Assalamualaikum, good day dearest! Salam hari minggu!
Tajuk: Scarlet
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 659
Genre: Romantik, Thriller, Aksi
Penerbit: Bleu Fantasy
Terbitan: 2023
ISBN: 9789671910955
Related title(s): Yuki
Blurb:
Hanya kerana dia merupakan adik Scar, dia diculik dan dikurung. Pada insan itu, dia hanyalah umpan. Tetapi insan itu tersilap kira Dia bukannya perempuan lemah yang hanya akan berdiam diri!
"Kau tu sendiri, Althea... You're different. You're too fearless to be someone who has nothing to do with Scar." - CHRONOS
"I'm trying my best to survive, kalau aku tak nak hidup aku jahanam sekelip mata." - ALTHEA
Awalnya, Althea hanyalah dilihat sebagai umpannya. Chronos tahu itu cara paling mudah untuk dia tundukkan Scar dan seterusnya dia akan menguasai Underland. Dia akan jadi raja dunia kelab malam di dunia bawah tanah itu!
Namun lama-lama, Chronos sedar sesuatu.
Wanita itu teah berjaya mencuri sekeping hatinya.
"Kita sepatutnya bencikan satu sama lain tapi... Can I not let go of your hand?" - CHRONOS
"Stop itu, Chronos. Game apa lagi yang kau tengah mainkan?" - ALTHEA
Dalam pada dua jiwa itu bergelut dengan perasaan sendiri, ada insan yang sedang memburu nyawa seseorang. Ada dendam yang perlu dia lunaskan.
"I find pleasure in other people's pain too." - SCARLET
Satu demi satu nyawa melayang.
Satu demi satu kebenaran terbongkar.
Ternyata di anatara Althea dan Chronos,
bukan cuma ada cinta. Tetapi darah juga,
Akan bertahankah rasa itu,
atau dendam akan menghapuskan segalanya?
"Tergamak kau bayangkan perpisahan sedangkan aku bertahan dengan segalanya, demi kita."
Scarlet ni antara novel yang aku sangat nantikan. Dan sesungguhnya, aku berpuas hati sangat dengan ceritanya. Unlike romantik thriller penulis yang lain, novel kalini, seperti yang dah penulis warn siap-siap, memang sangat tidak bermoral ya. Apatah lagi watak utama, hero dan heroin ni terikat dengan dunia kelab malam yang memang spot maksiat. Belah mana moralnya kan? Dan maybe disebabkan nilah aku take time sikit nak habiskan bacaan. Need time to adjust gituuu.
Chronos si hero ni mula-mula jumpa Althea dah tunjuk perangai tak bermoral dia tu. Suka hati dia je main kiss orang. Dia ingat dia siapa?! Ish geram ni geram. Sidekick dia, si Kris pulak main naik penampar. Eeeee geram betul aku dengan dua ketul ni mula-mula. Nasib baiklah lain mereka tu Althea, yang memang bukan perempuan tipikal. Dia, Althea, adik Scar. But then, makin cerita berkembang, makin aku nampak yang Chronos ni taklah takde moral langsung. Ada, cuma hidden well. Samalah dengan si Kris ni.
Speaking of dua ketul ni kan, walaupun aku dah boleh agak siapa hero untuk novel Scarlet ni, tetap muncul second lead syndrome yang selalunya muncul kalau aku tengok k-drama. Kalini, dalam novel pulak, setelah sekian lama. I is so badly want Kris with Althea ish. Tapi tapi kenooottt sebab Althea is so much better with Chronos. Storylinenya, dengan misteri pembunuhan pekerja Chronos satu ketika dulu, bayang-bayang Scar yang tak memunculkan diri, tarik tali antara Chronos dan Althea dan segala insiden yang berlaku sepanjang Althea jadi tahanan Chronos sangat menarik-narik perhatian aku ya.
Cerita yang mulanya aku sangka simple, berkisarkan perebutan title 'pemilik kelab malam nombor satu' rupanya lebih mendalam daripada tu. Nothing is a coincidence. Sangat berselirat dan cerita mereka ni, sangat memedihkan. Kalau mulanya ada putik-putik cinta, ada gelak tawa, hujung-hujung haih, derita! All those betrayals! Tak tahula berapa banyak air mata aku yang berjaya kaksyu tumpahkan. Dan Kris! Sedih betul aku dengan watak dia ni. Agaknya ada tak dalam plan untuk kisah Kris pulak?
Selain cameo Yuki, Hud, Noah dan baby Yuki-Hud, yang beraksi menolong Althea, ada jugak nama Beast yang disebut-sebut. Haih, rindu pulak dengan dia. Dr. Erwan pun. Walaupun tak ada kisah dia secara detail, tapi dia sentiasa muncul dalam aksi-romantik karya kaksyu dari JA lagi. So, bila dia muncul lagi dalam Scarlet, terasa macam 'hello batchmate yang tak rapat!' gituu. Overall, aku enjoy gila cerita Scarlet ni dan aku berani kata novel ni top 3 aku daripada genre ni yang kaksyu tulis.
-thes
0 Comments