Nefertiti by Lily Haslina Nasir

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Nefertiti 

Penulis: Lily Haslina Nasir

Mukasurat: 634

Genre: Romantik, Aksi, Thriller

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2018

ISBN: 9789672102731

Blurb:

"Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip. Faham?" - ZIYAD

"Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi jangan salahkan aku, kalau ada rasa curiga tu." - YASMIN


ZIYAD EL ZAMRI terkepung dalma perasaan terhadap Yasmin Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak  perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri.


YASMIN QAWLAH AZWAR dengan perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar Yasmin gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan kebenarannya.


"Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama. Kita bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ini cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat." - ZIYAD


Novel pertama daripada penulis yang aku baca langsung tak menarik minat aku so aku agak skeptikal nak baca novel ni. Tapi disebabkan genrenya adalah genre yang aku enjoy baca, aku pun positif jelah. Dan, terbukti, aku sangat in love dengan jalan ceritanya!


Walaupun aku tersangatlah confuse dengan kewujudan Nefertiti yang mulanya aku sangka militan (aku pun tak pasti celah mana aku dapat idea ni?) yang mengganggu gugat kehidupan orang awam, ceritanya sangat gripping and susah ya untuk aku letak novel ni. Dengan watak-watak macam Datuk Adnan aka DA aka Mangkubumi, Datin Naila dan Datuk Taufan yang licik mempergunakan orang, dan bermuka-muka. Dan Ziyad yang berada di sisi mereka tapi dia macam baik? Haih keliru betul dengan si Ziyad ni.


Yasmin pula, walaupun penglibatan dia dengan MyJebat tu melogikkan kebencian dia pada puak Nefertiti, rupanya punya alasan yang lebih dalam daripada tu. Chemistry antara Yasmin dengan Ziyad saaaangatlah comel ya! Hate-love gitu. Ziyad yang selamba badak confess, Yasmin yang denying perasaan sendiri sebab mereka berada di side yang berlawanan. Dengan keras kepala dua-duanya sekali. Gabungan dua watak ni memang booms! Dah la dedua terer berlawan. Action scenes jangan cakap la, memang gempak habis!


Baca novel ni kena prepare mental la yang penting. Roller coaster ride ya! Kejap berbunga, kejap kesedihan, kejap berdebar, kejap bengang, semualah complete. Penulis mulakan setiap bab dengan nama watak untuk menunjukkan cerita dalam bab tu adalah daripada POV watak tu. And bagi aku, sangat membantu sebab kita dapat insight untuk semua watak, yang baik, yang jahat, yang main characters, yang side characters, semua kita boleh faham.


Novel ni jugak ada cameo watak Raid Arjuna dari novel Raid Arjuna karya Rose Harissa, which aku tengah peram lagi. Tengah tunggu maturity date, yang aku sendiri tak tau bila haha. Tapi berdasarkan watak dia dalam novel ni, aku super excite ya. Dan epilog tu! Cute habissss. 


-thes

Post a Comment

0 Comments