Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Pencari Cincin Sakti
Penulis: Aliff Mustafa
Mukasurat: 453
Genre: Fantasi, Aksi, Kembara
Penerbit: Mahakarya
Terbitan: 2022
ISBN: 9789672437475
Related title(s): Puteri Bunian Bulan
Blurb:
Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka, bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh-musuhnya juga.
Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar pernah dunia ghaib saksikan.
Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya.
Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu adalah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan semua musuh yang sedang mara.
Lepas habiskan PBB, aku sangatlah tertunggu sambungan kisah dalam siri Saga Iblis Putih ni. Dan macam biasa, bila dah release, kita peram dulu beberapa bulan. Buku kedua dalam siri ni membawakan 100% watak baru kecuali Farouq si iblis putih. Walaupun hati aku meronta-ronta nakkan sambungan kisah Laila, Andika dan Rizal lepas perang dengan Maharani Duyung, aku terima kisah watak-watak baru ni dengan minda yang terbuka, eceh.
Anyway, kisah kalini lebih berat berbanding PBB. Dalam buku kedua ni, banyak politik-politik dan watak-watak yang diperkenalkan. Dan yang paling tak sangka, politik si Farouq ni pun diceritakan. Segala kisah silam dan sejarah-sejarah disebalik identiti Farouq, Merak Sakti dan macam-macam lagi. Serius aku cakap, memang fokus kena 1001% dekat sini. Maybe to some akan rasa macam all those scenes tak perlu and too much filler, bagi aku, all those were the foundation for the whole story.
Plot twist? Tak payah cakap lah, daripada awal cerita sampai ke habis cerita memang dok twist je. At some point, memang aku give up dah nak buat teori. Apa nak jadi, jadilah. Penulis memang pandai susun dari satu babak ke satu babak. Cerita sangatlah teratur. Permulaan yang samar dan macam takde kaitan dengan PBB lama-lama makin cerah. And lemme tell you, it was a great journey.
Watak utama yang paling aku suka haruslah Sophia, girl crush kita. Walaupun dia ni lambat sikit nak muncul dan tonjolkan kekuatan dia, aku enjoy baca character development dia. Dan action scenes dia haruslah yang paling wowzer! Yusuf Ikhwan pun tak kurang juga. Dia punya sayang dengan Diana tu sampai setiap apa yang dia buat semua bersangkut paut dengan Diana. Protektif dia jangan cakap la. Cair mat! Lepas beberapa lama, barulah ada cameo Rizal Khairi. Haih, aku still takleh move on dengan ending dia dalam PBB. Ni tengah tunggu dia punya kebangkitan je ni.
Aku serious dah tak sabar nak jumpa sambungan PCS ni. Ending dia sangatlah membuatkan saya berdebar-debar ya. Susah tau bila cerita end dengan cliffhanger ni. Kita kurang kesabaran nak tunggu sambungan. Apapun, tahniah to the author untuk cerita yang sangat umph ni!
-thes
0 Comments