Bahagia Milik Aku by Syu Ariani

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Bahagia Milik Aku

Penulis: Syu Ariani

Mukasurat: 565

Genre: Melodrama, Romantik

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2022

ISBN: 9789838221504

Blurb:

Kadang-kadang satu keadaan boleh bawa kita pada kebahagiaan yang sejati. Kadang-kadang satu niat buruk boleh bawa kita pada keikhlasan yang tak bertepi. Namun, jika tersilap haluan bersedialah membawa ke nereka dunia.


York menjadi saksi Akif dan Syadha bernikah tanpa rasa cinta, York juga menjadi saksi mereka saling jatuh cinta. Namun sekembalinya ke Malaysia. 


"Nur Syadha Alani... I'm proposing to you to be my wife. My real wife." - AKIF HAYYAN


Dalam pada hati tak rela, Syadha menuntut perpisahan. Tetapi dia tersilap haluan. Perpisahan dengan Akif telah membawa Syadha kembali ke jalan mati, jalan yang mahu dia jauhi.


Keluarga yang sewajarnya menjadi tempat untuk berlindung, keluarganya juga yang tak sudah-sudah menghentam dengan setiap kata dan perbuatan. Sungguh, setiap detik yang berlalu begitu menyeksakan apalagi tanpa Akif di sisi!


"Demi Allah, aku rindu kau sangat-sangat, Kif." -NUR SYADHA

"Aku rindu kau juga. God, I miss you like crazy." - AKIF HAYYAN


Syadha enggan melepaskan Akif. Lelaki itu ialah bahagia miliknya yang takkan sesekali dia lepaskan. Tak kiralah tentangan daripada keluarganya atau terbongkarnya rahsia yang selama ini dipendam, Syadha nekad untuk pertahankan kebahagiaannya.


"Just lie to me. Shower me with your lies. Aku rela dibohong kau." AKIF HAYYAN


Benarkah ada sinar bahagia sebegitu yang menantinya? Bukankah hidupnya tidak bernilai, lahirnya membawa sial seperti yang diracun di fikirannya sejak dilahirkan?


"Sedar sikit kau tu anak tak dirancang. Aku tak nak kau, tapi kau tetap lahir juga! Cuba buat perangai elok sikir, jangan menyusahkan aku! Anak derhaka! Menyesal aku lahirkan kau!" - PUAN SITI


Cinta dan keluarga... Syadha mahu memiliki kedua-duanya. Masih adakah cinta Akif buat Syadha, setelah Akif tahu kisah sebenar? Dapatkah Syadha merasakan hatta secebis kasih sayang daripada keluarganya?


Ketika nadi memisahkan, hati tak pernah berhenti merindui. Ketika jasad berjauhan, jiwa tak pernah berhenti menyeru namamu.



Permulaannya agak perlahan dan mendatar bagi aku. Berkali-kali juga la aku stop baca dan main phone kejap sebelum sambung. Tapi first meet dekat The Quiet Place tu ya Allah, tak boleh comel lagi ke?! Anyway, pace pembacaan aku picked up as soon as Akif dan Syadha tiba dekat KLIA dan Syadha minta cerai. Takde angin takde ribut tiba-tiba nak cerai? 


Dan sebab untuk permintaan Syadha tu perlahan-lahan disingkap. Dan setiap kali itulah, hati aku tersiat untuk Syadha. Kerana seorang insan bergelar ibu, Syadha menderita. Dan kerana sebuah institusi bernama keluarga, Syadha sengsara. Mulanya, aku rasa, oh Puan Siti ni tipikal mak-mak yang mulut laser. Biasa dah jumpa. Kak Am, Encik Bakar, dan Hisyam pula bukannya tumpang menyeksa Syadha pun. Tapi aku tersilap. Mental scars yang terkumpul bertahun lamanya, walaupun tak nampak dek mata kasar, kesannya tetap ada.


Sungguh, aku sakit untuk Syadha. Tak tahu la berapa kali kisah Syadha ni berjaya membuatkan air mata aku menitis, tapi memang sangat menyakitkan ya anak-anak. Aku ingat, kisah Hazizul (SHMC) dah cukup sedih, rupanya Syadha lagi sedih! Disebabkan apa yang keluarga Syadha lakukan pada dia, setiap kali Syadha bangun mempertahankan diri dia, setiap kali tula aku bersorak gembira. Dah macam  personal pom-pom girl Syadha pulak.


Akif Hayyan. Lelaki yang menjadi punca kebahagiaan Syadha. Dan kerana lelaki ini jugalah, Syadha mempertahankan bahagianya. Tak lagi menjadikan dirinya sebagai 'punching bag' dan terus keluar daripada neraka dunianya. Watak Akif yang sangat budiman dan ada kalanya comel tak bertempat meringankan sikit kisah hidup Syadha. 


Bagi aku, watak terpenting dalam novel ni bukanlah hero atau heroinnya tetapi satu watik sampingan; Puan Hendon, mama Akif. Kerana kasihnya kepada seorang anak, Syadha mendapat kebahagiaan yang selama ini dia dambakan. Sungguh, tanpa Puan Hendon mungkin sukar untuk Syadha menggapai bahagianya.


Lebih berfokuskan kepada kisah kekeluargaan, karya Syu Ariani yang ini membuatkan aku berfikir banyak benda. Terutamanya tentang peranan setiap individu dalam sebuah keluarga. Siapa pun engkau, tiada siapa yang berhak untuk menyakiti insan lain. Hatta seorang ibu kepada anaknya. Kudos kak Syu Ariani untuk BMA! 



-thes

Post a Comment

1 Comments

  1. berat juga novel ni, baca review su pun dh rasa sakit hati dengan apa yang dilalui oleh Syadha. suka watak strong macam ni :)

    ReplyDelete