaki yang disangkanya telah mati, mengubah tahap kedinginan seorang Yuki.
Hud Asyraf. Kembali dia ke Malaysia dengan satu tujuan. Untuk mendapatkan nama seorang yang telah 'menghapuskannya'. Hud. Si lelaki lesung pipit yang muncul menghuru-harakan jiwa seorang Yuki. Cinta berputik antara mereka dalam keadaan yang tak disangka. Bukan selalu kita dengar orang jatuh cinta dengan orang yang bertanggungjawab 'membunuh' diri kita. Dan Hud, bukan setakat jatuh cinta malah dia lindungi pulak 'pembunuh' dia walaupun she's more capable than him.
Jujur kata, aku dapat rasakan vibe 'Ursula' dalam Yuki. Yuki yang sentiasa ada dan melindungi Hud sama macam Asyfa yang sentiasa ada dengan Tengku Hadi. Persamaan antara keempat-empat watak utama ni adalah they all willing to die for their own lover. Hatta dengan mengorbankan nyawa sendiri.
Babak aksi macam biasa, berbisa sangat! Penulisan penulis mengenai identiti orang yang nakkan nyawa Hud pula dah macam main ping pong. Kejap player A kejap player B. Tapi in between those lines, agak terserlah sebenarnya siapa yang dengan tak malunya bermain nyawa orang. Pace cerita bagi aku, agak perlahan tapi menghiburkan. Tak sampai tahap yang aku rasa aku bosan. Quite okay la. Sebab kalau takde action, mesti ada si Hud tengah buat muka comel dekat Yuki. Takpun ada Noah tengah membebel dekat Yuki or Hud.
Overall cerita memang best and seronok untuk dibaca. Tambah pulak ada 'kejutan' pasal Hud dekat hujung-hujung. Aku tak sangka dan tak jangka pun. So, terlopong la kejap. Kisah disebalik seorang Yuki yang mulanya aku sangka biasa-biasa pun tiba-tiba jadi luar biasa. Dia macam, eh? Oh? Gituu. Nama Yuki yang aku ingat memang nama betul dia pun rupanya tak? Aiguu, kena tipu gue. Huhu. And lastly, nasib baikla aku perasan last part yang literally dekat last page tu, kalau tak rasanya memang tak jumpa kot hero(in) seterusnya.
-thes
1 Comments
menarik juga jalan ceritanya, jarang jumpa novel melayu tema fantasi macam ni. nice review :)
ReplyDelete