Tteokbokki by Penguin Taste

  Assalamualaikum, good day dearest! Hujung-hujung minggu ni, buat apaa? Sebab duk rumah dah dekat dua bulan nak masuk tiga, aku dah start craving macam-macam benda. And since rumah aku ni bukan area bandar, so agak susah la nak dapat delivery makanan. Aku pulak, memang susah sikit nak gerak keluar sebab takde transport (aku ada lesen keta tapi rumah ni takde kereta huhu). Jadi, pilihan yang aku ada sepanjang dekat rumah ni hanyalah melalui e-commerce platform. 


Alang-alang haritu termengidam nak makan tteokbokki, aku pun gigih la cari dekat shopee, ingatkan nak beli je Chingu Topokki tapi saja la kan nak kasi diri sendiri kerja lebih. And kerana kegighan aku nilah, akhirnya aku terjumpa this one! 👇🏽👇🏽


Apa yang menarik hati aku adalah combo set dia. Bukan setakat ada satu pilihan tapi dua! Combo ni bukan dengan ramen atau apa-apa tau, cuma combo antara rice cake dia dengan sauce. Pilihan pertama untuk combo set adalah Combo Set 138g dengan harga RM6.90 dan Combo Set 410g dengan harga RM19.50. Since aku confirm makan sorang sebab mak aku memang tak berapa suka, aku ambil la yang Combo 138g.

Seller pun efisien gila sebab post out order aku tu one after aku place order. Maybe tak sampai sehari pun sebab waktu aku place order tu tengah malam huhu. Dan lusanya aku terus dapat packaging aku.



front view


back view


Malam tu, terus la aku operasi makan tteokbokki bersama ramen, cuma aku tak gabungkan sebab memang craving tteokbokki huhu. And since aku tak terfikir dia akan sampai seawal ni dan aku pulak tak reti nak sabar, maka takde la apa-apa tauhu, sosej atau spring onion. Yang ada hanyalah telur rebus separuh masak. 


tteokbokki kosong hanya telur relus separuh masak

Aku suka gila rasa sos dia. Tak terlalu masam cuka. Pedas pun boleh diterima. Dan tak terlalu likat, just nice. And aku rasa dia punya sos ni seakan jugak dengan tteokbokki yang aku selalu beli dekat CU Mart. Rice cake dia pun nice! Chewy and lembut gila. Time masak pun cepat je dia lembut, so kena tengok selalu jugak la, takut terlebih lembut hilang pulak dia punya chewy chewy.

Kalau korang berminat nak beli, boleh la klik SINI atau dekat mana-mana gambar dekat atas tu untuk direct ke page shopee tu. And kalau nak usya kedai PENGUIN TASTE boleh la klik SINI. Kedai dia banyak juga offer kimchi pelbagai jenis, kekacang. Eh, tengok la sendiri! Hehe. Till then,

-thes

Post a Comment

0 Comments